Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya! =)


Assalamualaikum.

Quick entry kali ini sblum mak dtg memanggil "Angah g kemas barang!' (taip laju2)


Yup Ramadhan hampir meninggalkan kita. *Sebak. Tak tau if tahun depan dapat jumpa ke lagi.. InsyaALLAH moga2 dipanjangkan umur untuk kita bertemu lagi Ya Ramadhan.

"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian menjadi setitis air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai bayi, kemudian kamu menjadi dewasa sampai tua. Di antara kamu ada yang dimatikan sebelum tua supaya kamu sampai kepada waktu yang ditentukan (hari kiamat) dan supaya kamu memikirkannya" (Al Mukmin ; 67)

Tapi jangan pula terlampau melayan kesedihan ini sampai kita terlupa nak trus meningkatkan ibadah kita di akhir bulan Ramadhan ini. Apatah lagi selepas Ramadhan pergi, teruslah meningkatkan amal dan istiqamah dengan smua peningkatan seblum bertemunya kembali.

"Ramadhan pergi meninggal 11 Bulan untuk kita terus berjuang. Bukan 11 Bulan untuk kita bersenang lenang."

And berbaki kurang dri 3 Hari waktu Ramadhan ini, teruskan mecapay target2 yang anda smua hendaki. Contoh yang memang smua nak: Khatam Al-quran. Kalau rasa kena boost up, tekan minyak kuat2... InsyaALLAH smpat.

Oh sebelum bersiap untuk meninggalkan rumah menuju pulang ke "Kampung Tercinta." Inginlah saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada smua pembaca2 blog saya (macam ada) and smua umat Islam di dunia.


Ha gambar habis simple je nak cepat nyer pasal
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Taqabbalullah minna waminka’ 
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
 
Ikhlas daripada saya, Asywirah Afifah Amir sekeluarga
  •  Haji Amir Bin Bahari (Abah)
  • Hajah Norzehan Shamsuddin (Mak)
  • Asyraf Aliff Amir (Abang)
  • Asywirah Afifah Amir (Me!)
  • Abdah Aliff Amir (My young Bro)
  • Alissa Afifah Amir (My lil sis)
Em awal sgt ke? Sorry nanti dekat kampung dah tak nampak lappy dah. Huhu..

Oh di sini ada sediakan link mengenai Menyambut Hari Raya Mengikut Sunnah. Share daripada seorang sahabat ===> Tekan Sini
 
"Jangan rosakkan amalan sebulan Ramadhan dengan satu hari perayaan" 
(Key ayat ni tak btul tapi lebih kurg)

Smoga kita dapat menghayati hari-hari terakhir Ramadhan dan menghayati sepenuhnya juga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Amin.

Tertarik dengan satu kuot2 Osem Inche Gabanna:

"Pakaian terbaik bukanlah pakaian mahal cap Gucci, LV atau ZARA; tetapi pakaian terbaik adalah pakaian cap taqwa. "
(Inche Gabanna)

*So tak payah baju raya baru pun takpe lar ek?? hee~~ (Padahal cuak sbb takut baju raya dah abis)

Sekian~~

P/s: Memang kelam kabut wat post ni. Huhu.

P/s: Something is missing, Hm.. aisy......

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Friday, August 10, 2012

Strangers.

Assalamualaikum.

Strangers dan Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu


Strangers.. Video raya Petronas yang semakin popular. Hampir seluruh news feed di Facebook penuh dengan post video tersebut. Bermakna dan sgt mengharukan hati. Melihat bagaimana seorang musafir yang tinggal di negara orang yang berlainan culture dan bahasa. Tapi masih dpt menyesuaikan diri dan bersama2 mereka dalam meraikan Ramadhan. Seronok kan nampaknya berada dalam kalangan penduduk Islam berlainan bahasa dan culture tapi masih tetap bersaudara atas pegangan Islam yang sama.


 
Di Hamparan Shamrock KuSebutNamaMu by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.. Sbuah buku yang menceritakan ttg pahit and manis seorang pendakwah dalam menyebar dan mempertahankan Islam di London. Saudara2 Islam yang berasal dri pelbagai bangsa. Bangsa Arab, Turki, Pakistan and dll dan juga berlainan mazhab dan sometimes berlainan pendapat dalam certain2 things dalam Islam tapi masih percaya kepada ALLAH s.w.t dan Rasulullah s.a.w pesuruhNya..Kagum membaca cerita2 dan pengalaman beliau. =)

Impian

Tiba-tiba sahaja memasang impian untuk melawat negara2 lain untuk melihat komuniti2 Islam di sana. Kalau sebelum ni rasa macam nak g HOLIDAY or 'honeymoon" (lepas kahwin) ke negara2 luar je. Tapi bila pikir balik, rupa2nya banyak manfaat leyh buat masa melancong ni untuk melawat2 saudara2 Islam kita di sana.

