Tuesday, January 10, 2012

Kami Musafir Jalanan... =)

Salam...

So this post adalah ditujukan khas untuk Kak Kimon, Kak Aini, Kak Nity, and Kak Naja.. Sempena girls outing kami pada 2 Januari 2012... yeah!

Alhamdulillah... Firstly berterima kasih kepada Kimi yang masih menyayangi saya kerana sudi mengplan untuk menyambut Birthday saya yang lepas di Kampung Halaman Beliau di Kuala Berang (Motif?? Adekah cuba mengkenenkan saya dengan org Kuala Berang??) Dibantu oleh Kak Aini yang memang muka serius habis.. Siap bincang smua ngan ak.. Ai.. Kira nak ckp suprise Menjadi lar dearie-dearie sekalian... Huuhuu... 



 So sebenarnya kitorg pun tak sure apa motif g Kuala Berang nie??
Disebabkan Hujan yang melimpah ruah telah menglimitkan pergerakan kami untuk bersiar.. Tapi Alhamdulillah semangat untuk mengexplore Kuala Berang sgt tinggi... Kami telah pergi berjalan di sekitar bandar, Makan Jagung Rebus, Singgah masjid Kuala Berang, g pasar malam Kat Ajil and singgah sekali lagi di masjid... Maybe nampak macam leyh je wat kat sini.. Tapi seyesly... Best jugak!!! =)

Sedap sgt lar tu kan makan..hehe



4 dara pingitan =)
One of the best view... =)

Thanks kepada smua dearie yang terlibat.. Sayang korg!!

Sekian...

P/s: Kepada Cik Semut.. Finally I dah update.. Yeah... =).. Swie sbb post ni maybe terlambat sket...

P/s: Currently dah start bagi questionnaire dekat penduduk Taman Medan Jaya yang peramah and baik hati majoritinya.. huhu..Barular terasa macamana agaknya perasaan2 salesman yang datang dari satu rumah ke satu rumah.. Tapi Makcik Kami bukan Sales Man! Kami nak wat Survey je... =p... Alhamdulillah berharap sepanjang posting nie.. Smua akan berjalan lancar...

Respondent saya? eh bukan... bawah umur lar dik.. hee~

Mungkin ada salah paham yang berlaku antara kita. Tapi adat bekerja berkumpulan.. memang tak dapat nak elak terasa hati dengan beberapa pihak... Kalau kita berusaha jaga hati kita, Insya-ALLAH Allah pun tolong kita supaya org lain pun berusaha jaga hati kita... Itu secara logik akal.. 

Rasulullah telah bersabda :
Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.” (HR. Bukhari)
Sama2 berusaha improvekan diri...Saya pun.. =)

Oh terjumpa satu status yang agak menarik.. kepada pemilik status.. Mohon share =)
Buat yang menegur,
tidak salah menutur bicara,
untuk membetulkan apa yang tak kena,
tapi jangan pernah kau lupa,
... yang ditegur itu juga manusia,
punya perasaan punya rasa,
berhemahlah dan lembutlah dalam menyusun kata,
agar apa yang dikata mudah diterima,
juga supaya tiada yang terasa,
lalu menjeruk rasa bermasam muka,
mungkin juga hingga menitis airmata,
kerana pedih dan bisanya kata-kata yang menusuk jiwa.

Buat yang ditegur,
memang tak mudah nak berlapang dada,
bila ada yang memberi teguran secara tiba-tiba,
terasa sesak di jiwa,
terasa ego menyala-nyala,
terasa goyah dari zon selesa,
terasa bergoyang iman di dada,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang kau juga manusia biasa,
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa,
jadi harusnya kau gembira,
bila ada yang berani menegur kau didunia,
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat sana,
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
ukirlah senyuman dimuka,
bila ade secicip teguran yang menerpa,
kerna itu juga menjadi tanda,
diri kau masih ada yang cinta,
dan jalan untuk kau sudah dibuka,
untuk menyusur jalan yang lurus kepada-Nya.
Biiznillah.Allahu a’lam..

~dakwat.org~
Muhasabah diri... Terutama pada diri sndiri...

Sekian~~


No comments: