Friday, May 25, 2012

Sejauh mana kita yakin??

Assalamualaikum..

Quick post untuk kali ni memandangkan blog macam dah start nak bersawang nie.. ..

Sejauh mana kita yakin???

Yakin? Yakin apa? Yakin untuk lulus Paedatric Posting mgu dpan? Yakin untuk berjaya grad tahun 2014 nanti? Yakin akan mempunyai seorang suami yang baik hati dan penyayang (Key dah start gatai...Dush2!)

*macam tak yakin je.

Bukan keyakinan itu yang saya nak ceritakan..  Tapi ingin bercerita mengenai Sejauh mana Keyakinan kita kepada ALLAH??

Sejauh mana agaknya keyakinan kita kepada JANJI ALLAH???

Sejauh mana agaknya keyakinan kita kepada LARANGAN ALLAH???

Sejauh mana agaknya keyakinan kita kepada SURUHAN ALLAH??

Adakah kita berjaya meletakkan keyakinan kita sepenuhnya kepadaNYA??

Mungkin mudah untuk menzahirkan keyakinan melalui perkataan... Tapi secara hakikatnya? Berapa agaknya amal dan gaya hidup yang menunjukkan kita ragu2 kepadaNYA.

Berkongsi sedikit tentang statement seorang sahabat ketika perbincangan mengenai jodoh perkahwinan...

                       "Kita tahu yang ALLAH tak bagi kita bercinta sebelum kahwin.. Tapi kita skrg risau kalau kita tak de pakwe atau takde calon lagi.. So masa ni lar nak guna alasan nak berkenalan and kena carik jugak sbb nanti takut tak kahwin.. Sedangkan bukankah ALLAH dah berjanji

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(Surah an-Nur ayat ke 26)

But kita still tak yakin kepada janji ALLAH sbb tu kita rasa macam tak laku, takut nanti tak kahwin kalau takde pakwe skrg... So btul ke kita btul2 yakin padaNYA?????"




*Ayat takde lar skema sngat macam ni tapi lebih kurang lar.. =)

*DUSH2..Sentap hati den ni ha...

Bukan sahaja dari segi jodoh dan perkahwinan.. Tapi banyak lagi perkara yang kita sntiasa melakukan sbb kita tak yakin padaNYA... Sbb macm pelik kalau kita tak buat..   Em contohnya?

Erk.. Blur..Blank...

Key contohnya if kita rasa macam kita tak cantik, tak pandai, tak kaya.. So kita pun start merungut kata kenapa lar jadi macam ni.. Untung lar org cantik tu... Sedangkan ALLAH dah state dah dekat akhirat nanti dia tak tgok pun rupa kita ni cantik ke? Kaya ke? Dia tgok amalan2 kita kepadaNYA je.. But still kalau kita tak secantik sesiapa kita still mengeluh sbb pandangan manusia tu lebih meyakinkan kita berbanding pandanganNYA...So sejauh mana agaknya kita YAKIN padaNYa????

*DUSH2..Sentap lagi hati den ni ha... Sbb memang sgt suka merungut...

Jadi sentiasalar mengingatkan diri sendiri tentang keyakinan kepada ALLAH?? Sejauh mana aku yakin yang apa yang ditetapkan ALLAH adalah yang terbaik untuk aku? Sejauh mana aku yakin ALLAH akan memberi ganjaran juga kepada stiap apa yang ditetapkan...



"Orang yang benar-benar yakin dengan Allah, hidupnya hanya untuk Allah. Justeru apa yang dilakukan akan dilakukan dengan sungguh-sungguh dan sebaik mungkin kerana ia di lakukan untuk Allah, harus bagi yang terbaik dan bukannya untuk dirinya atau manusia lain." ~link

Yakin Pada ALLAh bukanlah mengharap termakbul segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredaan pada ketentuanNYA, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, air mata yang menitis terasa bernilai buat API Neraka, Indahnya tarbiah Allah, tersiram Rahmat dan Hikmah, Diuji kita sbgy tanda sayangNYA ~AA

~Dan saya berharap sahabat2 disisi sentiasa bersama dan mengingatkan saya jika ada kesalahan yang dilakukan.. Saya pun sentiasa melakukan kesalahan yang kadang2 tak diperasan diri sendiri..

