Sunday, April 1, 2012

To all..

Salam...




"Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Ayat 1000 dinar)



Selamat berjaya diucapkan kepada kawan2 Se'Medical' posting, OnG posting yang akan menghadapi EOP hari Selasa dan Rabu nie...(Cuak tak terkata weh!)

Selamat berjaya juga kepada adik2 2nd year dan 1st Year yang akan menghadapi EOM minggu depan....

Key sama-sama doakan kejayaan bersama.. Insya-ALLAH...

P/s: Dua hari sblum exam... Sgt stress sampay rasa nak tidur je... =(... Smoga dilancarkan perjalanan dan dikuatkan hati dengan sebrg kemungkinan.. Insya-ALLAH

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Saturday, March 24, 2012

Practical Day...

Salam..

Em... Rasa macam nak update blog...Key tetap nak update jugak,....(Masih lagi praktis untuk sentiasa menaip laju2...)

Berkongsi sedikit untuk kali ini...
Baru-baru ini sentiasa berhadapan dengan individu yang semakin berani mempersoalkan hukum-hukum  dan ilmu-ilmu yang diturunkan dalam al-Quran dan tentang agama Islam sendiri..

" Relevan ke Hukum-hukum Islam tu pada zaman moden ni??"

"Alar kenapalar Valentine day tu Haram.. Macam poyo je.. Biasa lar sekarang smua org pun bercinta..
 Up to date lah!"

" Sekarang ni org ikut Sains lar... sains yang btul.. al-Quran mana btul... Kalau nabi-nabi tu smua wujud... Diorg hidup zaman apa? Zaman Batu? Zaman Paleolitik?"

Nauzubillah.. Penghinaan yang terang-terangan sekali mengenai agama ISLAM.. Yang menjadi pegangan muslim dan muslimin sekalian... Macam bagitau yang kita nya pegangan ni salah.. Sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang agama kita.. Mungkin tau tapi sgt lar sedikit... Jadi layakkah mereka trus menghina? em TIDAK SAMA SEKALI!  Tapi takpe consider mereka tidak tau... Mereka TIDAK TAHU...

Em.. semakin hari semakin ramai yang bersuara.. Kita marah.. Kita geram.. Tapi cuba bermuhasabah diri sama-sama... Apakah agak-agaknya yang menyumbang kepada perkara-perkara seperti ini??

Mungkin antara sebbnya adalah berpunca dri Umat Islam sendiri.. Yup kita beragama Islam.. Tapi sejauh mana kita benar-benar yakin dengan melaksanakan hukum-hukum Islam dan sejarah-sejarah Islam sendiri? Berapa banyak agaknya amal-amal yang kita tinggalkan dan berapa banyak agaknya perbuatan kita itu mengikut Islam tu sndiri... Kita sendiri tidak yakin dengan Islam macamana agaknya kita nak lawan segala penghinaan terhadap Islam??? Kita negara Islam tapi berapa banyak agaknya cara kita ni tak menunjukkan pun kita ni negara Islam....

Masyarakt kita sentiasa cepat marah dan berkata melulu jika ada individu yang melafazkan sesuatu bertentangan dengan agama kita. Tapi marah kita pun tak melambangkan yang kita seorang individu muslim.... Kata-kata yang diucapkan pun tak selari dngan seorg Muslim... Jadi sejauh mana agaknya kita btul2 pengamal Agama Islam secara sempurna?????

(Dush, dush, Terkena pada diri sendiri....)

Kita mengaku muslim, tetapi menghalalkan cara hidup jahiliah dalam kehidupan.

Kita mengaku beriman kepada Allah, tetapi kita mengingkari arahan dan segala tuntutan.

Kita beriman, tetapi tidak berusaha menjaga dan menguatkan iman dengan amalan.

sumber

Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan umat di akhir zaman seperti buih.

“Akan datang umat-umat yang berkerumunan 
ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” Maka seorang bertanya:“Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?” Baginda menjawab:“Cinta kepada dunia dan takut mati.”

Berbalik pada isu di atas: 
Apakah yang patut kita lakukan kepada pihak-pihak yang mengeluarkan isu-isu penghinaan Islam ni???????

Any solution???

Saya rasa saya perlu menegur untuk menegaskan keyakinan dalm pegangan ISlam ini...Tapi saya tak pasti...

Any pendapat????

P/s:
      Alhamdulillah.. semalam berjaya menjadi Fasi untuk Practiical Day (Walaupun tak de lar fasi sgt...) kepada adik2 Junior second year dan first year... Ulang lar respiratory system examination berulang-ulng kali... Kalau tak pakar jugak memang nak kena lar kan.... Mungkin akan menjadi pakar respiratory seperti Prof Shah... (Em tak nak lar... hee~) Ampun dipinta sekiranya ilmu yang disampaikan tak cukup dan masih byk kekurangan... Tapi hope ade sedikit benefit insya-ALLAH bukan untuk korg je tapi untuk kami jugak...Insya-ALLAH... Kepada group yang tak sempat mintak maaf dipinta... Lain kali kita buat lagi... 
             
