Friday, September 23, 2011

Realiti Kehidupan

Salam...

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(At-Tagaabun, ayat 11)

        Kalau baca novel Contengan Jalanan watak utama, sampai ke Australia and Indon pergi melancong untuk mendpatkan hidayah Allah... Tapi baru-baru nie, saya rasa ada satu tempat yang sgt dekat untuk smua org pergi dalam mencari erti kehidupan sebenar.....

....Hospital.....

Erti kehidupan apa yang ada dekat sana sbnrnya??

Dapat tgok patient smua bertarung nyawa dengan sakit yang dihadapi,
Dapat tgok patient dalam kerisauan yang amat sgt untuk wat pembedahan,
Dapat tgok seorg nenek tua yang sgup berjaga untuk jaga anak dia yang hilang ingatan,
Dapat tgok HO dalam kesibukan cuba menguruskan kebajikan pesakit,
Dapt tgok kepercayaan patient pada Dr untuk merawat mereka,


           Selama ni rasa macam dikelilingi dngan org2 yang berada dalam keadaan yang selesa, so macam tak dpt gambarkan lagi macamana situasi yang selalu digambarkan dalam paper, pasal accident, kehidupan sosial...Tak dpt nk gambarkan betapa seriousnye keadaan penyakit dalam buku-buku teks tu (selama ni tgok gambar je).. But then selepas jalan-jalan dekat wad ni, selalu sgt sebak tgok keadaan patient kat sana, 

Rasa bersyukur dekt Allah sbb bagi pluang hidup dalam keadaan sihat dan and selesa macam ni...

"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)


          So marilah sama-sama kita try ekpresskan syukur atas segala apa yang kita dpt skrg semaksimum yang mungkin.... Solat, Baca Al-Quran, Baik dgn org, smua sikap mahmudah yang termampu untuk dilakukan.. Insya-Allah...

Teringat kata Dr Mohammad dalam Lecture aritu...

 "Tak guna pun nak sombong-sombong dngan org sekeliling... nanti satu hari Allah tentukan kita ada kat bawah jugak satu hari nanti, Takut-takut dngan org yang kita sombong dulu yang kita mintak tolong balik"
(Lebih kurang macam ni lar yang saya paham)

      Kalau rasa dah lega gile lepas lepas Pro-Exam hari tu... Terasa berada di atas sket, tanpa disangka-sangka bila dah masuk clinical ni rasa macam sgt bawah sgt.. rasa bawah lagi... Terasa the lowest... Berdepan dengan specialist....HO.. MO... Memang jauh lagi perjalanan mencpy kejayaan macam tu..

So Truskan bersikap seHUMBLE yang mungkin...
And truskan meningkatkan kesabaran yang kadang2 tergugat jugak ni....
Insya-ALLAH...

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."
~Amin~

P/s: Trima kasih kepada my beloved mother and kawan-kawan yang sentiasa tak putus2 memberi semangat... =)...





Anak Kak Jannah...  3 Bulan tak jumpa dah makin cmey macam ni...nak sain...=p
P/s: Khas untuk Si AMKI... Trima kasih ar sbb akhirnya bru jumpa blog ak...lalala~

Monday, September 19, 2011

New Day New Chapter...

Salam...

Update kali nie.. Hanya mengulas certain2 point je... Insya-ALLAH seringkas yang mungkin

a) Junior -

    Welcome to all Junior Medic 3rd Batch dan smua junior2 UnisZa yang lain Jugak...Pelajar Medic Bertambah dah.. Alhamdulillah bertambah besar lar Family Tree kite... Harap Ukhuwah dapat dijalinkan dngan baik bersama =)

b) Kahwin

    Tahniah kepad Nur Izzati Ahmad (Kawan Sekolah Menengah) atas pernikahan bersama suami Farid Iskandar... Smoga berkekalan hingga ke anak cucu... Alhamdulillah smpy jugak lar ke Kuala Berang bersama Fyda untuk menyambut kegembiraan bersama sahabat yang dirindui ni... =)
    Tak Dilupakan juga kepada Halila Hamzah.. Maaflar tak dpt dtg untuk majlis pernikahan.. Insya-ALLAH kalau nanti dah ada baby saya dtg tgok... =)


