Okey tetibe macam rasa terhenti sbntar mengupdate blog.. Orang lain dah start byk2 post dah.. Hee~ Even Mama Mun pun dah start buat post baru.. (Key fine tercabar.. hee~)
Briefly untuk paed posting:
In 3 words: Kalut + Blur + Comel..
Nanti baru kita cakap panjang2 pasal paed posting...
So another perkongsian untuk kali ini.. Peringatan especially kepada diri sendiri and kepada smua juga.. Sbnrnya tak sngka akan jumpa satu tajuk yang memang dush2 trus terkena kat diri sendiri (Dush..Dush..)
Pernah tak rasa macam diri ni dah cukup baik sbb selalu buat apa yang ALLAH suruh??
Dah banyak tolong orang sana sini, banyak solat sunat, sentiasa jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, tak pernah mengumpat org.....
Cukup baik kan??
Macam saya selalu rasa saya baik hati, selalu tolong orang, jujur, amanah, comel dan semua sifat postif yang ada lar (Okey sgt hyperbola tapi macam btul je smua?? hee~)
And then di saat kita rasa kita dah sentiasa buat baik tu, kita pun berasa yakin yang smua amal yang dibuat tu adalah semata-mata kerana ALLAH s.w.t..
Pernah tak rasa macam diri ni dah cukup baik sbb selalu buat apa yang ALLAH suruh??
Dah banyak tolong orang sana sini, banyak solat sunat, sentiasa jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, tak pernah mengumpat org.....
Cukup baik kan??
Macam saya selalu rasa saya baik hati, selalu tolong orang, jujur, amanah, comel dan semua sifat postif yang ada lar (Okey sgt hyperbola tapi macam btul je smua?? hee~)
And then di saat kita rasa kita dah sentiasa buat baik tu, kita pun berasa yakin yang smua amal yang dibuat tu adalah semata-mata kerana ALLAH s.w.t..
Tapi di saat kita menerima dugaan daripada ALLAH berlawanan dengan perkara yang kita sentiasa jaga tu... Kita pasti akan mempersoalkan kan Kenapa aku??? Kenapa aku yang kena ujian nia... Bukan ke Aku dah cukup baik dah.. smua aku buat kerana ALLAH... kenapa ALLAH turunkan ujian ini kepada aku...??? Why? Why?
Erk leyh nampak tak?? Ke tak paham??
Em takpe lar.. Key bagi satu situasi:
Kita memang baik dengan si A tu. Kita tak pernah mengumpat atau mengutuk dia walaupun ada certain things yang nampak macam si A tu buat tak betul. Satu hari, orang tiba-tiba mula bercakap pasal keburukan si A ni.. And then disebabkan kita rapat dengan A tu, A pun tuduh kita yang sebarkan keburukan dia.. Sedangkan tak pernah pun kita mengumpat dan mengutuk dia... Kita ucapkan persahabtan dan kesabaran ini adalah kerana ALLAH semata-mata....
Bila kita kena tuduh dengan A tu, kita pun rasa down, kita rasa kenapa lar ALLAH buat kita nampak jahat dekat orang ramai.. sedangkan sbelum ni kita punya lar jaga... Kita buat baik sbb ALLAH kenapa ALLAH nak jugak turunkan ujian macam ni kat kita....
Em bleyh nampak tak silap kita dekat sini??....
Walaupun kita mendakwa ataupun dengan yakinnya memberitahu bahwa segala kebaikan kita lakukan kerana ALLAH s.w.t, tapi kita terlupa rupa-rupanya kita mengharapkan ALLAH akan membalas kebaikan kita itu dengan meng'smooth'kan kehidupan kita sentiasa.
Harus diingati bahawa status kita kepada ALLAH s.w.t takkan berubah walaupun dekat dunia kita dah dapat gelaran Dr ke, Professor ke, Dato ke... Kita masih lagi HAMBA kepada ALLAH... Dengan sedikit kekayaan atau kepandaian yang ada mungkin meningkatkan darjat antara kita... Tetapi hakikatnya kita di mata ALLAH masih seorang HAMBA.... H.A.M.B.A!
Maka di saat ALLAH menguji kita, ALLAH sbnrnya ingin memberi peringatan kepada kita tentang keikhlasan kehambaan kita kepadaNYA.. bahawa sebaik mana sekalipun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna...
Jadi muhasabah kembali, berapa bnyak agaknya kita mempersoalkan segala ujian yang diberikan oleh ALLAH kepada kita setelah kita rasa diri kita seorg yang baik... Banyak mana kita mempersoalkan markah ujian yang diberi kepada kita setelah kita merasakan kita lebih banyak berusaha dari org lain... Berapa kali kita merasa tertipu bila rakan yang kita baik tak membantu kita di saat kesusahan???
Smua itu ujian ALLAH untuk mengajar kembali kita erti keikhlasan kita dalam menjadi Hamba kepadaNYA....
HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji" (Al-Ankabut : 2)
Kita sentiasa layak diuji..
Kerana kita adalah HAMBA....
Sekian~~
Sumber: Kamu Sentiasa Layak Diuji, Bercinta sampai ke Syurga, Hasrizal Abdul Jamil
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)
1 comment:
dush dush dush...pergh, terbakooorrr....arrghhhh...meh nak luah perasaan kat sini jugak...
kdg2 kita rasa diri dah baik, kononya segala kebaikan kita kerana ALLAH...mcm2 lagi la kan kita bajet kita ni bagus...padahal?
then, once ALLAH kasi ujian, cara kita sikit pun tak melambangkan kita ni hamba ALLAH yang soleh/solehah...tanpa segan silu kita timbulkan mcm2 persoalan...akal kita spt hilang kewarasannya...Nauzubillah hi Minzalik...
ok, cukup setakat tu...wuuaaaa...kalo boleh nanges, nak nanges je...bg hilang semua rasa bodoh ni...waaaaaa....
p/s - TQ, entry ni telah menzahirkan apa yg terbuku di hati...
Post a Comment