Saturday, March 24, 2012

Practical Day...

Salam..

Em... Rasa macam nak update blog...Key tetap nak update jugak,....(Masih lagi praktis untuk sentiasa menaip laju2...)

Berkongsi sedikit untuk kali ini...
Baru-baru ini sentiasa berhadapan dengan individu yang semakin berani mempersoalkan hukum-hukum  dan ilmu-ilmu yang diturunkan dalam al-Quran dan tentang agama Islam sendiri..

" Relevan ke Hukum-hukum Islam tu pada zaman moden ni??"

"Alar kenapalar Valentine day tu Haram.. Macam poyo je.. Biasa lar sekarang smua org pun bercinta..
 Up to date lah!"

" Sekarang ni org ikut Sains lar... sains yang btul.. al-Quran mana btul... Kalau nabi-nabi tu smua wujud... Diorg hidup zaman apa? Zaman Batu? Zaman Paleolitik?"

Nauzubillah.. Penghinaan yang terang-terangan sekali mengenai agama ISLAM.. Yang menjadi pegangan muslim dan muslimin sekalian... Macam bagitau yang kita nya pegangan ni salah.. Sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang agama kita.. Mungkin tau tapi sgt lar sedikit... Jadi layakkah mereka trus menghina? em TIDAK SAMA SEKALI!  Tapi takpe consider mereka tidak tau... Mereka TIDAK TAHU...

Em.. semakin hari semakin ramai yang bersuara.. Kita marah.. Kita geram.. Tapi cuba bermuhasabah diri sama-sama... Apakah agak-agaknya yang menyumbang kepada perkara-perkara seperti ini??

Mungkin antara sebbnya adalah berpunca dri Umat Islam sendiri.. Yup kita beragama Islam.. Tapi sejauh mana kita benar-benar yakin dengan melaksanakan hukum-hukum Islam dan sejarah-sejarah Islam sendiri? Berapa banyak agaknya amal-amal yang kita tinggalkan dan berapa banyak agaknya perbuatan kita itu mengikut Islam tu sndiri... Kita sendiri tidak yakin dengan Islam macamana agaknya kita nak lawan segala penghinaan terhadap Islam??? Kita negara Islam tapi berapa banyak agaknya cara kita ni tak menunjukkan pun kita ni negara Islam....

Masyarakt kita sentiasa cepat marah dan berkata melulu jika ada individu yang melafazkan sesuatu bertentangan dengan agama kita. Tapi marah kita pun tak melambangkan yang kita seorang individu muslim.... Kata-kata yang diucapkan pun tak selari dngan seorg Muslim... Jadi sejauh mana agaknya kita btul2 pengamal Agama Islam secara sempurna?????

(Dush, dush, Terkena pada diri sendiri....)

Kita mengaku muslim, tetapi menghalalkan cara hidup jahiliah dalam kehidupan.

Kita mengaku beriman kepada Allah, tetapi kita mengingkari arahan dan segala tuntutan.

Kita beriman, tetapi tidak berusaha menjaga dan menguatkan iman dengan amalan.

sumber

Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan umat di akhir zaman seperti buih.

“Akan datang umat-umat yang berkerumunan 
ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” Maka seorang bertanya:Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” Baginda s.a.w menjawab: Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn? Baginda menjawab:Cinta kepada dunia dan takut mati.

Berbalik pada isu di atas: 
Apakah yang patut kita lakukan kepada pihak-pihak yang mengeluarkan isu-isu penghinaan Islam ni???????

Any solution???

Saya rasa saya perlu menegur untuk menegaskan keyakinan dalm pegangan ISlam ini...Tapi saya tak pasti...

Any pendapat????

P/s:
      Alhamdulillah.. semalam berjaya menjadi Fasi untuk Practiical Day (Walaupun tak de lar fasi sgt...) kepada adik2 Junior second year dan first year... Ulang lar respiratory system examination berulang-ulng kali... Kalau tak pakar jugak memang nak kena lar kan.... Mungkin akan menjadi pakar respiratory seperti Prof Shah... (Em tak nak lar... hee~) Ampun dipinta sekiranya ilmu yang disampaikan tak cukup dan masih byk kekurangan... Tapi hope ade sedikit benefit insya-ALLAH bukan untuk korg je tapi untuk kami jugak...Insya-ALLAH... Kepada group yang tak sempat mintak maaf dipinta... Lain kali kita buat lagi... 
             
           Thankss to Pakar Respiratory Shimi yang memang ada gaya lecturer gitu... Nak SAin!!! And kepada Kak Fera bersama AJK2 yang bertungkus lumus untuk program ni...

P/s: Air mata sia-sia mudah menitis skrg... Tak pasti kesudahan antara kita..

Sekian~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

3 comments:

N.I.A said...

practical day sangat best, nanti buat lagi :)

N.I.A said...

practical day sangat best, nanti buat lagi :)

Iman Lurv Islam said...

hurm, dunia akhir zaman...betul tu, kita kena selalu check diri kita...tanpa kita sedar, kita lah yang telah byk mendatangkan fitnah pd Islam...semoga ALLAH sentiasa memelihara kita & menjadikan kita kuat utk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah...Amin...

Alhamdulillah, berjaya gak Practical Day...hurm, group Iman xsempat pergi stesen respiratory...xpe, next time kita buat lagi ye...