Monday, August 15, 2011

Cantik... =)

Salam.. =)

Post ini adalah sebagy peringatan terutama pada diri sendiri..

Dan boleh ditake note kepada sesiapa yang rasa bermanfaat kepada diri...

Tiada niat mengdirect kepada sesiapa (maklumlar..baru-baru ni ramai sgt yang terasa ngan saya)

Insya-ALLAH

      Cantik?? Semua orang pun suka kepada kecantikan... Perempuan cantik, rumah cantik, beg cantik, hanphone cantik.. Kalau bleyh smua benda pun nak cantik... Malah sekarang manusia snggup buat apa sahaja untuk cantik.. Plastic Surgery, Cucuk sana cucuk sini... See.. Betapa pentingnye kecantikan tu kepada kita.


Begitu jugalah dengan Allah, pencipta kita, tidak dapat dilihat kerana terlalu indah. =) Lihat saja ciptaan Allah dekat atas muka bumi ini, subhanallah, super indah bukan? ~ Dr Cinta Punye Blog


          Tapi kepada siapa sbnrnya kecantikan kita ditujukan? Adakah kita hendak menjadi cantik semata-mata mendapat pandangan dri manusia sahaja? Bagaimana pula kecantikan yang hendak ditunjukkan kepada ALLAH s.w.t.... Adakah kecantikan luaran semata-mata?

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya -Bapak Hamka-

Senang je nak jadi cantik di mata ALLAH.....Taati perintahNya dan jaga Akhlak masing-masing... Sbb tu masa sembahyang pun, kita pakay telekung putih je untuk mengadapNya.. Ade ALLAH suro kite beli baju mahal-mahal cantik-cantik untuk mengadapNYa? Takde.. Sbb segala kecantikan luaran yang sementara tu smua ALLAH tak pandang..Allah pandang kecantikan kat dalam.. Hati kite memainkan peranan.. =)

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).

Sbgy Muslimah, Kita beruntung, sbb kita ada satu advantage untuk kita nampak cantik.. Di mata manusia dan di mata ALLAH.. iaitu dengan bertudung..

So focus hari nie adalah mengenai menjadi cantik dngan bertudung....




Sabda Rasulullah s.a.w:


"Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Takut kan?? Alhamdulillah kerana sebahagian besar kita sudah pun bertudung pada zaman ini.... Dengan fesyen-fesyen tudung yang berlambak dekat kedai-kedai smua.. terasa nak try smua.. sbb smua pun nampak sweet and ayu..=)

Tapi ingat.. Bila kita bertudung.. Itu bukannya dah jadi lesen untuk kita untuk bukak aurat yang lain... Sbb ALLAH bukan suruh kita bertudung sahaja. Tapi tutup smua aurat yang ditetapkan oleh syariat Islam.. Kalau tgok rmy skrg yang menggunakan konsep asal tutup smua dgn kain dah bleyh pakay tudung... Tak kire lar kain tu ketat ke.. Jarang ke? Lengan pendek ke? Asalkan bertudung.. cukuplah dikira tutup aurat...

"Oi ak dah bertudung ni pun dah kira baik tau..Yang ko Poyo sgt Pehal??"

Memang, tapi ISLAM kan agama yang sempurna.. Jika kita nak tutup aurat, bertudung, kenapa kita tak lakukan dengan sempurna.... Adekah buat separuh-separuh sudah cukup untuk kita mendapat ganjaran dripadaNYA???

Kenapa bleyh kluar statement macm ni dri org ramay agak-agaknya:

"Alarh ko ingat kalau org bertudung ni baik sgt ke wei... Ko tau si X yang pky tudung tu pun pergi merempit ngan boyfriend die ke hulu ke hilir.. Baiklar aku ni yang bertudung duk rumah je ari2"
(contoh ayat)

Sbb kita sndiri yang bertudung tak menjaga akhlak-akhlak lain yang ditetapkan ISLAM... Tak pasal-pasal tudung tu plak yang dipersalahkan.. Sedangkan yang salah org yang memakainya.. Bukan tudung yang membuat dia jadi jahat..Tak pasal-pasal sbb kita yang tak jaga kualiti org bertudung nie.. org lain pun rasa takut nak pakai tudung...

