Tuesday, April 10, 2012

Sekitar Global March to Jurusalem UnisZa...

Salam..

Post ini mungkin agak lambat.. Tapi still Hope still can share one of the best moment.. Insya-ALLAH..

       Alhamdulillah telah diberikan kekuatan untuk menghadiri program Global March to Jurusalem anjuran UnisZa bersama and Aqsa Syarif pada 30 March 2012 yang lepas...


Global March to Jurusalem?? Apa tu??
Perhimpunan bagi menunjukkan sokongan delegasi Malaysia dan seluruh dunia yang akan menyertai Perarakan Global ini, di samping membuktikan solidariti kita kepada rakyat Palestin.

Wow bukan sekadar rakyat Malaysia sahaja tau... Tapi SELURUH DUNIA!!(Worldwide!)


So secara officiallynya di MALAYSIA dianjurkan di Stadium Malawati Shah Alam.. Tapi disebabkan Terengganu ni sgt lar dekat dengan Selangor.. Jadi.. saya pergi yang dekat2 je.. Sebaik ada.. Alhamdulillah...

Perarakan.. Maaf lar takde gambr yang lebih dekat...



Em so antara program yang dijalankan pada hari Jumaat tu adalah Sembahyang Jumaat beramai2 dan membuat perarakan dari Masjid UnisZa ke Dewan al-Muktafi Bilah Shah (DABS), UniSZA Kampus Gong Badak diiringi dengan laungan takbir serta kibaran bendera Palestin yang berkibar dengan gahnya di udara.

Flash Mob GMJ..


Adik2 yang smangat! =)

Kakak2 yang semangat! =)

Key seriously perarakan itulah yang menyentuh hati saya dan betapa seronoknya bila melihat umat ISLAM  yang mostly tidak kenal each other tapi bersatu beramai2 as Sedara SeIslam untuk memperjuangkan nasib rakyat2 Palestin iaitu Saudara Seislam yang berada jauh di nun sana.. Yang lebih menggembirakan apabila melihat sebahagian non-Muslim yang turut hadir memberi sokongan dan untuk menegaskan kembali bahawa isu PALESTIN bukan lar isu agama semata2 ia adalah isu global dalam mempertahankan hak kemanusiaan.


Hadis Rasulullah S.A.W
- “Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya”
 (Riwayat Muslim).
.

Mungkin ini lah yang patut dicari..Ukhuwah yang dibina semata-mata ALLAH s.w.t.. Kasih yang terbina kerana ALLAH s.w.t... MasyaALLAH.. Walaupun rakyat Palestin tidak pernah ber'ym', ber'chatting' dengan kita.. Tapi disebabkan atas nama ISLAM itu sendiri terbentuknya bond yang lebih indah dan tak terlihat dari mata kasar...

"Sesungguhnya Umat Islam itu bersaudara"
(Al-Hujurat; 10)
Honestly, saya masih lagi mencari rasa kasih syg kerana ALLAH, dan juga pembentukan ukhuwah hanya semata-mata ALLAH... Walaupun bibir senang melafazkan kepada sahabat-sahabat saya : 'Saya sayang anda kerana ALLAH'.. Tapi rasa susah untuk seikhlas hati menjadikan ALLAH sbgy satu2nya sbb... Mesti ada kepentingan untuk berkawan.. Sama ada satu course ke? Kawan nak ajak makan ke? Kawan nak ajak belajar sama ke? dan lain-lain lagi...

Kak Fyda pun dtg jugak! =)

So maybe.. Cinta kepada rakyat Palestin, boleyh dijadikan satu jalan untuk berkasih sayang dan prihatin untuk mendapat RedhaNya.. Hanya semata-mata keranaNYA.. bukan sbb mengharap Palestin tu nanti balas kita nya jasa or what.. But kerana yakin dengan janji ALLAH dan beriman kepadaNYA..
-

 Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda:
 “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
.
Walaupun mungkin org akan mempersoalkan


"Alarh pergi ramai2 berkumpul pun apa yang bleyh kita ubah nasib diorg kat sana??"

"Kenapa nak boikot-boikot pulak, setakat satu sen nak bagi kat Israel apalah sgt??"

