Tuesday, October 25, 2011

Penghargaan =)

Salam

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezki dari punca yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan melaksanakan urusan (yang dikehendaki olehNya). Sesungguhnya Dia telah mengadakan KETENTUAN bagi tiap-tiap sesuatu"
 (Surah At-Thalaq 2-3)

Alhamdulillah,... Selesai exam posting yang sgt2 lar mendebarkan...
(Dah tak sgup nak present case dah... Takut kena heart Attack!)

Sgt2  byk lagi yang diri sendiri kena baiki... History Taking pun mcm tunggang terbalik lg...
Salah siapa?? Salah kan diri sndiri....
Hanya mampu bertawakal je skrg... (Kita harus TABAH...)


Terima kasih kepada Puan Siti Akashah..(patient first untiuk 1st Exam)

Yang sudi memberi kerjasama... dan membantu sya dgn sebaiknya....
Untuk pengetahuan smua, Puan ni cikgu Muet... Dia siap btulkan English saya lgi...
Saya doakan Puan cepat smbuh.. Insya-ALLAH....

Thank you jugak diucpkan kepada trainee2 lecturer yang memang sgt memberi smangat..

Dr Mohd, Dr Azlina, Dr Salman, Dr Izham, Dr Nik,
Trima kasih sgt2... Sbb banyak bagi tunjuk ajar and increase our confident for this posting..

Thank you jugak kepada clasmates, sahabat2, yang mendoakan and memberi smangt..

Special thanks dedicated to Kak Arifah a.k.a Adik-Beradik dgn Papa H...
Yang memang slalu bersama untuk hampir smua jadual hospital..
Oncall, Clinic and OT bagai...
(Kak Ari tak Bosan ke?? lalala)

Apa2 pun result tak dpt lagi...Hanya mampu bertawakal.. And redha je stakat ni...
Sama2 kita doakan yang terbaik... Insya-ALLAH...
(Lulus cukup makan pun jadi lar wei...)




Sekian..

P/s: Jom bace ni.. =) Kredit untuk Kak Arifah =)

Friday, October 21, 2011

Future Maybe??

Salam...

Key mengambil masa terluang (eh terluang ke??).. Just nak share few words...

Em entahlar.. Sya smakin risau nak menghadapi hari2 mendatang...

Takut nak exam??? Of course.. Sgt2 lar berdebar2... Smpy hormone adrenaline pun tak tau nak dikeluarkan ke mana lagi... Tachycardia, SOB smua tgh associated lar ni... Plus demam yang tetiba dtg bertandang ni.... =(

Ops dah lari tajuk.. apa yang saya takutkan dalam menghadapi hari2 mendatang ni...

Sebenarnya....

Saya takut bila dah makin BUSY ni... Saya...Smakin...

  • Tak Kisah Pasal nak Menjaga Hati kawan2... Mean by saya senang2 je buat satu benda tu tanpa pedulikan pun if saya Sakitkan Hati sesiapa....
  • Semakin fokus lebih kepada Nak penuhkan kejayaan di DUnia je... Smpy terlupa and tertinggal dah nak istiqamah Amal-amal bekalan di akhirat...
  • Terlupa nak senyum... Terlupa nak senangkan hati org lain..

  • Semakin SELFISH..... Lantak p lar hangpa smua.. yang penting hal ak SETTLE.....
Em pernah terpiki tak... Bukan lar nak ckp saya seorg yang PERFECT sblum ni... Cuma recently saya perasan ke'probablity'an untuk kehilangan nilai2 moral pada masa akan dtg macam ada... .... Adakah normal dan life memang macam tu???

Teringt kata seseorg dahulu:

"Akan sampai masa nanti... Kita akan terpaksa selalu kena pentingkan diri sendiri dari org lain.. Sbb orang sekeliling kita pun dah tak akan peduli dah kat kita.. Even Best Friend lar serapat mana pun"

Btul ke?? Saya langsung tak nak percaya....

Tapi.......

Em ntahlar... Saya berharap pendapat org tu salah lar... Sgt2 berharap...

Sama2 kita doakan yang terbaik antara kita... Insya-ALLAH....