Kan dah jadi Fitnah agama kat situ? Jangan sampay nanti satu hari satu dunia cop org bertudung ni smua nye jahat sudah lah? Nauzubillah...

Oleh itu sama-sama lar kite bermuhasabah diri kembali.. Tgok apa yang kita buat dan pikir apa impaknya jika kita trus stay macam ni tanpa apa-apa perubahan...

Sama-samalah berusaha untuk trus meningkatkan kualiti orang-orang yang memakai tudung dengan berusaha membaiki diri kita Insya-ALLAH...

Peringatan bersama, bertudung yang bagaimana sempurna? Jangan sampai mempersendakan agama...

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Ikhlaskan niat menutup aurat itu kerana ALLAH...Bukan kerana sbb-sbb lain yang bercanggah...


Sekian..

Inspiration and Credit to:http://dirikudrcinta.blogspot.com (serius sg best!)

P/s: Kawan-kawan Mintak maaflar post ni Huru Hara... =)

P/s: Lagi satu terkena gile post ni kat diri sendiri... Muhasabah Fyfa =)

Singgah sebentar...



Sometimes we just have to accept that people are going to stay in our hearts even when they don’t stay in our lives



P/s: And there still u that I want to talk my problem,.. Even other people come...  This is so ANNOYING, DISGUSTING and so DISTURBING!!!!!


 
P/s: Apa ko ngarut malam-malm buta ni Fyfa! =p

Friday, August 12, 2011

Syndrome =)


Salam...

Terasa macam banyak sgt nak tulis kat blog nie.. Macam berlambak-lambak je tajuk melimpah ruah dlm otak kepala nie....(budget.. Padahal blur.. =p) Tapi disebabkan kekangan masa yang melampau (erk!).. Saya terpaksa menahan sgala idea yang terbuku di dalam dada.. =)

Post kali ni bukan lar untuk bercerita mengenai Syndrome-syndrome yg terdapat dalm Disease-disease manusia...But to tell you all satu syndrome yang saya alami starting from secondary school if not mistaken smpy lar skrg... 

The sydrome that I named:


PHONE FRIGHT!



Biasa kite dgr stage fright kan? Tapi Honestly saya mengalami Phone Fright...

Macamana Phone Fright tu ek????

Key.. Penerangan secara ringkas... Saya takut berckp dgn org kat dalam telefon.. Tak kire lar lelaki atau perempuan.. Even kawan-kawan rapat sekalipun....

Takut bukan lar bermakna saya takkan bercakp or membisu terkaku ketika menjawab panggilan telefon.. Tapi bile nak angkat telefon tu mesti rase berdebar-debar.. Macam segan gile nak angkat.. Lagi-lagi kalau berada di sekeliling org ramay.. Memang macam risau and glabah gile nak menjawab... Apakah perasaan ini.. Kalau dah angkat pun.. Ckp pun mesti macam glabah gile..But it only last for few minutes.. Bila dah lame sembang.. terlebih excited pulak die...




Lagi truk saya memang susah nak jawab kol dari number yang tak kenal.. seyes.. Sgt susah and kadang-kadang memang saya biar je kol tu tak berangkat (Key sgt kejam key =( Ntah lar knapa.. Saya macam rasa kalau org tu kol penting mesti dia akan mesej nanti. So I tend to tgu smpy lar org tu mesej.. Kalau tak.. Hm.. Lupakan je ar..