Clinical:
         
            Blur, stress, shock, Excited, Happy, and Eager... smua benda pun bercampur masa masuk Clinical.. Kalau nak cite pun panjang sgt.. So just compile smua.. =).. Skrg berada di ward surgery... Alhamdulillah stakat ni dah jumpa patient and dpt tgok specialist di clinic... Interesting... Sesiapa yang berniat untuk meneruskan cita2  untuk menjadi surgeon truskan sbb Seriously sgt mengagumi cara my supervisor bercommunicate dgn patient2 beliau.... Tapi bila dia dah start nak tnya soalan ternganga jugak lar mulut nak menjawabnya...

Emotional:

"Sometimes you think you are well prepared, you're gonna be alright, gonna be fine, nothing gonna happen to you, you gonna finished your work on time, but suddenly a problem happen and that is the time when your emotion are fully tested" - MatLutfi..

Walaupun baru smingu posting, tapi terasa byk benda yang start sket2 menguji kesabaran diri ni... So Emotionally getiing Angry and Sad about those thing... 
Insya-Allah smua yang berlaku tadi satu ujian pada diri untuk mengawal perasaan dan meningkatkan perasaan sbr dalam diri.. (Positive Thinking.....positive thinking)


"Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah"
(Hambamu)

Doakan kejayaan rakan2 dan saya dalam menghadapi kehidupan clinical year ni....

=)

Friday, September 9, 2011

Packing... =)


Salam....

Alhamdulillah 90% barang siap dipacking untuk pulang ke Terengganu.......Barang dah siap packing.... Hati macamana agak-agaknya??Dah packing spenuh hati ke untuk balik meneruskan perjuangan?Sedih berpisah ngan family....Sedih tak dpt duk rumah dah..

"Normal lar student macam tu kan" Kata seorg sahabat saya....

Smalam berchatting dgn seorg sahabat....Ambil Medic jugak di Cairo...Bila ckp pasal packing hati nie... Dia pun meneruskan perbualan macam biasa... Mula-mula rasanya macam dia takde lar nak bg impak sgt.. Then bila dia sibuk bercerite ade satu je ayat dia untuk buat kesimpulan dgn smua yang dia cite panjang berjela:

"So kena hargai peluang tu"

...Simple je.... Tapi dah cukup macam tersentap gak lar hati ni... Baru lar tau dia memang saja crik pluang nak bg smangat..Sbb tu tak bagi potong ckp dia...Em kalau piki balik... Dia lagi jauh berada di Cairo nun... Tak dpt balik beraya pun... Tak merungut pun....Apalah sgt cabaran kerinduan yang dialami sahabat saya tu jika dicompare dgn saya yang masih bersama di bumi Malaysia ini.=)

"Terima kasih sahabat"

Insya-ALLAH tanpa disedari hati saya dah terpack sndiri... Walaupun maybe masih ade banyak kekurangan saya berharap untuk memperbaikinya.... Tgh suro otak untuk bersedia mentally dgn sgt gagah skali....=)

"Prepare niat yg betul, jiwa yg besar, motivasi yg tnggi, iman dlm dada, ilmu yg sepatutnya :D"
 Pesan seorang sahabat lagi untuk first day clinical


Insya-ALLAH posting first di ward Surgery...

All the best untuk kawan-kawan smua dan saya juga...

Doakan saya =)




Sekian..... =)
:D

Thursday, September 8, 2011

Sinergi


1+1 = 3
1 adalah Individu... + adalah keimanan =)

"Sesiapa yang mendirikan ukhuwah mereka atas dasar keimanan, pastinya menghasilkan sesuatu yang luar biasa,. Kekuatan yang luar biasa, kebahagiaan yang luar biasa, ketabahan yang luar biasa, kecekalan yang luar biasa dan kesungguhan yang luar biasa. Paling luar biasanya, hubungan menembus syurga"

Penuh dgn nasihat, ukhuwah, suspens, and kejutan.... =)
Sbb tu lar sehari je dah habis dah baca... =)....

