Saturday, January 12, 2013

Ayat-ayat Cinta

Salam.

Yes this is it. Going back to Kuala Terengganu. And stelah mendapat tunjuk ajar dri Shimon saya akhirnya dpt mengpost blog dri phone. Hee~ Tq :-)

Alhamdulillah utk percutian kali ini dpt buat byk bnda yg agak berfaedah. And at least spend fully time with mak, abah, Alissa and Abdah (sehari je )

Hm seeing my young sister and brother growing up mmbuatkan saya sdr yg smakin hari saya dah kehilangan mereka. Tak bleyh dah nak marah2, kacau macm budak kecil. Hee~

Em tetap nak share jugak something sblum tertidur dngan lenanya dalam bus ni. Huu~ Ditakdirkan menonton cerita ayat-ayat Cinta kat Astro pgi tadi. And for this time entahlar bila tgok satu babak tu mmg raaa terkesan sgt dlm hati.

Babak smasa Fahri dlam penjara dan menangisi nasib beliau yang difitnah merogol Nora. Lalu teman spenjaranya trus menolak Fahri sambil berkata:

"Tuhan sdg berbicara dngan mu Fahri, Tuhan sdg berbicara dngan mu supaya ko tidak sombong. Tuhan sdg berbicara dngan mu ttg ikhlas."

Lalu teman beliau menyambung lagi:

"Tidakkah kau ingat kisah Yusuf yg difitnah oleh Zulaikha sdgkan Zulaikha yg terpikat dngan ketampanan Yusuf. Tapi ingatkah kau apa yg didoakan Yusuf a.s kepada Allah? Beliau berdoa kepada Allah sekiranya penjara itu tempat yg baik bagi beliau mengelakkan tipu daya manusia maka tempatkanlah beliau di situ (12;33)

Subhanallah. Lihat bagaimana Nabi Yusuf a.s melihat ujian yang ditimpa beliau dan menyerahkan smua dmi Allah walaupun beliau terpaksa hidup dngan tak selesa di Penjara. Tapi dmi mengelakkan fitnah dan tipu daya manusia, demi.menjaga iman beliau kepada Allah beliau sanggup.

Bagaimana pula kita agaknya? Bagaimana agaknya kita memandang ujian yang ditimpakan kepada kita?

Melihat cara percakapan rakan sepenjara Fahri berkata-kata dngan tgasnya kepada Fahri adalah utk.mengingatkan kepada Fahri bahawa kita sbgy hambaNya.mmg layak diuji Allah.

Jangan dngan amal yang kita lakukan kepada Allah spt solat, byk.membaca Al-Quran, berzikir dll membuatkan kita sombong lalu kita rasa kita tak layak diuji Allah. Astaghfirullahalazim.

InshaAllah sama2 muhasabah diri. Lepas ni kalau tgok ayat2 cinta tgok and fokus btul2 masa part tu,serius terkesan.. :-)

Nasihat untuk saya sndiri juga.

Sekian~~

P/s InshaAllah esok start psychiatric posting.. Smoga dipermudahkan inshaAllah. Doakan kami smua :-) Slamat bernew posting batchmates!!.

Empty,

Salam.

Ingat nak update blog habis-habisan balik ke rumah ni.. Tapi ternyata kerajinan untuk menulis sudah smakin berkurang. Bakat dan smakin pudar agaknya =)

So now sharing time, InshaALLAH.

Kak Afy tertarik mendengar rakaman Yasmin Mohaged yang bertajuk "Why Am I Empty?". So beatifully said and explain.And yet now rasa macam nak share beberapa pin point yang terdapat dalam rakaman tersebut. InshaALLAH.

 Tried to write a letter
 In ink Its been getting better
 I think I got a piece of paper
 But its empty 
Its empty 
(Click Five - Empty)


 Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Perasan tak, kadang2 kita akan rasa kosong. Rasa tak cukup atau rasa kehilangan sesuatu. Walaupun kita rasa kita dah cukup solat 5 waktu, rasa macam dah cukup dah bersilaturahim sesama Muslim. Tapi mesti ada bnda yang kadang2 kita rasa tak cukup ataupun tak kena. And seriesly, kita sbgy manusia slalu rasa tak cukup =)


     "Every human being is a hole of some sort. This a hole because we have been seperated fro our home as we are seperated from ALLAH s.w.t and all people are basically have this feeling in different ways. So they filled their hole with different things: career, friends, family members, status and money"


Kebergantungan
 
Cuba try tnya diri kita balik? Pada apa? Atau pada siapa? Segala perbuatan kita ditujukan atau diletakkan harapan untuk mendapat pembalasan.