Smakin tgi rasa hormat saya pada org tu.. Smakin tgi lar ketakutan untuk saya mengkol dan berckp dgn beliau (hypothesis) Lecturer-lecturer especially..Tak tau nape saya rasa takut sangat.. that's why tend to suro org lain yang ckp slalunya bg pihak saya (Swie kawan2)

Even nak pgl pak cik teksi pun.. Saya lagi rela suwo kawan saya yang ckp dripada saya... Gune lar Phone saya pun... (Swie kwan2)

Saya lagi selesa berSMS... Walaupun skrg ni pun kadang2 rasa malas sgt nak menaip mesej,. Tapi saya memang lagi rela sms dri berckp dkt phone... But sometimes kena jugak ckp dkt phone.. Sbb kadang-kadang ade benda yang expression less kalau ckp melalui SMS...



Believe me.. Kalau saya nak kol my best friend pun.. Dah siap janji bagay nak kol malam ni pun.. I akan still rase macam glabah untuk kol dia malam tu... Walaupun byk kali dah kol sblum ni.. But still berdebar-debar bila nak wat kol kat dia (key macam kol pakwe lar plak Fyfa...

Pape pun.. Just wanna share this my kind of Syndrome...Pelik tapi tak tau ar. Memang tu  yang happen...



Agak-agak kowg ade ke ubat ke? Penawar ke for this kind of weird syndrome??

=)

Sekian

P/s: Share sket Bleyh.. Sekadar renungan Bersama =)


Sejauh mana kita mampu percaya pada janji-janji kosong manusia? Allah berjanji pada kita bahawa apabila kita meminta kepada-Nya, Dia akan perkenankan. Sungguh, kita benar-benar terlupa siapa yang lebih menyayangi kita.  ~ DR CINTA.. =)
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu." (al-Ghafir:60)
Sekali pun kita putus Cinta dengan manusia... Percayalah yang ALLAH tak pernah putus daripada Mencintai Kita.. Bila kita putus cinta dngan Kekasih.. Ingatlah mungkin tu penanda dripada ALLAH untuk berpaling kepadaNYA.. lalu memberi kata-kata cinta dan rindu padaNYA... Luahkanlah pada ALLAH... Kerana dia Maha Mendengar luahan hamba-hambanya..

Insya-ALLAH...

Khas untuk sahabat saya: Jangan sedih-sedih... =)

Thursday, August 11, 2011

Dunia tanpa Sempadan =)

Salam...

Alhamdulillah...Baru-baru nie telah berjaya mengadakan tadarus on9 berserta usrah on9 bersama rakan-rakan universiti dan rakan-rakan sekolah...Tak sangka benda yang dulu saya tak pernah yakin boleyh dbuat secara online, nampaknye berjalan dgn agak lancar skali walaupun jarak memisahkan kami smua...

Mungkin ini lah yang kite namakan dunia tanpa sempadan...=)

Dan disebabkan dunia tanpa sempadan ni lar yang membuatkan kami boleyh berkongsi ilmu agama, memeriksa bacaan al-Quran masing, berkongsi pengalaman masing2 dan meluahkan rindu masing-masing... Walaupun bukan secara directly.. Tapi sudah cukup lar saya katakan rindu terubat mendengar gelak tawa rakan-rakan, dan suara mereka yang bersemangat berkata sewaktu menyampaikan hujah masing-masing..



Pertama kali, buat masa ini saya rasa berasa ruginya saya kerana telah menghabiskan hampir 2 bulan cuti dngn mengbrowse internet hampir 90 peratus sia-sia belaka.. Bukak Fb.. tutup Fb.. tgok wall sana.. tgok wall sini... tak memberi manfaat kepada diri sendiri dan org lain... =)



Agak rugi lah bagi kita umat Islam yang berada dlm arus kemodenan yang serba maju.. Tapi tidak berusaha menggunakan kemodenan itu dalam mendalami Islam dan menyebarkan Islam.. Jika kite olah atau kite berpikiran kreatif sedikit dalam mengubah satu pertemuan kepada conference call... Tersebar juga perkongsian ilmu walaupun hanya melalui Skype ataupun YM... 