"Biarlar negara-negara Arab lain yang selesaikan masalah diorg.. Kita kan jauh..."

For me, If it is the less thing that I can do, why didn't I do it??

Walaupun nampak usaha kecil macam semut... Tapi mana tau.. Sekecil-kecil usaha ni mungkin penggerak bagi sebesar-besar usaha..

Insya-ALLAH...




-Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah S.A.W. bersabda:
 “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

And tidak keterlaluan saya kata... Melihat bertambahnya keprihatinan umat ISLAM kini..Cita-cita untuk mencapai Ustaziatul Alam mungkin tak lama lagi akan tercapai.. amin... Insya-ALLAH



Akhir Kata:

Pesanan Penaja Cik Moo~

Sekian~

P/s: Ops lupa nak mention, still tak bleyh lupa pengalaman melihat kawan2 saya membuat announcement dan bagi flyers dekat hospital.. Di depan dr2, specialist dan even Pengarah Hospital.. Tahniah kepada kak FIka yang memang berani! Kalau saya abislar mati kekejangan..

P/s: Mintak maaf kalau post ni ayat berterabur and memang tak best sgt pun...Idea tak berapa nak mencurah2..

P.s: Tetiba risau pasal result posting Medical... Asyik terbayang2 saat2 long case yang bnyak buat salah... Ya ALLAH  Engkaular sbaik2 penentu...

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Sunday, April 8, 2012

Kisah Hati...

Salam
" Hatiku, Hatimu menjadi satu cinta, Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku..."

Ops... Kejap2 bukan nak nyanyi lagu ini.... Lain2... tuka channel...

Kisah hati? mungkin lebih sesuai agaknya saya katakan masalah hati....


Baru-baru ni...(Eh bukan mungkin dalam 6 bulan lebih...Jika tak silap kira lar..) saya berhadapan dengan kelemahan hati saya yang saya kira palg besar dalm hati saya yang memang sedia lemah....

Salah siapa? Mngkin memang salah saya yang hanya ikut flow smpy tak tau apa impak yang lebih truk akan berlaku nanti.. Saya tau apa yang dilakukan adalah salah.. Tapi mungkin keberanian tak cukup untuk mengatasi kelemahan yang satu ini...(Alasan!!
Kalau di sisi Allah, perkara itu baik, tetapi tidak baik di sisi manusia, maka kita tetap utamakan nilaian Allah. Kalau di sisi Allah , perkara itu tidak baik, tetapi di sisi manusia diterima seolah-olah itu adalah satu kebaikan, maka ia tetaplah tidak baik.

Sebelum membuat pertimbangan dan keputusan dalam kehidupan, tanyalah pada diri, kalau kita ingin lakukan sesuatu perkara itu, adakah Allah suka atau benci?

Kalau Allah suka, kita jalan terus.
Tetapi kalau Allah benci, maka kita tidak perlu teruskan.

Neraca hidup kita adalah apa yang Allah redha. Bukanlah apa yang manusia redha.

“Dan keredhaan Allah itu adalah yang paling besar.” [72 : At-taubah]

Maka, pandanglah yang lebih baik itu dari sisi Allah !
Honestly, Saya yang salah.....

Tapi....

Saya....

Tak tahu apa yang perlu dlakukan sekarang....

Totally salah saya ke?? (Eh tnya plak)

Saya berharap masalah hati yang dimiliki ini tidak menyasarkan niat saya yang sedang mengimprovekan diri kepadaNYA di samping amal2 ibadat yang saya try untuk improvekan demi agama.... Saya berharap niat saya hanya satu, bukan untuk mendapat kebaikan2 dunia... tapi demi mnggapai kejayaan di akhirat sana..Insya-ALLAH


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Apa yang pasti...



Saya memerlukan sedikit kekuatan untuk menyelesaikan masalah hati ini...



Tapi bagaimana????

Dan bila???

Sekian~
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Saturday, April 7, 2012

End of Posting Medical.

Salam..