         ‘Manusia itu akan jadi baik, dengan meniru perangai kawannya yang baik. Begitulah sebaliknya’

Sekian..... (Few words je kan???)


P/S: All the best kepada kawan2 yang akan menghadapi Exam for CLINICAL for the First Time ni... INsya-ALLAH kita sama2 try wat yang terbaik.... Doakan Saya dan rakan2 =).. Chaiyok....

P/s: Wahai encik hati yang mudah dibolakbalik kan.... Sila Tabahkan dan Kuatkan Hati anda!!! =)


Ehem bila rasa tension dga lagu ni key,... =)

Sunday, October 9, 2011

Neutral =)

Salam...

Selesai sudah CCC and Seminar untuk mgu lepas dan mnggu ni....Alhamdulillah lega...

           Seminar.. Memang tak sgka lar bila dah last2 minute tu Miss H suruh wat discussion plak... Mesti lar frust sbb tak dpt present slide (Key tipu sgt dah ni).. Tapi CCC no escape lar.. sbb Prof smua bawak bom baling2... Mestilar rasa seronok sbb dpt baling balik bom dekat kawan2..(Mintak maaf ye smua =)

Em berkongsi sket =)

    
             Nak tanya sket... apa yang slalu kita doa dalam kehidupan seharian kita?? Doa lepas solat, doa sblum nak jawab exam and macam2 lagi....

          " Ya Allah tolonglar bagi aku result yang cemerlang dalam peperiksaan kali ni"

          " Ya Allah tolong berikan aku rezeki untuk membeli handphone baru tu... Memang teringin sgt2 dah ni"

           " Ya Allah tolonglar kurniakan daku kegembiraan dunia dan akhirat.. Jauhilah aku dari segala kemungkaran dan kezaliman"

       Ops semuanya untuk kita kan?? Smua pun untuk kepentingan diri kita...tapi macamna pulak dengan kawan2, saudara mara kita, lecturer, dan org di sekeliling..Adakah kita tak mengharapkan kebahagiaan yang sama jugak untuk mereka sama seperti yang kita harapkan untuk diri kita??

Our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has once said

          " None of you truly believes until he wishes for his brother what he wishes for himself"


         So sejauh mana agaknya bila kita kata kite sayang dekat kawan2 kita kalau dalam doa pun kita tak sempat nak mentionkan nama kawan kita untuk mendoakan kebahagiaan mereka....




Again our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has promised us


          " A Muslim's secret supplication for his brother will be answered. There is an angel at his head each time he offers supplication for his brother the angel says: "amen and the same for you"

So mari kita buat kira-kira sket... Katakan lar saya dan awak... Saya doakan awak 3 kebahagiaan... Awak pun doakan saya 3 kebahagiaan.... So berapa agak2nya doa kita yang Insya-ALLAH termakbul...????

6 kan???

Wah dah didoublekan dah jumlah kebahagiaan yang didoakan.... Alhamdulillah... Untungkan??

Macam skim cepat kaya plak kan??? Tapi keuntungan lagi banyak sbb doa dimakbulkan ALLAH... pencipta alam semesta ni... =)

So maybe lepas ni kite leyh tuka sket doa2 kita...


 " Ya Allah tolonglar bagi rakan saya yang bernama ...........  result yang cemerlang dalam peperiksaan kali ni"

 " Ya Allah tolong berikan rakanku yang bernama .............. rezeki untuk membeli handphone baru tu... Memang dia dah teringin sgt2 dah ni"


Key nasihat untuk diri sendiri jugak ni... Praktiks make perfect... Insya-Allah... =)

Sekian...

P/s: Kena siapkan case write up malam ni gak....walaupun masih lagi berusaha menaip blog ni...lalala~

P/s: Sekian =)


Friday, September 23, 2011

Realiti Kehidupan

Salam...

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(At-Tagaabun, ayat 11)

        Kalau baca novel Contengan Jalanan watak utama, sampai ke Australia and Indon pergi melancong untuk mendpatkan hidayah Allah... Tapi baru-baru nie, saya rasa ada satu tempat yang sgt dekat untuk smua org pergi dalam mencari erti kehidupan sebenar.....