Inilah yang dikatakan dunia tanpa Sempadan.. =)

Teringat masa pengisian Usrah di Kuala Terengganu.. Bila akak-akak naqibah berkata bahawa kita bertanggungjawab terhadap dosa-dosa yang dilakukan oleyh org-orang di luar negara kerana tidak berusaha menyampaikan dakwah kepada mereka...Saya rasa saya smakin paham dgn apa yang dimaksudkan mereka.. Dngan penggunaan teknologi yang mudah dalam perhubungan sosial kita, tidak susah rasanya untuk kite berusaha berpikiran kreatif untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu Islam...

Hm... banyak lagi yang perlu saya muhasabah nie...

Neway sblum stop, Ingin saya berkongsi pengalaman rakan saya yang duduk di Canada dan Poland.. Melihat kesungguhan mereka untuk trus menegakkan ibadah Islam walaupun dalm keadaan yang serba kekurangan dri sgi tempat untuk beribadah.. 
Cnthnya seperti solat.. Bayangkan mereka terpaksa solat di fitting room... em kadang2 dihalau jugak oleyh pak cik guard.. owh saya masih tidak bayangkan keadaannya...

Ditambah lagi dgn pandangan-pandangan sesetengah masyarakat di sana yang memandang mereka sbgy terrorist.. Mencabar kan??

Bersyukur sbb kat Malaysia ni kita bleyh beribadah secara terang dan nyata tanpa sebarang gangguan dan celaan... But kite still take for granted because there still some of us yang malas melaksanakan ibadah yang dituntut Islam... Ruginye kite kalau dibandingkan mereka-mereka yang bersusah payah melaksanakan kewajipan mereka di oversea tu...



Em.. Muhasabah diri lagi. =)

Sekian saja untuk kali nie..

Post kali ini sekadar perkongsian.. Tiada niat untuk menunjuk atau membangga diri..

Sama-sama kite take noted jika anda rasa bermanfaat...

=)

Wasalam...

Wednesday, August 10, 2011

Bukan saya untuk menilai..



Salam...

Just a quick post here (I hope so..)

Byk keje nak wat lagi nie... (budget..)

Em so... Bercerita pasal smalam, saya dikejutkan dngan satu post Ramadhan yang tak disangka2.... Okey some of you maybe tau some of you maybe tak tau.. Tapi takpe lar asalkan saya tau.. Hehe..

Ya kalau bace memang post nampak baik... Wish saya puasa... Okey lar... LEbih kurang begini upenye...
"asy!!!!selamat berpuase dari sye!!ikhlas...hehe"
               See macam saya ckp lar nampak baik.. Tapi bg saya sya paham sndiri maksud yang disampaikan beliau... Mungkin beliau masih terasa dgn post saya yang saya post tanpa berpikir dahulu di wall Kusses 0307... Maaf saya jika anda terasa... Bukan lar saya untuk menilai sgala perlakuan beliau itu.. Tapi ALLAH yang berhak menilainya...

           Walaupun saya berpikiran negatif kepada beliau pada awalnya, namun setelah berehat sbentar, menenangkan diri, saya cuba berpikiran positif... Saya cube membalas post beliau with well manners.. Skali lagi siapalah saya untuk menjudge lalu melemparkan cacian dan kebencian saya kepada beliau.. Bukan saya untuk melakukannya..... Cukuplah sekadar membalas post itu dengan nasihat dan doa supaya Ramadhan kali ini membawa berkat kpada beliau...Skurangnya doa yang baik saya tujukan pada beliau



            Mungkin org2 yang meng'like' post itu menanti2 ape agaknye reaction tidak matang yang mungkin diambil oleyh saya seperti remove post, membalas dgn nada benci ataupun mendelete trus dari friend list.. Mungkin... Skali lagi saya berpikiran negatif... Maafkan saya... Tapi Alhamdulillah, saya berasa lega sbb berjaya mengawal emosi lalu menulis ayat yang lebih proper di situ.....

