Tuesday, December 25, 2012

Why?

Assalamualaikum.

Seriously memang lama sgt2 dah tak update blog yang sgt dibiarkan secara lama ni. Sbnarnya banyak je draft2 yang telah dicreate untuk dipost. Tapi malangya tak mempunyai kekuatan untuk menghabiskan post2 sebelum ni. Hope so post kali ni biar lar sampai abes ye. InshaALLAH

___________________________________

Meyakinkan Hati

Baru-baru ini ditanya oleh seorang junior

"Knapa Kak Afy nak jadi Doctor?"

*Tersenyum. Erkkk~~

Honestly, sbnrnya saya tak pernah terpikir untuk belajar MBBS di universiti satu hari nanti. Saya ada banyak cita-cita masa kecik dulu contohnya menjadi seorang penulis novel, wartawan, and even menjadi seorang cikgu spt mak saya. Huu~

Dan secara jujurnya saya memang masuk MBBS di UnisZa ni adalah disebabkan initiator yang diberikan oleh parents saya.Bukan dipaksa cuma diINITIATE. Memandangkan saya tidak mempunyai cita-cita ataupun matlamat yang tetap walaupun dalam hati memang sgt2 tak suka BIOLOGY dan sgt meminati MATEMATIK, saya pun mencuba dan akhirnya rezeki ALLAH dapat meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan. 

Hampir empat tahun, ada up and down nya, mostly adalah down bagi saya. Mungkin kerana minat yang kurang saya slalu merasa rendah diri and down for mostly. Aisy sbaik mampu berdiri and meneruskan posting-posting untuk tahun ni. Hee~ Kadang2 saya rasa smangat dinaikkan, kadang2 ada gak rasa down nya. Em depends pada posting gak. Huu~

" Saya tak pernah planned untuk jadi seorang doctor. Tapi saya redha je lar dah ALLAH tetapkan saya untuk belajar menjadi seorang Doctor. And here I am now"
~ Dr Siti Aminah, FMS

Tertarik dngan ayat Dr Siti Aminah, Redha dengan ketetapan ALLAH.

Mungkin saya perlu trus meyakinkan hati untuk trus Redha dngan ketetapan Allah. Mengeluhlar macamana pun, Merungut lar macamana pun, meroyan macamana pun saya dah tahu saya tak boleh nak kluar dri course Medic ni. Mungkin boleh, tapi saya pasti keputusan ini akan menyusahkan banyak pihak.

Apa yang lebih penting, siapakah saya hari ini, dan apa yang telah saya lakukan untuk hari ini demi masa depan yang baik. Allah dah tetapkan saya berada dalam bdang perubatan untuk harini, jadi saya harusnya berusaha bersungguh2 dalam jalan ini.

Tak mustahil juga nanti di masa depan mungkin saya takkan jadi seorang Dr pun, atau Allah berikan ujian untuk saya tak berjaya dalam bidang ini. Atau mungkin semasa kerja pun saya give up disebabkan kebusyan yang melampau and pendapatan yang tak memuaskan. Smua berkemungkinan. Kerana takdir Allah di masa hadapan tiada siapa tahu.

Yang lebih penting adalah HARI INI. Siapa saya, Apa yang akan saya lakukan dan Sejauh mana Usaha saya untuk masa hadapan.

Smoga sntiasa redha dngan ketetapan Allah. Even untuk masa hadapan even.

"Yakinlah Allah itu Maha mengetahui ttg segala-galanya. Malah lebih tahu ttg diri kita daripada kita sendiri. Dialah yang menjadi sutradara pentas kepahlawanan para aktor ketaatan"
~Jom Isu 9

"Maka apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap" (al-Insyirah 94;7-8)


"Bukan kita yang memilih takdir, 
Takdirlah yang memilih kita
Bagaimanapun takdir bagaikan angin bagi seorang pemanah,
Kita selalu harus mencuba untuk membidik dan mengarahkannya
Di saat yang paling tepat"
~ Salahuddin Al-Ayyubi


Smoga sntiasa istiqamah InsyaALLAH

~Sekian, AAA

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

1 comment:

NH said...

InsyaAllah...always pray for u.. :)