 Pada kawan-kawan?
 Pada masyarakat untuk menunjukkan kita up to date?
 Atau untuk mendapatkan kerjaya yang hebat-hebat di samping kemewahan yang melimpah ruah.

Dunia, Dunia, Dunia. Kalau boleh scan hati kita ni btul2 agak2 brapa part of it yang kita pnuhkan dngan kepentingan dunia?

Kita harus menerima hakikat, tak smua kekosongan hati dan jiwa ini akan terisi dngan perkara-perkara dunia.
Walaupun ada org kata:
Kalau stress dnga lagu Korea msti ok punya.
Kalau bosan jom g shopping, tgok wayang ke baru lar terisi kekosongan ni.
Kalau marah, makan banyak-banyak confirm tak marah dah.
#eh

Percayalah dan yakinlah, hampir keseluruhan hati kita, kekosongannya, kebosanannya, kestressannya hanya dapat diisi sepenuhnya oleh ALLAH s.w.t.

Tapi bayangkan kalau kita dah penuhkan smua part dalam hati kita dngan perkara-perkara dunia yang masih byk lubang-lubang kekosongan dalamnya. Macamana pulak kita nak masukkan ALLAH sbgy perkara yang utama dalam hati kita.

Analogi:


Umpamakan anda ada satu balang akuarium yang besar berbentuk bulat. Anda dikehendaki mengisi satu bola jaring di dalamnya. Tapi dalam balang tu anda dah penuhkan dngan bola-bola pingpong keduniaan spt bola pingpong komik, bola pingpong muzik, bola pingpong artis, bola pingpong duit, dll. Agak-agak boleh masuk ke bola jaring ke dalam tu??

Sudah tentu tak muat.




So mahu atau tak, haruslah mengeluarkan smua bola bola pingpong itu kluar, baru boleh masukkan bola jaring bagi memenuhi balang akuarium tersebut.

Sama jugak hati kita ni, bila kita dah penuhkan dngan dunia, macamana kita nak masukkan atau penuhkan jiwa dngan Allah? And yet kita haruslah membuang perkara2 lagha and tak bermanfaat di dunia kluar baru kita boleh masukkan Allah dalam hati kita.

"If heart is filled with Dunia, there will be no space for ALLAH. Therefore to fill the heart with ALLAH u have to empty it with  properly filled it again. Don't put hope in Dunya again, but you have to filled it agin with proper thing so that it is not empty, which is ALLAH s.w.t"


How to? Bagaimanakah? 

             "Sesungguhnya Akulah Allah tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku (Surah Taha 20;14)

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang." (Al Ahzab 41-42)

"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) -Ku." (Al Baqarah 152)

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingat Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami (kebaikan) di dunia". (Orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat." (Al-Baqarah; 200)

Baru perasan satu dialog dalam rakaman ni, beliau, Yasmin memberitahu, about all ayat ALLAH yang menyuruh hambaNYA berzikir, it always with abundant (banyak). Dan saya dah jumpa dalam 4 ayat stakat ni. Mungkin lepas ni leyh truskan pencarian.


   "We may say that we are praying, do work for Allah, so we think it is sufficient for Allah remeberance however it is when u realised that it is not sufficient. So fill ur remembrance to ALLAH abudantly, just like the same way we needed air where we can't loss any oxygen even for 1 second"



Penutup

Banyak juga benda yg diberitahu Yasmin Mohaged dalam rakaman Why am I empty yang saya tak masukkan dalam post ni. Dan dngan ini saya amat menggalakkan anda untuk mencarinya di U-Tube dan mendengar nya. InshaALLAH really beatiful explanation.

Dan smoga post ini buat muhasabah saya dan juga rakan-rakan.

*Tiba2 teringat lagu Empty - Click Five. Best! =)

Moga bermanfaat. Sekian~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)