Wednesday, July 20, 2011

Buat Baik Sebab?

Salam... Sedikit perkongsian bersama anda smua =)
   

Syeikh Ali al-Khawas berkata:

"Jika engkau sedang berada di jalan istiqamah, lalu seseorang memujimu, maka itu satu peringatan atas kekurangan yang terdapat dalam diri. maka periksalah dirimu. Carilah sebabnya kenapa manusia memujimu? Boleh jadi Allah melihat hatimu menyukai pujian, maka Allah memberikan pujian itu untukmu sbgy satu-satu balasan atas ibadah tersebut. Seperti seorg ayah yang menggembirakan anaknya dengan gelang dan kalung tiruan"

                 Em bila baca kata2 ni dalam majalah Solusi hari tu.. Tiba-tiba je rasa macam berdebar-debar.. Adakh tergolong dalam golongan yang suka menrima pujian?? Adekah segala amal baik dilakukan hanya untuk mendapat perhatian org ramai... Muhasabah sebentar.

                 Sesiapa pun mesti suka berbuat baik kan?? Dan saya percaya.. Rakan2 yang membaca blog ini juga mesti adalah kalangan org2 yang selalu berbuat baik tak kira lar dgn Allah, Ibu Bapa, Adik Beradik, Rakan2 dll...
Tapi tnya balik diri kite:

Knapa Kita bagi Sedekah tadi????


Kenapa kita pergi Semayang Jemaah dan Ceramah tadi????


Kenapa Kita belajar tingi2 smpy masuk Universiti?????


Adakah kita sedekah tadi sbb berharap jiran sblh kita nampak betapa pemurahnya kita?? 

Adakah kita pergi sembahyang jemaah dan ceramah tadi sbb nak dpt perhatian org ramay betapa soleh atau solehahnya kita? 

Adakah kita belajar tu hanya sbb nak ahli keluarga bangga dengan pencapaian kite???

                    Kita selalu berharap bila kite buat baik dan ibadah padanya, kita akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t. Tapi malanglah kiranya jika semua ibadah dan amalan baik yang dilakukan tidak diluruskan niatnya kerana ALLAH. Kita memang beribadat, Kita memang berbuat amalan baik... Tapi niat tak btul?? Ruginya kita apabila segala penat lelah itu tidak diterima ALLAH kerana lebih mengharapkan ganjaran dri manusia..

Ingat firman Allah:
"Katakanlah, Mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling rugi amalan mereka? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya." [Al-Kahfi:103-104]

                       Saya juga pernah mengalami perasaan seperti ini...Pernah sekali saya rasa sya telah mengorbankn sesuatu yang saya rasa penting dalam "event" tersebut kepada seorg yang saya rapat. Malangnya sepanjang pengorbanan saya, tiada pun ucapan terima kasih diucapkan, tiada kata maaf dihulurkan. Berhari-hari saya sedih, menangis malah saya bertindak menjauhkan diri daripada beliau. Tapi hati saya masih tak tenteram. Smpaylar saya berjumpa dengan seorang lecturer yang menasihati saya. 

"Kenapa perlu menangis bila tak menerima terima kasih dan maaf dari sahabat. Tnye balik kenapa kita melakukan pengorbanan itu? Adakah kerana sahabat itu semata2? Atau kerana ALLAH.. Kalau betul2 kita niatkan pengorbanan itu kerana ALLAH tentu kita akan merasa senang ati dan tak ambil hati langsung dgn apa yang dia nak wat..... "

                 Masya-Allah.. Tersedar saya...Sejak itu hati trus tenteram.. Malah saya tidak lagi berdendam...  Rupa2nya hati ini yang salah sbb tak ikhlas dalam melakukan kebaikan.....

                 Nampak macam senang kan?? Cakap nak ikhlas kan setiap benda untuk diterima oleh ALLAH s.w.t... Sbnrnye sgt lar susah sbb manusia memang suka bila dia dipuji.... Saya pun kadang2 tersasar dan terlalai juga apabila terlampau sibuk dgn urusan dunia hingga lebih mengharapkan ganjaran makhluk daripada ganjaran ALLAH s.w.t..

Para ulama berkata: 
" Tidak ada yang mampu menanggung celaan makhluk selain orang yang tidak mengharapkan penghormatan dari mereka"

So sama-sama lar kita sentiasa berdoa kepada Allah untuk sentiasa memberikan keikhlasan dalam hati-hati kit, mengampuni dosa-dosa kta dan menerima amal ibadah kita... Seblum memulakan apa-apa.. sama-sama ikhlaskan hati, luruskan niat ke jalan ALLAH.... Insya-ALLAH..



Sebelum mengundur diri, saya ingin meminta maaf sekiranya apa yang saya kongsi tidak cukup dan masih byk kekurangan dalm diri... Insya-ALLAH aka cuba membaiki diri dari masa ke masa.. Segala comment yang membina amat digalakkan =)...

"Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan"



Sumber: Iluvislam.com & Majalah solusi Isu 33

P/S: Smalam nampak ular bergerak ke arah saya.. Takutnya hanya saya je lar yang tau,... Key lepas ni tak nak jumpa ular lagi...  Scary... T-T

1 comment:

cT_nuRizZaTi said...

nice post~~huhu~tersedar ckit diri...nak sain...nak sain~hahaha=)