....Hospital.....

Erti kehidupan apa yang ada dekat sana sbnrnya??

Dapat tgok patient smua bertarung nyawa dengan sakit yang dihadapi,
Dapat tgok patient dalam kerisauan yang amat sgt untuk wat pembedahan,
Dapat tgok seorg nenek tua yang sgup berjaga untuk jaga anak dia yang hilang ingatan,
Dapat tgok HO dalam kesibukan cuba menguruskan kebajikan pesakit,
Dapt tgok kepercayaan patient pada Dr untuk merawat mereka,


           Selama ni rasa macam dikelilingi dngan org2 yang berada dalam keadaan yang selesa, so macam tak dpt gambarkan lagi macamana situasi yang selalu digambarkan dalam paper, pasal accident, kehidupan sosial...Tak dpt nk gambarkan betapa seriousnye keadaan penyakit dalam buku-buku teks tu (selama ni tgok gambar je).. But then selepas jalan-jalan dekat wad ni, selalu sgt sebak tgok keadaan patient kat sana, 

Rasa bersyukur dekt Allah sbb bagi pluang hidup dalam keadaan sihat dan and selesa macam ni...

"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)


          So marilah sama-sama kita try ekpresskan syukur atas segala apa yang kita dpt skrg semaksimum yang mungkin.... Solat, Baca Al-Quran, Baik dgn org, smua sikap mahmudah yang termampu untuk dilakukan.. Insya-Allah...

Teringat kata Dr Mohammad dalam Lecture aritu...

 "Tak guna pun nak sombong-sombong dngan org sekeliling... nanti satu hari Allah tentukan kita ada kat bawah jugak satu hari nanti, Takut-takut dngan org yang kita sombong dulu yang kita mintak tolong balik"
(Lebih kurang macam ni lar yang saya paham)

      Kalau rasa dah lega gile lepas lepas Pro-Exam hari tu... Terasa berada di atas sket, tanpa disangka-sangka bila dah masuk clinical ni rasa macam sgt bawah sgt.. rasa bawah lagi... Terasa the lowest... Berdepan dengan specialist....HO.. MO... Memang jauh lagi perjalanan mencpy kejayaan macam tu..

So Truskan bersikap seHUMBLE yang mungkin...
And truskan meningkatkan kesabaran yang kadang2 tergugat jugak ni....
Insya-ALLAH...

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."
~Amin~

P/s: Trima kasih kepada my beloved mother and kawan-kawan yang sentiasa tak putus2 memberi semangat... =)...





Anak Kak Jannah...  3 Bulan tak jumpa dah makin cmey macam ni...nak sain...=p
P/s: Khas untuk Si AMKI... Trima kasih ar sbb akhirnya bru jumpa blog ak...lalala~

Monday, September 19, 2011

New Day New Chapter...

Salam...

Update kali nie.. Hanya mengulas certain2 point je... Insya-ALLAH seringkas yang mungkin

a) Junior -

    Welcome to all Junior Medic 3rd Batch dan smua junior2 UnisZa yang lain Jugak...Pelajar Medic Bertambah dah.. Alhamdulillah bertambah besar lar Family Tree kite... Harap Ukhuwah dapat dijalinkan dngan baik bersama =)

b) Kahwin

    Tahniah kepad Nur Izzati Ahmad (Kawan Sekolah Menengah) atas pernikahan bersama suami Farid Iskandar... Smoga berkekalan hingga ke anak cucu... Alhamdulillah smpy jugak lar ke Kuala Berang bersama Fyda untuk menyambut kegembiraan bersama sahabat yang dirindui ni... =)
    Tak Dilupakan juga kepada Halila Hamzah.. Maaflar tak dpt dtg untuk majlis pernikahan.. Insya-ALLAH kalau nanti dah ada baby saya dtg tgok... =)


Clinical:
         
            Blur, stress, shock, Excited, Happy, and Eager... smua benda pun bercampur masa masuk Clinical.. Kalau nak cite pun panjang sgt.. So just compile smua.. =).. Skrg berada di ward surgery... Alhamdulillah stakat ni dah jumpa patient and dpt tgok specialist di clinic... Interesting... Sesiapa yang berniat untuk meneruskan cita2  untuk menjadi surgeon truskan sbb Seriously sgt mengagumi cara my supervisor bercommunicate dgn patient2 beliau.... Tapi bila dia dah start nak tnya soalan ternganga jugak lar mulut nak menjawabnya...