Sekian... Quick post kan???

P/s: Saya mencuba.. Saya ingin meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada ALLAH...InsyaALLAH. Mungkin bukan sepenuhnya lagi tapi tetap akan berusaha...

"Bukan tak bagi kak Afy, cuma tak nak ko sedih nanti"
(Ayat seorang sahabat)

*Terharu nangis tersedu sedan...

P/s: Minggu depan exam EOP Paedatric.. Doakan kami smua berjaya.. Insya-ALLAH.. kepada rakan2 Medical.. Chaiyok!... Insya-ALLAh smua akn berjaya.. Amin...

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Sunday, May 6, 2012

Tiny Creature...

Assalamualaikum...

          Akhirnya setelah tiga minggu berada di posting paedatric ni baru lar rasa macam ada semangat and terbuka hati sikit nak update pasal keadaan dalam ward kanak-kanak ni... =)

          Firstly, if rasa macam selama ni sgt suka budak-budak and sgt excited nak jumpa budak-budak kat dalam wad paed nie.. Rasa macam em... Think again... hehe... Of courselah berada di wad paedatric sgt menguji kesabaran apabila melihat kanak2 yang sgt comel tapi asyik menangis je.. Ada yang active lebih2.. ada yang masa amek history masa tu lar sibuk2 nk kaco mak dia.. Byk sungguh ragam.. And suprisingly, saya ingat saya yang penyabar ni pun kadang2 macam annoyed plak dgn budak2.. hee~(Tapi takde lar smpy nak g terjunkan diorg dari bangunan...kejam sgt tu)


           However, tak dinafikan, mereka sgt comel!!!! ada yang sgt comel memng sgt baik dan bertambah lar comel... Org nak wat clinical examination pun snyap je..hehe..Tapi dalam pengalaman skrg masih ramay lar baby2 dan kanak2 yang takut even dngan stethoscope je... Aiyo.. Tak sakit pun lar my dear... hee~ Tapi macam saya ckp lar.. Baby2 yang comel lar yang telah membuatkan saya smangat untuk pergi ke ward.. and saya dah mendapat hypothesis spanjang posting:



" Semakin sakit seorang kanak-kanak, semakin comel seseorang itu"
(Suka Hati je buat hypothesis)

             And of courselar permainan2 yang berbunyi2 di dalm beg ini.. macam apa je kan... Kalau org nampak isi beg saya ni.. mesti macam wondering ai bawak untuk anak2 ke??? Hello saya tak kahwin lagi okey...=p
Collection Permainan for kids...
              History taking?? Kalau nak ambil dri adik2 konpem lar tak bleyh kan?? sbb ada yang masih teragak2 nak ckp, ada yang tak leyh ckp (mestilah cik baby).. So most reliable sources of history taking mestila dari Mama2 mereka.. Paedatric history kan kena tanya antenatal history, birth history, developmental history... Memang haruslah mak2 tau.. hee.. Ayah pun not bad jugak.. Tapi bila dah masuk birth weight tu ada lupa2 sket...

              And smalam, masa clerk patient sorg tu, melalui kakak dia.. Agak impress jugak lar sbb dia concern pasal adik dia dgn sgt bagus skli walaupun baru umur 13 years old okey... Impressive.. Tapi stakat ni tak jumpa lagi abang2 kepada patient yang impressive.. I'm waiting..hee~

                Teringat masa umur dalm darjah 6 macam tu tetibe demam panas yang sgt2..And abang saya sgup cancel plan kuar g KL bersama kawan beliau sbb adik dia ni demam.. Hee~ Okey saya tak suruh dia yang concern.. Thank u Abang.. =).. Kira kalau doctor2 amek history dekat abang aritu mesti bleyh lengkap jugak lar agaknya...