Pernah baca buku Hlovate, Contengan Jalanan? Watak2nya melancong ke luar negara bagi melihat makna Islam yang sebenar..

Pernah tgok Jejak Rasul masa dia pergi pendalaman Rusia tak silap untuk melihat komuniti2 Islam di sana. Sgt mengkagumkan. And memang sgt sweet bila pergi jauh2 masih ada saudara2 seIslam kita disana.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara" ~ Al-Hujurat 10

Siapa sangka, komuniti yang kecil tapi mungkin kepercayaan dan keyakinan mereka tentang Islam mungkin lebih kuat dripada kita-kita yang berada di negara Islam sendiri.

Bukan Mudah seperti yang disangka

Bukan mudah tapi tak impossible untuk mengamalkan, menyampaikan dan mempertahankan Islam di negara orang.

Saya teringat, pengalaman kawan2 yang diceritakan semasa belajar di overseas. Mereka tiada kemudahan surau yang disediakan di shopping mall lalu mengambil inisiatif untuk bersembahyang di fitting room.. Jadi apa alasan2 kita2 yang ada banyak kemudahan surau and masjid ni tak solat??? Kadang-kadang mereka juga dipandang pelik oleh masyarakat luar apabila mereka memakai tudung dan yang paling mencabar kalau jumpa org2 yang menganggap Islam ni terrorist.

Mungkin ini yang menjadikan mereka semakin kuat.. Tak pernah patah semangat. Masing2 masih menghadiri usrah walaupun kadang2 perjalanan ke tempat usrah masing2 mengambil masa berjam-jam. Masing2 masih berusaha jugak menyempurnakan solat masing2 walaupun punyalar susah nak crik tempat nak solat. Apalah sgt nak dibandingkan saya ni dengan mereka2 yang sgt kuat smangatnya. =(

Mana-mana pun boleh, asalkan perjuangan diteruskan

Yup, mana2 pun boleh. Asalkan kita sentiasa berusaha untuk mencari kebenaran dan menyebarkan kebenaran. Allah knows the best. Mungkin mereka lebih kuat untuk berada di sana.. =) Dekat mana-mana pun mesti ada ujian2 yang Allah nak bg. So macam cakp tadi, jalan dakwah bukan mudah tapi tak mustahil..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)

Nasihat pada diri sndiri: Sebelum bercita-cita nak pergi luar negara tu, baik pergi meneroka Kluang yang kecil ni dulu. Hee kawasan rumah sndiri pun saya masih tak berpeluang nak mengenali komunitinya dan berangan2 nak melalui jalan yang lebih sukar.

InsyaALLAH kalau ada rezeki ada lar nanti untuk pergi jauh2. =)

Akhir Kata:
Teruslah mencari kebenaran dan menyampaikan kebenaran Islam di mana-mana kita berada. Tugas sbgy Khalifah di bumi harus dilaksanakan sebelum bertemu denganNYA di sana. Berusahalah sedaya yang termampu supaya akan dpt trus mempertahankan Islam. InsyaALLAH.

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah, 2: 30)

Tertarik dngan ayat Ustaz Hasrizal dalam bukunya ini

Bagi kita kaum Muslimin, kita ada sebab yang lebih besar untuk menghayati pesanan, 
" Manusia yang tidak berani mati untuk sesuatu, tidak layak hidup untuk apa-apa".

Jadi apa yang kau perjuangkan, wahai manusia bernama MUSLIM???

Sekian~~

P/s: Kredit tu Najihah Abdul Kahar sbb recommendkan saya buku tu =). Thank u! =)

P/s: Musim rajin update blog. Hee~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Thursday, August 9, 2012

Mari kita berkenalan?

Assalamualaikum.
Hari Pertama Persekolahan: 

A: Assalamualaikum, nama saya A, Tinggal di Taman BC dekat tepi sana. Awak?
B: Waalaikumussalam, nama saya B, tinggal kat lorong XY kat sana. Jemput ar dtang rumah bile free.

(And then bersahabat baik selama 5 tahun persekolahan)

7 Tahun Kemudian...

CB kau dulu satu sekolah dngan A kan? Dia tgal kat mana ek? Sekarang belajar apa dekat universiti mana?