           Thankss to Pakar Respiratory Shimi yang memang ada gaya lecturer gitu... Nak SAin!!! And kepada Kak Fera bersama AJK2 yang bertungkus lumus untuk program ni...

P/s: Air mata sia-sia mudah menitis skrg... Tak pasti kesudahan antara kita..

Sekian~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Wednesday, March 21, 2012

Kita Serupa

Salam,


Realitinya:
"Saya, Awak dan Dia Sama Sahaja....
 Sering mencari kebahagiaan yang sementara..
"Yang secara realitinya akan membawa keburukan yang lebih panjang dari rasa bahagia itu..


Sekian~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
 Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Saturday, March 10, 2012

Medical ethics and Illegal Issues

Salam..

Dah lama rasa tak mengupdate blog.. Em.. Key mungkin smakin buzy... Sepatutnya haruslah study sekarang tapi curik sedikit masa update blog jap... (Tulis laju lagi!)

          Sedikit ringkasan mengenai kehidupan selama tiga minggu dei Medical Posting... walaupun masih dalam keadaan yang sgt hectic untuk hampir stiap hari.. Alhamdulillah rasa semakin banyak interesting fact yang dapat dijumpai di ward Medical berbanding di posting2 sebelum ini... Penyakit2 yang smakin variety with variety findings.. memaksa otak untuk sentiasa memerah otak untuk mengingat Encik CVS, RS dan GIT yang bercampur aduk... Insya-ALLAH akan ditambah endocrine, neurology dan renal...  (Seronok main kejar2)


Key Skian...

Sedikit perkongsian untuk kali ini...

Saya ingin berkongsi satu isu yang dibangkitkan semasa lecture Medical Ethics and Illegal Issues yang diberi oleh Dr Anisah...

            " Nowadays we are having modern technology until we can do Karyotyping to the foetus to determine the chromosomes cell in the baby. The procedure is been done and it is identified the baby is having Down Syndrome (chromosome 21 trisomy) during 13 weeks (Tak silap).. The parents are not happy by having this news and are asking for abortion with the reason they cannot take care of this child and didn't have enough time and money to taking care the Down syndrome baby...So do you have to agree with their request to abort the baby??"

 ~ Dr Anisah (Lebih kurang macam ni lar ayatnya.. English berserabut sgt nie..)


 Isu yang agak susah untuk mendapat penyelesaiannya... Sbb macam banyak perdebatan dan pendapat yang diberi oleh rakan-rakan sekelas pun.. Tu baru 30 student Medic.. nanti campur Dr punya pendapat lagi lar variety habis...

So just sharing my thoughs here:

Nobody was born perfect in this world...
Kenapa terlampau mengharapkan kesempurnaan sedang sebenarnya kita pun sedar yang kita sebenarnya takkan sempurna sepenuhnya pun... Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan sendiri... Tapi kalau dalam pemikiran sentiasa mengexpect smua benda yang dilahirkan pun perlu sempurna secar fizikal dan mental  possible ke berlaku?

Tiada yang lebih sempurna melainkan ALLAH S.W.T.. Dia lebih tahu kenapa sesuatu perlu dijadikan dan keistimewaan setiap makhluk yang diciptakannya... So siapa agak kita yang hendak menolak takdirnya yang menjadikan insan-insan terpilih untuk mengalami Down Syndrome...Siapa agaknya kita yang senang-senang menolak kelahiran bayi begini hanya kerana dari pandangan manusia mereka tidak sempurna? Tahukah kita bagaimana pula darjat mereka kepadaNYA?

"Pandanglah dengan pandangan Allah. Pandangan kebaikan untuk setiap ketentuan."

Ciri2 yang diklafikasikan sebagay smpurna oleh manusia: Tinggi, putih, Cantik, Comel dll
So kalau smua pun nak smpurna adakah semua manusia pun harus lahir dengan ciri2 begini? Impossible right?

"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu."
 (Surah Al-Baqarah : 216)

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7 - 8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu."
Sumber (Boleh Klik untuk Penjelasan yang Lebih lanjut)

As a conclusion: I will not abort the baby...

Just my thought.. different person different opinion

Dr Anisah pun tak memberi jawapan yang statik kepada smua.. Tapi ayat beliau yang saya suka dengar selepas itu:

"Siapa kita yang dapat menentukan masa depan kita baik atau buruk"
 (Macam ni lebih kurang yang saya paham)

Em maksud yang mendalam....

