Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum...

Nampaknya semakin mengabaikan blog ini sambil membiarkan sawang2 membiak di dalamnya...

Em jap ek.. Nak sapu jap...

10 minute kemudian
-
-
-
-
-
-
-
-


Key siap, truskan menulis...Mungkin disebabkan kekurangan idea untuk menulis di samping semakin menghilang bakat2 untuk menulis. Saya selalu kagum melihat blogger2 yang sgt pandai menyusun kata and memang best pun setiap post2 mereka sehingga ada yang sgt terkesan dalam hati. And disebabkan terlalu khusyuk dan terlalu seronok membaca blog org lain jadi terabai sbntar blog ini..

Key start membebel dah,.

Sebelum pape saya masih harap kan saya masih tak lambat untuk mengucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL_MUBARAK!!



*Key tahu harini dah puasa ke-5. Sorry terlambat..

Alhamdulillah diberi lagi peluang oleh Allah untuk berada dalam bulan yang penuh dengan Barakah ini. So marilah sama2 memanfaatkan bulan ini dngan menganjurkan pesta ibadah beramai2 dan berlumba berebut ganjaran pahala yang disediakan =)

Smoga trus istiqamah =)


Dan Alhamdulillah juga kerana sekali lagi diberi peluang untuk berpuasa di rumah bersama Keluarga. Tapi dah beberapa hari duduk rumah ni dugaan jugak sbb dekat rumah sifat malas bertambah2... Sesal dngan diri sendiri kadang2 melihat banyak sgt masa habis tanpa2 apa2 manfaat.. Susahnya nak istiqamah...=(

Takpe Fyfa usaha perlu diteruskan.

Tertarik dengan status seorg sahabat di FB


"Tertanya-tanya.
Kalaulah Bulan Ramdhan tiada ganjaran pahala.
Masihkah masjid, surau dipenuhi jemaah?"


Hm ringkas tapi maksud yang mendalam (bagi saya lar)

Secara honestlynya kadang2 fenomena masyarakat kita memang macam ni.. Bila time Ramadhan baru nak buat benda2 yang baik.. Baru nak start g solat jemaah tiap2 waktu, sentiasa baca al-quran pada waktu senggang, bersedekah and lain2 lagi... Tapi lepas Ramadhan.. Trus tak buat... Macam pahala dah takde je kalau buat hari2 selain bulan Ramadhan...

Bukanlah saya bermaksud tidak boleh berbuat atau budget baik masa Ramadhan...

Tapi cuma terpikir kenapa susah sgt untuk kita melakukan perkara yang sama seperti di bulan2 yang lain.. Bulan Ramadhan still 30 Hari, 24 Jam, 60 Minit. Sama nothing yang lain. Tapi bila habis je Ramadhan memang ada yang tinggalkan segala ibadah yang dibuat..

Mungkin sbb mood kot? Smangat Ramadhan? Ataupun segan sbb orang lain smua buat baik.. So kita pun kena buat baik...

Saya suka mendengar dan membaca ayat2 yang sering dipost di FB dan Twitter


"Jangan Jadi Hamba Ramadhan Tapi Jadilah Hamba Allah s.w.t"


Bulan Ramadhan mungkin adalah bulan yang sgt sesuwai dijadikan platform untuk kita memulakan perubahan di samping meningkatkan amalan kepadaNYA. Tapi apabila habis bulan ini jangan jadikan hari2 sterusnya  sbgy perhentian rehat pula untuk kita daripada meneruskan ibadah2 tersebut... Teruslah istiqamah. Dan berusaha melakukan ibadah kepadaNYA sama atau mungkin lebih daripada bulan Ramadahan tahun ni,...

Takkan nak tunggu Ramadhan tahun depan baru nak start balik kan???

Lagipun ALLAH tak suruh kita melakukan ibadah dan berbuat baik masa Ramadhan je.. ALLAH suruh buat sepanjang masa... Cuma ALLAH ckp ganjaran pahala masa Ramadhan lebih besar dri hari2 sebelumnya..

Tapi cukup ke nak bawak masuk syurga nanti ganjaran pahala yang kita kutip masa bulan RAMADHAN je?????

Tepuk dada tnya iman...


Istiqamah memang payah, tapi not impossible kan??