Alhamdulillah setelah berhempas pulas berlari2 dan naik trun tangga tingkat 8 dan 7 (Okey tipu saya naik lif!) Selesai menghadapi medical posting... Alhamdulillah

Peperiksaan?? em tak banyak yang dpt nak saya comment di sini.. Walaupun mendapat case yang Alhamdulillah pernah saya lihat di dalm ward.. Tapi kalau piki2 balik masih banyak yang saya lack dri mendapat finding yang btul...

Mungkin memang ditakdirkan untuk menjadi pakar respiratory apabila long case pun dpt long case, dan OSCE pun masih buat respiratory examination.. huhu.. Alhamdulillah.. Tapi still banyak jugak yang tertinggal... Fine! Tapi MCQ, SEQ and OSCE still mencabar minda dan hati.... Kepada Prof S mintak maaf sbb tak dpt jawab soalan yang snang2 tu.. T-T

"Dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara," (Surah Al-Ahzab 33: Ayat 3)
Em kadang2 kita rasa usaha kita dah cukup.. selalu rasa btul dalam menegakkan pendirian dan selalu tak nampak salah masing2.... Setelah di'basuh' cukup2 oleyh Prof S tadi banyak gila muhasabah diri kembali... And at the same time memang apa yang lack still tak bleyh nak dijadikan alasan... Sbb lacking tetap berpunca dari dri sndiri yang tak banyak berusaha.... Aish.. Yup medical student mana leyh rilek2... Kalau rilek tu lar yang kira abnormal.. huhu..

Ayat yang palg terkesan dlm hati....

"Kalau jadi medical student harap nak pass je all the way.. Tak payah lar jadi medical student.."
*Sentap!



Apa2 pun terima kasih diucapkan kepada Prof S yang yang banyak mengajar, Mama Haya (Supervisor) yang banyak mengajar especially dekat isolation ward, Smua lecturer yang banyak membantu, roomate yang banyak initiate saya supaya menjadi smakin rajin, adik2 beradik (Kak Azza, Kak Naja, n Hairi), rakan2 seposting, dan smua yg terlibat secar langsung atau tidak langsung....

Selepas nie ke ward Paedatric pulak...



Misi: Nak beli mainan banyak2...(perlu ke??) =p

P/s: Alhamdulillah akhirnya dpt juga memiliki baju cinta yang sebenar dari Langitilahi.com.. Plus dpt badge lagi.. suka2... =)..

Cinta yang Sebenar?? Insya-ALLAh masih dalm usaha mencariNYA... moga2 sentiasa dipermudahkan..




Sekian~
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Sunday, April 1, 2012

To all..

Salam...




"Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Ayat 1000 dinar)



Selamat berjaya diucapkan kepada kawan2 Se'Medical' posting, OnG posting yang akan menghadapi EOP hari Selasa dan Rabu nie...(Cuak tak terkata weh!)

Selamat berjaya juga kepada adik2 2nd year dan 1st Year yang akan menghadapi EOM minggu depan....

Key sama-sama doakan kejayaan bersama.. Insya-ALLAH...

P/s: Dua hari sblum exam... Sgt stress sampay rasa nak tidur je... =(... Smoga dilancarkan perjalanan dan dikuatkan hati dengan sebrg kemungkinan.. Insya-ALLAH

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Saturday, March 24, 2012

Practical Day...

Salam..

Em... Rasa macam nak update blog...Key tetap nak update jugak,....(Masih lagi praktis untuk sentiasa menaip laju2...)

Berkongsi sedikit untuk kali ini...
Baru-baru ini sentiasa berhadapan dengan individu yang semakin berani mempersoalkan hukum-hukum  dan ilmu-ilmu yang diturunkan dalam al-Quran dan tentang agama Islam sendiri..

" Relevan ke Hukum-hukum Islam tu pada zaman moden ni??"

"Alar kenapalar Valentine day tu Haram.. Macam poyo je.. Biasa lar sekarang smua org pun bercinta..
 Up to date lah!"

" Sekarang ni org ikut Sains lar... sains yang btul.. al-Quran mana btul... Kalau nabi-nabi tu smua wujud... Diorg hidup zaman apa? Zaman Batu? Zaman Paleolitik?"