Sekian~

P/s: "Kita Harus Tabah! " (Gaya Kak Fika =p)

P/s: Baru-baru ni jatuh basikal.. Lama tak jatuh basikal rasanya.. Rasa macam baru blajar plak padahal dah bertahun2 main basikal.. Sakit skit.. Insya-ALLAH ALLAH nak bagi rasa sakit and susah sket sbb luka-luka yang ada... Sila bersabar ye... (Takdelar luka parah pun...hihi)

Nukilan,
 Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
 Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Wednesday, February 29, 2012

Emotion

I am Mad with...
Myself
Him
And...


Her
I'm sad with

Myself
Her
Him

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ketahuilah bahawasanya bersabar dengan sesuatu yang kamu benci itu punya kebaikan yang sangat banyak. Sesungguhnya kemenangan ada bersama kesabaran, jalan keluar ada bagi setiap kesusahan dan bersama-sama kesulitan itu punya kesenangan"

(Ibnu Rahab dalam Jami' al- Ulum wa al-Hikam 1/459) ~ GenQ

"Ia berkata: Hanya kepada ALLAH kesusahan dan keresahan ini aku adukan" 
(Surah Yusuf 12:86)

Sekian~~

P/s: Semakin Jauh... T-T


Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Friday, February 24, 2012

Bubbye Public Health!

Salam..


It's been so hectic this week... sampay skrg pun masa tgh menaip blog nie rasa bersalah sgt sbb banyak gile tak baca untuk ward Medical nie...

Tapi takpe lar taip laju2 untuk nak cepat...

So Overall untuk Public Health Posting, Memang relax abes, stress wat report, Menguji kesabaran dalam persahabatan dan berkumpulan, Happy, sedeyh, and bersyukur... Wah full of feeling... Trima kasih kepada smua rakan2 sekelas terutama ahli group saya yang berjaya jugak menghabiskan 3 report yang nampak senang tapi punya lar complicated..... =)

Seterusnya akan mengupload beberapa gambar... so analyse sendiri lar ek... Malas nak tulis panjang2...

  1. Program Penutupan Progam Public Health II

Mari dekat... Mari dekat...
Key penduduk Kampung, Mari kenal sama ini Bacteria... (key Serius berdebar okey..)

Orang Kuat untuk pemeriksaan kesihatan..
Amalkan pemakanan yang sihat... Tq kawan2 yang sudi membantu.. =)
Orang ramai2 serbu nak buat pemeriksaan kesihatan... hee~
Key tak payah nak senyum sgt... =)
Nyamuk2 yang cmey2... lalala~ Ingat aedes memberhaya...
Gambar peminat mintak sain... Hai bukan nak ckp ape lar kan.. Tapi..lalala
2) Fogging Day...

Ada org cakap saya panday handle mesin fogging... adakah patut menukar profession sekarang?? =p



Em... Itu je stakat nie...

Seriusly Medical memang Hectic... Tapi best lar jugak... Masih dalam proses menguatkan lalu menabahkan hati yang smakin hypersensitivity nie.. Moga ALLAH permudahkan... Insya-ALLAH

      " Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
(At-Taubah ; 41)


P/s:   Al-Fatihah kepada adik Johari a.k.a patient pertama yang dipresent untuk Medical posting kali ini... Semoga tergolong dalam orang-orang yang beriman... Amin.. T-T

Sekian~~
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Friday, February 17, 2012

Share! Share! Share!

Salam..

Sebenarnya macam dah mengantuk jugak lar..  Sambil tgh2 busy membaca slide nak dipresentkan esok... Hehe..(Amboi sempat lagi kan??)

Just nak share satu ayat yang saya terjumpa haritu...
Katakanlah (Muhammad),
"Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang keburukan itu menarik hati, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal sehat, agar kamu beruntung"
(Al- Maidah, 5:100)

Insya-ALLAH akan try untuk elobrate lagi untuk ayat di atas bagi post yang seterusnya... sebarang pendapat dan perkongsian mengenai ayat ini amat dialu-alukan =)...



Oh selain itu juga saya amat mengalu-alukan komen daripada pembaca-pembaca blog saya (Ceh byk ke Fyfa???) untuk memberi komen mengenai Blog saya... Bosan ke? Ntah pape ke? Apa2 je lar.. Sbrg komen membina amat digalakkan... Insya-ALLAH try improve diri sendiri... and blog ni jugak...

 
Em.......Tu Je nak cakap.... 

 Sekian =)
P/s: Kadang2 silap menilai personaliti seseorg... Sbb dia ada side lain jugak.. Hoho tak dapat terima sbb baru discover seseorang tu memang sgt lain dri yang diexpect...(Eleh ada dia kisah ke??? kih2..)

P/s: Wish all the best untuk smua yang terlibat untuk program PUBLIC HEALTH 2 esok yang berlangsung di Taman Medan Jaya, Marang... Insya-ALLAH.. Doakan yang terbaik.. Ameen~
Nukilan, 
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt, 
Insya-Allah masih membaiki diri.. =).