             Dri dulu lagi saya tau byk lagi kekurangan yang perlu saya baiki... Dan terima kasih kerana Kamu2 Smua yang dahulu mengejek2 saya telah menyedarkan saya supaya mengkaji kembali kekurangan-kekurangan saya... Terima kasih.. Ada hikmah di sebalik smua yang berlaku.. Cuma nasihat saya, apabila kita terlampau mengejek dan menghina seseorg itu, ibaratnye menghina Ciptaan ALLAH yang menjadikannya kurang sempurna....

Papepun saya tetap bersyukur kerana berpeluang merasa kenangan pahit manis di KUSSES 0307...

Trima Kasih Smua..



=)
Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Dan maafkan mereka..Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tetapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kitalah yang perlu dan sangat kita gundahkan. Insya-Allah apabila Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia =) Insya-ALLAH
Sekian

Wednesday, August 3, 2011

Kahwin =)



Salam...

Baru-baru nie.. Kat mana2 je mesti timbul soal kahwin....

"Bile lagi nak makan nasi minyak??"... Soalan common bile jumpa kawan-kawan...

Kalau tak pun.. Mesti nak jugak ckp pasal kawin.. lagi2 yang dah ade boypren...

Kalau tak ckp pasal kawin pun mesti akan ckp jugak pasal indahnye percintaan bersama boypren tercinta...

(Okey tetibe rasa umur sudah makin meningkat.. Sbb sudah dikelilingi persoalan sperti ni..)

Malahan ada jugak kawan-kawan saya yang sudah berkahwin, bakal  berkahwin...

Tahniah saya ucapkan. Smoga perkahwinan anda sentiasa diberkati ALLAH dan berada dalam redhaNya.

Gambar hiasan.. =)

Siapalah saya untuk berckp panjang pasal perkahwinan ini...

Apatah lagi berckp tentang kisah cintan cintun rakan2 saya =)

Stakat ni saya masih nak try improvekan lagi 

  • Cinta saya pada Allah dan Rasul ..
  • Cinta kat ibu bapa, adik Beradik dan kluarga...
  • Cinta pada sahabat-sahabat..
  • Cinta pada study saya yang skrg ni masih dlm perjalanan yang jauh..

Smuanya masih dalam proses renovation and pengukuhan....


Kalau org smua dah start bercouple dan meluahkan cinta pada seorg lelaki..
Alhamdulillah mungkin anda sudah banyak meluahkan rasa cinta dan tetap cinta kepada ALLAH dan RASUL..
Oleh sebab itulah mungkin anda rasa sudah smpy masa anda memberi cinta pada seorg insan bernama lelaki...
Tapi AWAS!!
Kadang-kadang cinta ini melalaikan sehingga boleyh mengundang kemurkaan dri Pencipta yang Esa... =)

Saya pun insan yang lemah.. Terkadang bile melihat kawan sekeliling dicintai dan mencintai tergugat gak iman...

Sbb tu masih dalam proses mengukuhkan cinta kepadaNya sbb bila iman tergugat tu tandanya tak cukup lagi Cinta kepadaNYA.. =)

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (3:31)

Insya-ALLAH  Kalau ade jodoh tak ke mana...  Btul tak??

Kalau ade jodoh Kahwin jugak nanti... Insya-ALLAH...

"Yang penting bukan siapa isteri/suamimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga." 
 

Maaf kalau ade salah dan silap dlm post saya nie.. Saya pun Insan yang lemah yang masih dalam proses membaiki diri sendiri....Dalam masa yang sama untuk mengingati diri sendiri.. =)

P/S: Happy annivesary kepada abah dan mak a.k.a Encik Amir Bahari dan Puan Norzehan Shamsuddin pada 2 Ogos semalam... Alhamdulillah.. 25 tahun sudah =)


P/s: Malu je kan post macam ni.. Lepas ni tak nak post macam ni g.. =)

Sekian...