Nauzubillah.. Penghinaan yang terang-terangan sekali mengenai agama ISLAM.. Yang menjadi pegangan muslim dan muslimin sekalian... Macam bagitau yang kita nya pegangan ni salah.. Sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang agama kita.. Mungkin tau tapi sgt lar sedikit... Jadi layakkah mereka trus menghina? em TIDAK SAMA SEKALI!  Tapi takpe consider mereka tidak tau... Mereka TIDAK TAHU...

Em.. semakin hari semakin ramai yang bersuara.. Kita marah.. Kita geram.. Tapi cuba bermuhasabah diri sama-sama... Apakah agak-agaknya yang menyumbang kepada perkara-perkara seperti ini??

Mungkin antara sebbnya adalah berpunca dri Umat Islam sendiri.. Yup kita beragama Islam.. Tapi sejauh mana kita benar-benar yakin dengan melaksanakan hukum-hukum Islam dan sejarah-sejarah Islam sendiri? Berapa banyak agaknya amal-amal yang kita tinggalkan dan berapa banyak agaknya perbuatan kita itu mengikut Islam tu sndiri... Kita sendiri tidak yakin dengan Islam macamana agaknya kita nak lawan segala penghinaan terhadap Islam??? Kita negara Islam tapi berapa banyak agaknya cara kita ni tak menunjukkan pun kita ni negara Islam....

Masyarakt kita sentiasa cepat marah dan berkata melulu jika ada individu yang melafazkan sesuatu bertentangan dengan agama kita. Tapi marah kita pun tak melambangkan yang kita seorang individu muslim.... Kata-kata yang diucapkan pun tak selari dngan seorg Muslim... Jadi sejauh mana agaknya kita btul2 pengamal Agama Islam secara sempurna?????

(Dush, dush, Terkena pada diri sendiri....)

Kita mengaku muslim, tetapi menghalalkan cara hidup jahiliah dalam kehidupan.

Kita mengaku beriman kepada Allah, tetapi kita mengingkari arahan dan segala tuntutan.

Kita beriman, tetapi tidak berusaha menjaga dan menguatkan iman dengan amalan.

sumber

Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan umat di akhir zaman seperti buih.

“Akan datang umat-umat yang berkerumunan 
ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” Maka seorang bertanya:“Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?” Baginda menjawab:“Cinta kepada dunia dan takut mati.”

Berbalik pada isu di atas: 
Apakah yang patut kita lakukan kepada pihak-pihak yang mengeluarkan isu-isu penghinaan Islam ni???????

Any solution???

Saya rasa saya perlu menegur untuk menegaskan keyakinan dalm pegangan ISlam ini...Tapi saya tak pasti...

Any pendapat????

P/s:
      Alhamdulillah.. semalam berjaya menjadi Fasi untuk Practiical Day (Walaupun tak de lar fasi sgt...) kepada adik2 Junior second year dan first year... Ulang lar respiratory system examination berulang-ulng kali... Kalau tak pakar jugak memang nak kena lar kan.... Mungkin akan menjadi pakar respiratory seperti Prof Shah... (Em tak nak lar... hee~) Ampun dipinta sekiranya ilmu yang disampaikan tak cukup dan masih byk kekurangan... Tapi hope ade sedikit benefit insya-ALLAH bukan untuk korg je tapi untuk kami jugak...Insya-ALLAH... Kepada group yang tak sempat mintak maaf dipinta... Lain kali kita buat lagi... 
             
           Thankss to Pakar Respiratory Shimi yang memang ada gaya lecturer gitu... Nak SAin!!! And kepada Kak Fera bersama AJK2 yang bertungkus lumus untuk program ni...

P/s: Air mata sia-sia mudah menitis skrg... Tak pasti kesudahan antara kita..

Sekian~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Wednesday, March 21, 2012

Kita Serupa

Salam,


Realitinya:
"Saya, Awak dan Dia Sama Sahaja....
 Sering mencari kebahagiaan yang sementara..
"Yang secara realitinya akan membawa keburukan yang lebih panjang dari rasa bahagia itu..


Sekian~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
 Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Saturday, March 10, 2012

Medical ethics and Illegal Issues

Salam..