Emotional:

"Sometimes you think you are well prepared, you're gonna be alright, gonna be fine, nothing gonna happen to you, you gonna finished your work on time, but suddenly a problem happen and that is the time when your emotion are fully tested" - MatLutfi..

Walaupun baru smingu posting, tapi terasa byk benda yang start sket2 menguji kesabaran diri ni... So Emotionally getiing Angry and Sad about those thing... 
Insya-Allah smua yang berlaku tadi satu ujian pada diri untuk mengawal perasaan dan meningkatkan perasaan sbr dalam diri.. (Positive Thinking.....positive thinking)


"Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah"
(Hambamu)

Doakan kejayaan rakan2 dan saya dalam menghadapi kehidupan clinical year ni....

=)

Friday, September 9, 2011

Packing... =)


Salam....

Alhamdulillah 90% barang siap dipacking untuk pulang ke Terengganu.......Barang dah siap packing.... Hati macamana agak-agaknya??Dah packing spenuh hati ke untuk balik meneruskan perjuangan?Sedih berpisah ngan family....Sedih tak dpt duk rumah dah..

"Normal lar student macam tu kan" Kata seorg sahabat saya....

Smalam berchatting dgn seorg sahabat....Ambil Medic jugak di Cairo...Bila ckp pasal packing hati nie... Dia pun meneruskan perbualan macam biasa... Mula-mula rasanya macam dia takde lar nak bg impak sgt.. Then bila dia sibuk bercerite ade satu je ayat dia untuk buat kesimpulan dgn smua yang dia cite panjang berjela:

"So kena hargai peluang tu"

...Simple je.... Tapi dah cukup macam tersentap gak lar hati ni... Baru lar tau dia memang saja crik pluang nak bg smangat..Sbb tu tak bagi potong ckp dia...Em kalau piki balik... Dia lagi jauh berada di Cairo nun... Tak dpt balik beraya pun... Tak merungut pun....Apalah sgt cabaran kerinduan yang dialami sahabat saya tu jika dicompare dgn saya yang masih bersama di bumi Malaysia ini.=)

"Terima kasih sahabat"

Insya-ALLAH tanpa disedari hati saya dah terpack sndiri... Walaupun maybe masih ade banyak kekurangan saya berharap untuk memperbaikinya.... Tgh suro otak untuk bersedia mentally dgn sgt gagah skali....=)

"Prepare niat yg betul, jiwa yg besar, motivasi yg tnggi, iman dlm dada, ilmu yg sepatutnya :D"
 Pesan seorang sahabat lagi untuk first day clinical


Insya-ALLAH posting first di ward Surgery...

All the best untuk kawan-kawan smua dan saya juga...

Doakan saya =)




Sekian..... =)
:D

Thursday, September 8, 2011

Sinergi


1+1 = 3
1 adalah Individu... + adalah keimanan =)

"Sesiapa yang mendirikan ukhuwah mereka atas dasar keimanan, pastinya menghasilkan sesuatu yang luar biasa,. Kekuatan yang luar biasa, kebahagiaan yang luar biasa, ketabahan yang luar biasa, kecekalan yang luar biasa dan kesungguhan yang luar biasa. Paling luar biasanya, hubungan menembus syurga"

Penuh dgn nasihat, ukhuwah, suspens, and kejutan.... =)
Sbb tu lar sehari je dah habis dah baca... =)....

Trima kasih kepada yang sudi promote buku ni pada saya...

Novel terakhir yang dibaca sblum meneruskan perjuang next semester...

 P/s: Kawan-kawan mari kite perbaharui persahabatan kita dengan keimanan nak tak? =) Insya-ALLAH....