Tuesday, August 2, 2011

Pelangi =)

Salam...

Lama gak meninggalkan blog yang kesunyian nie.. hehe...

Takpe nak update gak skrg.....

First of ALL Happy Ramadhan Everybody!! Semoga Ramadhan kali ini kite penuhi dgn ibadah dan berlumba2 mencari pahala2 free yang ditawarkan pada bulan ni.. cepat2 jangan tgu 10 hari terakhir je...  =)


          Mgu sblum Ramadhan, adalah mgu yang pgl hectic bagi saya.. Dgn membuat pujukan serta surat rayuan.. akhirnye berjaya jugak mendapat kelulusan untuk ke pulan ke rumah nenek saya di PJ.. yeah!! Melawat nenek pun antara tujuan.. and then saya telah pun bertemu sahabat2 handai.. Sahabat2 lama yang dirindui.. Alhamdulillah.. aktiviti berjalan lancar.. 5 hari duduk kat Rumah wan 4 hari say kluar berjalan2... Melepas gian lar konon.. hehe...

Saya malas nak bercerita panjang untuk kali ni.. Biarlah gambar saja yang menceritakan segalanya =p

Bergambar tgh org ramai...
Banyaknye makan =p
Dah jangan nak contol ayu sgt...
Suka sgt gambar nie.. Saya dah start rindu kat lembu saya.... =)

                 Honestly kepada Kussesmate saya nie.. Kamu..kamu..and kamu memang x pernah berubah.. about 3 years kita tak jumpa kan.. Alhamdulillah jumpa jugak untuk kali ni.. kalau lah bleyh ulang masa kite suke main2 kat skola dulu =p... Oh really miss it.. Especially bila fyqah asyik menyandar kat saya je.. hehe.. Memang ingat ar memory2 lama =) Rasa disayangi..Kepada Anis, Afyqah, Shidot, Athirah, Fyad, Auni, Ain thanks sbb sudi lapangkan masa dgn ASY..  (lama rasanya org dah tak pgil Asy) Rakan2 lain Insya-ALLAh.. panjang umur kite jumpa.. =)

                 
                Ha makcik2 kat atas ni peminat saya.. eh silap bukan mak cik.. Akak-akak... hehe first time kluar skali dekat KL.... Macam tak caye je.. Slalu jumpa kat KUala Terengganu tercinta. =p Neway nak sain..nak sain.. =)

Ni nama dia kak Shila tau.. Kak shila.. =)

Ni pakwe Kak Shila... Ape ntah nama die.. lupa =p

                    Last but not least, Berjumpa dgn Paan n SHila.. Thanks kat mereka kerana telah bermurah hati membelanja saya makan.. yeah!! Dah lama dah planning nak jumpa kali nie baru btul2 leyh jumpa.. Tapi sian kat PAan.. dtg untuk lunch.. je.. hehe. next time lar paan =)

                   Saya pun ade gak pergi tgok wayang dengan Ya (my aunt..) masa hari Khamis... sempat ar 2 movie.. =) Cite HAngover and Captain AMerica.. 2-2 pun best.. And leyh lar nak tgok kalau bosan =)

4 location in 4 days : Mid, Klcc, One Utama, Mid again...

Kepada rakan2 H20 saya mintak maaf sgt sbb x dpt menghadiri reunion pada hari Sabtu... Hal ini adalah disebabkan seruan keluargaku untuk pulang sudah bergema... Insya-ALLAH next time..

Owh dalam kluar berjalan2 tu smpat gak saya tolong nenek saya buat Buah Melaka.. First time wat.. Tak sangka senang gak wat kuih nie.. slama ni tau makan je =p

Ni copy je tau.. Bukan yang saya wat.. =)
Akhir kata...