B:  Entah lar. Lama dah aku tak contact si A tu. Malas lar. Tak penting pun. Bukan ada kepentingan pun.  Lagipun ak dah lain. Dia pun mesti dah lain.

Apa Khabar Sahabat Anda?



Berada dalam kehidupan universiti yang amat busy and aktif dengan segala aktiviti kadang2 membuatkan kita tak sempat untuk meneruskan hubungn dengan rakan2 satu sekolah, rakan2 satu matrik. Apatah lagi, kadang2 dengan roomate, classmate pun sekadar bertegur sapa and bertentang mata saja lar. Dekat sgt ngan diorg tapi kadang2 rasa hubungan tak seakrab mana. Aku dengan kehidupan aku, Kau dengan kehidupan kau.

Tapi sejauh mana kita mengenali sahabat-sahabat kita?

Awal-awal masuk sini ada lar sesi taaruf. So masa tu dah berkenalan dah...Tau lar pasal dia jugak..

Tapi cukup ke sekadar tu perkenalan kita??

Teruskan proses berkenalan dengan sahabat anda

Sahabat kita mempunyai 1001 rahsia dalam diri mereka yang amatlah mustahil jika kita nak tau atau nak kenal dalam masa satu hari je. And 1001 rahsia tu tak akan mereka nak bongkarkan dalam masa sehari atau sejam taaruf tu kan. So as time go by, kita haruslah berkenalan dan mengenal pasti apa rahsia-rahsia yang best ada dalam sahabat2 kita.

Mula-mula kita ingat dia ni peramah. rupa-rupanya manja jugak ye...

Eh nampak macam garang, pandai jugak buat lawak.
Tunjukkan Kasih Sayang

Dengan terus mengenali sahabat-sahabat kita sebenarnya, kita bagaikan menunjukkan effort untuk menyayangi mereka. Memahami dalam keadaan apa dia stress supaya kita boleh ada untuk menenangkan dia. Bersama meraikan kejayaan bersama dalam beberapa perkara yang dia rasakan amat berharga dalam kehidupannya. Dan menasihatinya dalam keadaan yang mungkin dirasakan sulit padanya.

Buktikan kasih sayang anda dengan lisan dan perbuatan.

Lisan?Erk~ Berapa kali agaknya kita pernah cakap dengan kawan2 kita yang kita sayang pada mereka? Ke dah assume yang mereka tau sendiri?


Daripada Anas r.a, bahawasanya ada seorang sahabat duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian ada seseorang yang melintasi (kawasan itu). Berkata sahabat yang sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah saya mencintai orang itu " Maka Rasulullah bertanya kepadanya, "Apakah kamu sudah memberitahunya?" Ia menjawab, "Belum" Rasulullah bersabda maksudnya "Beritahulah kepadanya" dia pergi menemui sahabatnya itu dan berkata "Sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah." Sahabatnya itu membalas "Semoga kamu juga dicintai oleh Allah yang menjadikan kamu mencintaiku keranaNYA" 
(Riwayat Abu Daud dengan isnad sahih)
So sweet~~ =)



Kasih sayang memang harus dibuktikan dengan perbuatan tapi alangkah indahnya jika ia juga diiringi dengan perkataan yang baik ~ Pahrol Mohamad Juoi

Akhir Kata:


Seronok kalau kita dpt berkenalan semula walaupun secara dasarnya memang sudah saling mengenali. Tak salah kan kalau kita trus berkenalan sepanjang persahabatan kita??

"Persahabatan itu perlu diperbaharui. Baharuilah persahabatan itu dengan kata-kata yang baik. Jangan bisu dan tuli. Sntiasalah menjadikan lidah yang menuturkan kata yang baik dan telinga yang sntiasa terbuka untuk mendengar"

Why not if we start now?

Sekian~~

P/s: 
Saya baru berkenalan semula dengan beberapa rakan2 sekolah yang lama. Walaupun sudah berkenalan tapi apabila mereka mengenalkan balik diri mereka saya dapat rasakan perubahan yang ada pada diri mereka. Bagaimana kematangan telah merubah diri mereka. Dan melihat kepakaran mereka dalam bidang masing2. Aisy. Macam kenal dengan org baru pulak..

Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meluahkan sesuatu kepada smua sahabat2 saya:

"Sesungguhnya saya mencintai kamu semua kerana Allah. Smoga ALLAH redha"

Ayat2 dalam ni banyak saya amek dalam buku Cinta Kerana ALLAH ~ Pahrol Mohamad Juoi. Cuma saya olah untuk melihat dari perspective view of persahabatan.
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)