Trima kasih kepada yang sudi promote buku ni pada saya...

Novel terakhir yang dibaca sblum meneruskan perjuang next semester...

 P/s: Kawan-kawan mari kite perbaharui persahabatan kita dengan keimanan nak tak? =) Insya-ALLAH....

Contengan Jalanan....


"Ya Allah, aku memohon kepadaMu untuk mencintaiMu,
Mencintai sesiapa sahaja yang mencintaiMu,
Serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintaiMu"


Novel Contengan Jalanan dri Hlovate..
Contengan Pengalaman Perjalanan Mencari Tuhan...



Inspirational Novel....
Hidayah Allah tu boleyh dapat kat sesiapa je yang Mahu mencarinya..
Insya-Allah... Semoga kita smua berada dalam golongan yang mendapat hidayahNya..
Trus berusaha dan sentiasa berdoa ..


"Show us the straight path, The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray."
(6,7: Surah Al-Fatihah)


Satu Quote dalam Novel di atas yang sgt2 mendalam maksudnya...

" The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Interpret and take noted.. =)

Sunday, September 4, 2011

Raya! Chapter 1 :Theme: Proud to be Malaysians =)


Salam...

Alhamdulillah.. selamat pulang dri PJ ke Pahang.... Menandakan mood raya saya pun sudah surut apabila tiba di rumah.. So mengambil peluang untuk post pasal hari raya arini jugak walaupun mood untuk menaip macam suam-suam kuku je.. =)

Alhamdulillah.. for this Raya Aidilfitri... The whole family are complete... For my family.. Abang dpt beraya untuk kali ni.. Syukur sgt2... Dicampur lagi dengan smua adik beradik mak and my cousins yang balik beraya tahun ni.. Meriah rumah dibuatnya... cuma tu ar smua pun balik last-last minute sblum esok nak raya =p

And Alhamdulillah sekali lagi saya dapat menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.. Sblum ni kena jadi pak guard je kat umah..=p.. Sebak rasa nya bile dgr takbir bergema.. And rasa terharu sbb dapat lihat ramai sgt orang Islam berkumpul sama-sama kali nie tak kire bangsa untuk sama-sama memuji ALLAH... =)..

And then sesi bermaafan and Menghulur duit raya pun dimulakan =)

First time dapat duit raya dri Abang.. Tuntut jangan tak Tuntut...=p

Saya dah try jengket tapi still nampak pendek di blakang =(

Muiz pun nak interframe gak kan.. =)
Mestilar Smua pun Happy dapt duit Raya..=)

And for this raya... we have a special guest.. An American Girl..!!! Sara.. =)

Key Umo dia 20 baru okey... Berbaju kurung lagi... =)
Honestly masa dia mula2 masuk rumah.. me and My kezen2 macam tak tau nak wat pe.. Nak smbang takut English tak fluent.. So kitowg pun malu-malu kucing.. My Uncles and My aunts je sibuk melayan.. Owh sbnrnya dia kawan kepada salah seorg aunty saya.. so she came to celebrate Hari Raya with us.. Untuk merasa suasana Hari raya....

Tapi saya suka mendengar dia bercerita... Memang best.. believe me.. Dia makan smua rendang and lemang yang tersedia.. And sangat2 peramah.. She's been staying in Malaysia for about 1 year.. And dia kata dia sgt kagum and suka dgn Malaysia.. Smpy rasa cm tak nak balik dah ke negara sendiri.. =) so she like the culture in Malaysia... Animal kat Malaysia.. Food dekat Malaysia... huhuhu...

So Malaysians.. Be proud to be Malaysians and Maintain our culture... Jangan disbbkan mengikut arus kemodenan kita semakin hilang identiti... People like just the way you are....=)

Adakah saya sudah membebel dgn panjang...

Maaflar ye...

Kite smbung next post on next chapter... =)

Salam...=)