Jom sama2 usaha! =)

~Sekian

Assalamualaikum...

P.s: OnG posting examination????Erk... No comment.. (Jalan slow2 berlalu pergi)

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Wednesday, July 11, 2012

Obstestrics and Gynaecology..

Salam..

Nampaknya semakin mengabaikan blog yang dicintai ni.. Smpy Spain dah menang EURO dah pun... tak update2 jugak... Posting O&;G pun dah nak abes dah pun... lalalala~ Adakah semakin kurang kepakaran untuk menaip??




So untuk post kali ini hanyalah untuk bercerita secara briefly mengenai posting OnG yang sangat2 dramatic and penuh dngan suka ria. (Key tipu.. mana ada suka ria...)

First of all... kalau ckp pasal O&G posting nie konpem lar nak ckp pasal pengalaman di labour room... Hello of kosie lar.. kalau tak pernah masuk labour room baik tak yah masuk OnG posting kan? =p

So melihat, para ibu2 yang sgt kental dalam usaha melahirkan anak masing2 adalah sgt mengharukan... Sakit??Saya tak pernah rasa (of koslar)  tapi melihat patient2 yang mengalaminya saya rasa pain score adalar dalm 10/10.. Mungkin lebih.. And lebih mengagumkan melihat mechanism of labour yang sgt2 incredible.. Subhanallah.. Allah dah buat mechanism yang hebat skli untuk bayi2 internal rotate, external rotate...Subhanallah.

Tapi btullarkan kalau tgok ibu2 ini lepas dah delivered and denga baby nangis.. Tgok macam dah takde dah sgt skit.. Tibe2 jadi org yang sgt kuat balik... (Sgt mengharukan okey..) And lebih best lagi tgok Baby2 yang sgt2 COmey!!!!

Teringat pengalaman pertama masa jadi penyokong kepada ibu2 untuk meneran.. Mula2 takut2 je nak jerit.. Tapi makin lama suara pun makin kuat smpy nurse pun tegur.. Hee~~ Tapi saya rasa takpe kot.. Sbb saya rasa kalau saya dalam labour pun nanti saya rasa macam nak smua org sokong dngan penuh smangat skali.. Kalau nak bawak pom pom macam hari sukan pun takpe... Barular dtg kekuatan tu (.Statement ini serius... Tak main2)


Other than that, dapat belajar disease2 yang sgt banyak terexpose kepada wanita-wanita seluruh dunia yang sgt complex ini.. Yup wanita memang complex. But disebabkan sifat complex itular yang membuatkan wanita2 spesel.. ye ke tak??Hee~

Ops dah melalut...

Em nak cite ape lagi ye?? Rasanya dah briefly dah nie.. So abes lar.. =)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:


Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:
 Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. 

Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya.

Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya.

Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

Ha sblum tu nak ingatkan kepada smua bahawa perngorbanan ibu yang melahirkan kita ni memang sgt besar.. So Seriusly kalau korg masih ada alasan lagi untuk nak melawan atau menderhaka kepada ibu tercinta.. Seriusly anda sudah melakukan KESILAPAN BESAR!! And kepada bakal2 ibu sekalian, tugas anda bukan untuk melahirkan anak sahaja tapi haruslah bertanggungjawab dalam mencorak anak2 supaya menjadi anak2 soleh ataupun solehah =)


P/s:

Selamat berjaya diucapkan kepada 3-3 Batch MBBS UnisZA yang akan mengambil peperiksaan pada minggu hadapan... Kepada:

  1.  1st Year EOS
  2. 2nd Year Pro Exam
  3. 3rd year EOP
                   Wah meriah exam kali ini... Apa2 pun teruskan usaha dan never give up... Ingat Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal... Insya-ALLAH. Smoga ALLAH memudahkan perjalanan peperiksaan kali ini dan memberi kejayaan kepada smua. Amin... 


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari punca yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan melaksanakan urusan (yang dikehendaki olehNYA). Sesungguhnya Dia telah mengadakan KETENTUAN bagi tiap-tiap sesuatu..." (At-Thalaq 2-3)

And saya supposely harus study gile2 jugak tapi masih takde mood untuk study.. Hey kak afy.. OnG kali ni susah tau tak!! okey study skrg jugak!

Sekian~~

Assalamualaikum

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)