Dah lama rasa tak mengupdate blog.. Em.. Key mungkin smakin buzy... Sepatutnya haruslah study sekarang tapi curik sedikit masa update blog jap... (Tulis laju lagi!)

          Sedikit ringkasan mengenai kehidupan selama tiga minggu dei Medical Posting... walaupun masih dalam keadaan yang sgt hectic untuk hampir stiap hari.. Alhamdulillah rasa semakin banyak interesting fact yang dapat dijumpai di ward Medical berbanding di posting2 sebelum ini... Penyakit2 yang smakin variety with variety findings.. memaksa otak untuk sentiasa memerah otak untuk mengingat Encik CVS, RS dan GIT yang bercampur aduk... Insya-ALLAH akan ditambah endocrine, neurology dan renal...  (Seronok main kejar2)


Key Skian...

Sedikit perkongsian untuk kali ini...

Saya ingin berkongsi satu isu yang dibangkitkan semasa lecture Medical Ethics and Illegal Issues yang diberi oleh Dr Anisah...

            " Nowadays we are having modern technology until we can do Karyotyping to the foetus to determine the chromosomes cell in the baby. The procedure is been done and it is identified the baby is having Down Syndrome (chromosome 21 trisomy) during 13 weeks (Tak silap).. The parents are not happy by having this news and are asking for abortion with the reason they cannot take care of this child and didn't have enough time and money to taking care the Down syndrome baby...So do you have to agree with their request to abort the baby??"

 ~ Dr Anisah (Lebih kurang macam ni lar ayatnya.. English berserabut sgt nie..)


 Isu yang agak susah untuk mendapat penyelesaiannya... Sbb macam banyak perdebatan dan pendapat yang diberi oleh rakan-rakan sekelas pun.. Tu baru 30 student Medic.. nanti campur Dr punya pendapat lagi lar variety habis...

So just sharing my thoughs here:

Nobody was born perfect in this world...
Kenapa terlampau mengharapkan kesempurnaan sedang sebenarnya kita pun sedar yang kita sebenarnya takkan sempurna sepenuhnya pun... Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan sendiri... Tapi kalau dalam pemikiran sentiasa mengexpect smua benda yang dilahirkan pun perlu sempurna secar fizikal dan mental  possible ke berlaku?

Tiada yang lebih sempurna melainkan ALLAH S.W.T.. Dia lebih tahu kenapa sesuatu perlu dijadikan dan keistimewaan setiap makhluk yang diciptakannya... So siapa agak kita yang hendak menolak takdirnya yang menjadikan insan-insan terpilih untuk mengalami Down Syndrome...Siapa agaknya kita yang senang-senang menolak kelahiran bayi begini hanya kerana dari pandangan manusia mereka tidak sempurna? Tahukah kita bagaimana pula darjat mereka kepadaNYA?

"Pandanglah dengan pandangan Allah. Pandangan kebaikan untuk setiap ketentuan."

Ciri2 yang diklafikasikan sebagay smpurna oleh manusia: Tinggi, putih, Cantik, Comel dll
So kalau smua pun nak smpurna adakah semua manusia pun harus lahir dengan ciri2 begini? Impossible right?

"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu."
 (Surah Al-Baqarah : 216)

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7 - 8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu."
Sumber (Boleh Klik untuk Penjelasan yang Lebih lanjut)

As a conclusion: I will not abort the baby...

Just my thought.. different person different opinion

Dr Anisah pun tak memberi jawapan yang statik kepada smua.. Tapi ayat beliau yang saya suka dengar selepas itu:

"Siapa kita yang dapat menentukan masa depan kita baik atau buruk"
 (Macam ni lebih kurang yang saya paham)

Em maksud yang mendalam....

Sekian~

P/s: "Kita Harus Tabah! " (Gaya Kak Fika =p)

P/s: Baru-baru ni jatuh basikal.. Lama tak jatuh basikal rasanya.. Rasa macam baru blajar plak padahal dah bertahun2 main basikal.. Sakit skit.. Insya-ALLAH ALLAH nak bagi rasa sakit and susah sket sbb luka-luka yang ada... Sila bersabar ye... (Takdelar luka parah pun...hihi)

Nukilan,
 Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
 Insya-Allah masih membaiki diri.. =)