Friday, May 25, 2012

Sejauh mana kita yakin??

Assalamualaikum..

Quick post untuk kali ni memandangkan blog macam dah start nak bersawang nie.. ..

Sejauh mana kita yakin???

Yakin? Yakin apa? Yakin untuk lulus Paedatric Posting mgu dpan? Yakin untuk berjaya grad tahun 2014 nanti? Yakin akan mempunyai seorang suami yang baik hati dan penyayang (Key dah start gatai...Dush2!)

*macam tak yakin je.

Bukan keyakinan itu yang saya nak ceritakan..  Tapi ingin bercerita mengenai Sejauh mana Keyakinan kita kepada ALLAH??

Sejauh mana agaknya keyakinan kita kepada JANJI ALLAH???

Sejauh mana agaknya keyakinan kita kepada LARANGAN ALLAH???

Sejauh mana agaknya keyakinan kita kepada SURUHAN ALLAH??

Adakah kita berjaya meletakkan keyakinan kita sepenuhnya kepadaNYA??

Mungkin mudah untuk menzahirkan keyakinan melalui perkataan... Tapi secara hakikatnya? Berapa agaknya amal dan gaya hidup yang menunjukkan kita ragu2 kepadaNYA.

Berkongsi sedikit tentang statement seorang sahabat ketika perbincangan mengenai jodoh perkahwinan...

                       "Kita tahu yang ALLAH tak bagi kita bercinta sebelum kahwin.. Tapi kita skrg risau kalau kita tak de pakwe atau takde calon lagi.. So masa ni lar nak guna alasan nak berkenalan and kena carik jugak sbb nanti takut tak kahwin.. Sedangkan bukankah ALLAH dah berjanji

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(Surah an-Nur ayat ke 26)

But kita still tak yakin kepada janji ALLAH sbb tu kita rasa macam tak laku, takut nanti tak kahwin kalau takde pakwe skrg... So btul ke kita btul2 yakin padaNYA?????"




*Ayat takde lar skema sngat macam ni tapi lebih kurang lar.. =)

*DUSH2..Sentap hati den ni ha...

Bukan sahaja dari segi jodoh dan perkahwinan.. Tapi banyak lagi perkara yang kita sntiasa melakukan sbb kita tak yakin padaNYA... Sbb macm pelik kalau kita tak buat..   Em contohnya?

Erk.. Blur..Blank...

Key contohnya if kita rasa macam kita tak cantik, tak pandai, tak kaya.. So kita pun start merungut kata kenapa lar jadi macam ni.. Untung lar org cantik tu... Sedangkan ALLAH dah state dah dekat akhirat nanti dia tak tgok pun rupa kita ni cantik ke? Kaya ke? Dia tgok amalan2 kita kepadaNYA je.. But still kalau kita tak secantik sesiapa kita still mengeluh sbb pandangan manusia tu lebih meyakinkan kita berbanding pandanganNYA...So sejauh mana agaknya kita YAKIN padaNYa????

*DUSH2..Sentap lagi hati den ni ha... Sbb memang sgt suka merungut...

Jadi sentiasalar mengingatkan diri sendiri tentang keyakinan kepada ALLAH?? Sejauh mana aku yakin yang apa yang ditetapkan ALLAH adalah yang terbaik untuk aku? Sejauh mana aku yakin ALLAH akan memberi ganjaran juga kepada stiap apa yang ditetapkan...



"Orang yang benar-benar yakin dengan Allah, hidupnya hanya untuk Allah. Justeru apa yang dilakukan akan dilakukan dengan sungguh-sungguh dan sebaik mungkin kerana ia di lakukan untuk Allah, harus bagi yang terbaik dan bukannya untuk dirinya atau manusia lain." ~link

Yakin Pada ALLAh bukanlah mengharap termakbul segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredaan pada ketentuanNYA, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, air mata yang menitis terasa bernilai buat API Neraka, Indahnya tarbiah Allah, tersiram Rahmat dan Hikmah, Diuji kita sbgy tanda sayangNYA ~AA

~Dan saya berharap sahabat2 disisi sentiasa bersama dan mengingatkan saya jika ada kesalahan yang dilakukan.. Saya pun sentiasa melakukan kesalahan yang kadang2 tak diperasan diri sendiri..

Sekian... Quick post kan???

P/s: Saya mencuba.. Saya ingin meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada ALLAH...InsyaALLAH. Mungkin bukan sepenuhnya lagi tapi tetap akan berusaha...

"Bukan tak bagi kak Afy, cuma tak nak ko sedih nanti"
(Ayat seorang sahabat)

*Terharu nangis tersedu sedan...

P/s: Minggu depan exam EOP Paedatric.. Doakan kami smua berjaya.. Insya-ALLAH.. kepada rakan2 Medical.. Chaiyok!... Insya-ALLAh smua akn berjaya.. Amin...

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

2 comments:

Just.A.Blogger said...

k.afi top 3 posting medikal!!!!!!!!!

ayub zainodin said...

gud lak kak afy..insha Allah bolehnya....tawakal a'lalLLAH kuat2...rabbuna yusahhil!!!