                Other than that, kita sebnarnya kena ascess developmental status kepada baby2 tu.. Walaupun dah belajar.. Tapi still takut lar.. anak org kan.. Bukan anak patung. hee~ So skrg ni leyh praktiks ngan cik moo~ je lar... Cik moo sile bersedia jadi bahan praktiks okey.. =)

             And terharu melihat parents2 yang menjaga anak2 mereka denga baik sekali.. Kasih syg kepada anak2 memang sgt besar kan.. Saya pun masih tak sure lagi, dah jadi anak yang baik ke blum.. Tapi insya-ALLAH saya akan berusaha demi parents tercinta yang meletakkan harapan tinggi pada anak dia yang nakal ni =)

             "Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil" Amin

                  Em.. Rasanya tu je kot.... Tak banyak sgt nak cerita untuk paed ni...Insya-ALLAh lain kali kita discuss beberapa case yang ada di Paeds ni =).. Doakan saya berjaya untuk posting ni.. Insya-ALLAH...

Sekian~~

P.s: Seriously nak balik T-T....

P.s:
“Dan,
tidak pernah salah,
untuk terus berharap,
bahawa bahagia itu akhirnya akan tiba.

... Dan tidak pernah salah,
untuk tetap berharap,
bahawa kesudahan yang baik itu pasti akan tiba.
Bukankah harapan itu doa?

Doa yang tetap subur dalam hati.
Dan bukankah harapan itu percaya?
Percaya yang mutlak pada ILAHI "

Taken Quote from Syafiqah Mohd Saleh
P.s: Macam tak best je post nie.. Lain kali buat post lagi best lar.. =(

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Tuesday, May 1, 2012

Jaulah Kuantan April 2012

Asaalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim..

          Seriously walaupun dah 2 minggu peristiwa ni berlalu, tapi tetap rasa nak share jugak betapa sweetnya pengalaman saya ketika berjaulah bersama akhawat-akhawat Terengganu...  Mintak maaf sbb lambat menulis untuk post kali ini disebabkan kekangan masa dan ketiadaan idea untuk menulis perkataan yang dpt menggambarkan keseronokan di sana Alhamdulillah... =)

Jaulah?? Apa plak tu?? Pelik2 istilah yang korg guna kan??

Definisi: 
Jaulah adalah berkeliling sebagaimana kelilingnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam dan para sahabat Radhiyallahu’anhum dari kampung ke kampung, dari lorong ke lorong atau dari rumah ke rumah mengajak orang-orang untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Atau dengan kata mudah...

MELANCONG atau BERMUSAFIR dengan niat untuk mendapat keredhaan ALLAH....

Eleh melancong je pun?? Apa yang best sgt??

Yup saya memang dah ada banyak pengalaman melancong... Em stakat ni Paris, England and Australia je yang tak pergi lagi yang lain smua dah pergi...(Key tipu stakat ni baru round satu Malaysia sbb asyik nomad je).. Tapi sgt2 serius dngan penegasan yang setegas-tegasnya pengalaman kali ini sgt BERLAINAN dengan pengalaman2 sebelum ini...

Niat untuk bermusafir kerana ALLAH.. sejauh mana agaknya kita mengaplikasikan niat itu sepanjang perjalanan kita.. Honestly sblum ini saya sendiri merasakan ketika bermusafir sgt seronok  sbb dpt buat jamak and qasar so dah jadi mudah... And tak rasa pun nak buat amalan2 sunat masa bermufasir pun.. Maklum lar jalan jauh kan... Penat sgt2... So mana larat nak tmbah2 amalan2 sunat smua ni... huhu...

Namun perjalanan jaulah Kuantan kali ini membuatkan saya berasa betapa manisnya tenangnya jika niat bermusafir itu benar2 diaplikasikan kepada praktikal sepanjang perjalanan kita sebagay seorang musafir... Perjalanan di kereta ditambah dengan task2 untuk membaca ayat-ayat Al-Quran yang perlu dibaca sepanjang perjalanan... (Walau macam pening2 lalat jugak, berjaya menabahkan diri menghabiskan ayat-ayat Al-Quran yang diberi..) Honestly memang first time saya buat macam ni... Sgt tenang rasanya..


