Monday, February 6, 2012

Maulidur Rasul...

Salam..

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di dunia...




Mungkin bermuhasabah sbntar di sini...Kenapa sbnrnya kita menyambut Maulidur Rasul??

"Dah nama pun cuti kan?? So kena lar smbutkan?"

"Em join je lar, org ajak berarak.. Ikut je... Cuti kan??"

"Em ntah?? Alar org bagi cuti, cuti lar... tido lagi bagus je.."

      Harap-harapnya takde lar yang bagi jawapan macam ni... Ini example je.. Tak ckp pun ada.. tiada kaitan antara hidup dan mati.. =) Insya-ALLAH smua orang dapat mengambil pengajaran semasa menyambut Maulidur Rasul nie.. Kehadiran Rasulullah s.a.w yang membawa cahaya Islam kepada kita dan memberi kita pengajaran Islam kepada kita... Insan agung yang sepatutnya menjadi insan yang paling diCINTAI di dunia ini....

Yup, Insan yang paling DICINTAI Dalam dunia ini... Lebih dari ibu-bapa, kawan-kawan dan boypren2 and girlfriend2 (Wah macam byk je boypren2 tu.. hihi =p).

Definisi Cinta??
Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’ ~ Hilal Asyraf

=)
         Mulut memang senang nak ckp cinta... Hari-hari pun kita boleh cakap kita Cinta ALLAH, cinta RASUL,.... Senang ckp je... Tapi adakah dengan perkataan sahaja dapat menunjukkan cinta yang sebenar??? Contoh kalau ada org yang tetibe dtg kat kita.. Ckp I love You... Agak2 kita trus percaya ke??? Takkan?? Mesti kita nak tgok dulu apa usaha2 yang dilakukan untuk dia btul2 cintakan kita....

          The same situation occurs here...

          Kalau kita cintakan Rasulullah s.a.w...kita akan sentiasa berusaha mendekati diri dengan sunnah-sunnah baginda.. Selalu membaca, mendalami kisah-kisah Rasulullah... Sentiasa mengenali para-para sahabat yang sentiasa bersama baginda.. Mengambil pengajaran dalma setiap kisah baginda... lebih kurang macam soal selidik lar jugak... Bak kata pepatah.. "Tak kenal Maka Tak Cinta" =)



          
            Bukan senang nak menyemai rasa cinta dengan hanya mengungkap kata.. Usaha juga harus ditunjukkan untuk menyemai rasa cinta itu... Cuba cek amalan-amalan kita... sejauh mana agaknya kita dah memenuhi kriteria-kriteria umat Nabi Muhammad s.a.w yang mencintainya?? Solat Sunat? Qiamulail? Puasa Sunat? Eh bukan ibadah sunat je... Yang wajib pun kena tgok balik... Solat 5 waktu? Puasa? Dah cukup sempurna???

Berkongsi sedikit pengalaman saya,

           Honestly sejak dari sekolah menengah lagi saya sudah berhenti membaca buku tentang Rasulullah s.a.w. kerana bagi saya ilmu yang diajar dalam Subjek Agama dari Form 1 hingga ke Form 5 sudah cukup bagi saya mengetahui sejarah Nabi Muhammad s.a.w. And then cuti sem lepas saya bersembang-sembang dengan seorang sahabat dan saya rasa kagum apabila beliau menerangkan saya tentang sejarah perang di Madinah dan peribadi Rasulullah yang saya sendiri tak tau sebegitu dalam explanationnya... Em.. Memang rasa rendah diri lar...

          So decide untuk membaca buku mengenai Biografi Rasulullah s.a.w.. And then memang btul lar banyak lagi info yang tak tau... Mungkin ada yang kita dah belajar dulu... Tapi kita lupa... so macamanakah??? Kita bleyh lupa Biografi Baginda yang sepatutnya Dicintai???? Tak patut Tak patut...Terima kasih kepada sahabat saya tu sbb secara tak langsung diri ini mendapat kesedaran =)

Sumber doodle Dakwah... =)
Kesimpulannya sentiasalah menyemai cinta kepada Rasulullah s.a.w supaya cnta sentiasa mekar dan subur dalam hati kita... Rasulullah s.a.w pun sgt2 menyintai umatnya... Justeru kita sbgy umatnya takkan tak mau membalas cinta Insan Agung ini???

Baru-baru ini mendengar kisah seorang sahabat Khubaib bin Adi...

Khubaib disalib di tiang dan sebelum beliau mati syahid, seorang pemuka Quraisy menghampirinya dan berkata, "Sukakah engkau bila Muhammad menggantikanmu sementara kau sehat wal afiat bersama keluargamu?"

"Demi Allah," jawab Khubaib, "Tak sudi aku bersama anak istriku selamat menikmati kesenangan dunia, sementara Rasulullah terkena musibah walau oleh sepotong duri!"

(Bleyh truskan membaca di link ini)

Betapa kasih dan cintanya sahabat ini kepada Nabi Muhammad s.a.w... Macamana plak kita agaknya kalau berada di situation ni???

Wallahualam...

Sama-sama muhasabah diri... Untuk saya especially...

Sekian~~~

P/s:

"Bukan senang hendak mengenepikan pilihan sendiri, perasaan hati, untuk memilih sesuatu yang benar dan hakiki, kerna biasanya walaupun pilihan diri itu salah, itulah yang disenangi"


P/s: Thanks kepada Encik Anonymous yang bagi link haritu... Alhamdulillah.. sgt berguna =)
      
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri..
=)


3 comments:

nasty girl said...

penuh makna =)

Iman Lurv Islam said...

ha, xdinafikan...terasa cukup dgn pengetahun tntg Rasulullah setakat sekolah menengah je...lepas tuh? hurm...insyaALLAH, kena buat revision lepas ni...preparation bergelar ibu bapa...bed time stories kat anak2...hahaha...Amin

Afyfa said...

Iman: Amboi jauhnya pemikiran.. hehe... Insya-ALLAh =)