And sepanjang perjalanan juga telinga dimainkan dengan lagu-lagu nasyid (Key tak sgka sgt banyak lagu nasyid yang lagi best dari koleksi yang ada sekarang)..

Menjamu Makanan =)



Air terjun yang sgt menenangkan..=)
Paling terkesan adalah ketika sesi tadabur alam yang diadakan di Air Terjun di Kuantan sana (Okey saya tak sure apa nama dia sbtulnya)... Yup kalau kita fikir balik masa dulu2 kalau sampai air terjun ke, laut ke mesti tak pikir apa lagi selain nak terjun!!! Tapi rupa-rupanya ada perkara yang lebih bermanfaat yang boleyh kita aplikasikan di tempat2 rekreasi2 sperti itu...

Macamana tu???

Lihat air terjun, air mengalir deras tanpa henti... Batu2 statik membiarkan air mengalir di tengah2nya... Keindahannya memang tak tergambar dengan lukisan yang dilukis di galeri2 seni yang ada di seluruh dunia... Masa inilah kita nak menghayati betapa besarnya keindahan dan kesempurnaan ciptaan ALLAH... Subhanallah...

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal" (3: 191)

See ALLAH bukan saja2 nak ciptakan air terjun tu untuk manusia terjun bersuka ria di sana... Tapi untuk kita melihat kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH....

Homestay Tempat peninggalan kami =)
Next bertemu dengan makcik2 dan pakcik2 yang berada lama di jalan dakwah ini.. Dan bertemu akhawat2 UIA yang memang berexperience dan sudah bergerak jauh berbanding kami yang masih di permulaan garisan ini...


Beberapa quote yang memang melekat dalam otak dan pikiran ni...

"Korang takkan rasa bestnye taqwa selagi tak rasa susahnya berjihad'..
(Kak Zati)

"I will not believe you in dakwah work until u work, married, and have children"
(Dr Melur)

Tarbiah ni.... Rasa dia macam sedapnya makan pizza (Penuh Ekspresi)
(Pak Cik Husni)
  
        And last but not least, saya sgt merasakan bertapa ukhuwah yang pernah terjalin dahulu menjadi semakin close... rasa macam tak bleyh nak pisah dah.. Tak kira lar yang baru kenal ataupun dah 2-3 tahun hidup bersama... Seriusly... Agak2 akhawat2 rasa macm tu jugak tak?? (Terharu menahan air mata)

Insya-ALLAH saya berharap untuk diri sendiri dan rakan2 untuk sentiasa mengapply segala perkara2 yang baik yang bleyh diamalkan ketika bermusafir... Seyesly.. Insya-ALLAH akan merasakan betapa manisnya perjalanan yang sentiasa mengharap keredhaanNYA berbanding dengan perjalanan yang hanya mengambil sambil lewa saja padaNYA...

InsyaALLAH...

Sekian

P/s: Terima kasih diucapkan kepada Anis Naazira yang juga sudi bersama saya walaupun dalam bebrapa jam sahaja... Seyesly sgt kagum dngan cerita yang disampaikan kamu... Insya-ALLAh akan mengaplikasikan jika kelak saya bersedia.. Insya-ALLAh... Doakan saya ye =)

P/s:

"Bila kata cinta, tandanya mahu masuk syurga bersama. Maka apa-apa yang tidak membawa ke syurga, itu bukan cinta namanya."~ HilalAsyraf of LangitIlahi:


Saya tak tau kenapa rasa mau mengungkap kembali kata-kata Hilal Asyraf ini.... Mungkin kerana melihat syndrome2 kasih sayang kini yang tidak selari dengan niat untuk membawa kekasih yang didakwa sgt dicintai itu ke SYURGA....

Harapan saya, semoga dia yang bakal saya temui kelak, akan berusaha membawa saya ke SyurgaNYA bukan hanya sbgy pemanis kata, tapi selari dengan perbuatan dan kefahamannya terhadap Islam... InsyaALLAH....

Saya doakan untuk rakan2 juga... Amin...

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)