Thursday, May 30, 2013

Sebelah Sayap


Salam

"Hope an fear is like a pair of wings, You need both to fly"

Baru habis tgok video Sebelah Sayap Matlutfi. Terkesan. Tertusuk. Tertembak diri sendiri. Erk.

Sedikit tguran halus kepada diri sndiri. Mungkin smasa memberi teguran kepada org2 di sekeliling banyak juga hati2 yang terluka atau lari dripada Islam itu sndiri. Nauzubillah.

Sejujrnya, selain terkesan dngan video ini sbgy teguran kepada diri sndiri, saya juga melihat ramay yang menggunakan video ini sbgy tujuan menghentam rakan-rakan atau penasihat2 tegar dalam kesalahan mereka.

Dgn penuh rasa rendah hati dan telusnya saya mewakili penasihat2 mereka yang disebut sbgy budget pandai, budget bagus, cakap tak supe bikin dan sbgynya ingin meminta maaf kepada smua yang sgt2 terasa itu.

Tapi percayalah, saya percaya mungkin sbahagian besar dri mereka tiada niat langsung dari untuk menasihati demi untuk menyakiti. Dan Islam sendiri pun tak pernah mengajar smua penasihat2 anda untuk berkasar, mencela, menengking dan sbagainya kepada anda.

"Islam is Perfect but Muslim is not. So dont look in Islam in a Muslim"

Saya tertarik dngan satu quote yang dishare oleh seorang sahabat saya kepada saya

"Bygkan kite sedang hanyut di sungai yg sgt deras...time tu, kalau ade yg hulur dahan berduri sgt tajam pun, kite akan capai jugak sebab nak selamatkan diri..walaupun terluka..begitu jugak, bila kite diuji, hampir hanyut, nasihat, teguran tu ibarat dahan berduri tu..buat kite 'sakit', tp dapat selamatkan kite dari terus hanyut.."

Teguran mmg akan menyakitkan, sgt sakit smpay susah kita nak terima. Nak berlawan dngan nafsu, ego untuk menerima tguran mmg sgt susah. Tapi impian nak masuk Syurga Allah, takkan ujian yang diberikan senang? Nak masuk 5 star hotel, takkan bawak duit RM30-RM40?

Kadang2 kita mmg terasa dngan tguran diberikan, tapi instead of mengaku, kita akan balas balik seolah2 kita apa yang kita buat tu tak salah. And most people akan lakukan itu dnagn mencari salah si penegur itu.

Alhamdulillah kita terasa sbb kita tau apa yang kita buat salah, tapi next action adalah smua di Tangan kita, Nak denied, Nak blame, Nak change, Nak Bartaubat it's up to you. And smua dijudge oleh Allah bukan org lain.

Si penegur salah dlm cara penyampaian pun dijudge oleh Allah bukan kita yang judge. Apa yang kita boleh tentukan hanya tindakan kita dalam menerima tguran itu.

Org slalu bercakap mengenai adab menegur, kasar lar apalah, tapi tak ramay berckp ttg adab kita pula sbgy yang menerima tguran?

Tepuk dada tnya diri sndiri keputusan di tangan anda.

Hrapnya para penegur dan penasihat2 smua pun bukankah seperti Rifqi yang bersikap begitu ketika menegur Ihsan. Nauzubillah. Jangan sampai niat baik kita ditampal pula dngan dosa tgurannyang kasar shingga mengeji dan mencaci seseorang.

Sekian~

*Post ini adalah skadar luahan deep inside. Jika ada salah dan silap harap maafkan. Tq

Nukilan,
 Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
 Insya-Allah masih membaiki diri.. =

Tuesday, April 9, 2013

Songs.

Salam.

Songs, Music.

A part of me I think. Well really it is a part of me.

Hampir setiap masa, especially on the way g kelas, hosp, atau berjalan-jalan, earphone memang slalu lekat lar dekat telinga ni. Lagu apa? Well depends on mood and keadaan. Kalau rasa tengah berjoging tak bleyh nak dgr sgt lagu sedih-sedih sbb makin lemah smangat nak joging. Kalau rasa ngantuk nak tidur dalam kelas pasang lagu best2 sket biar segar balik mata.

            "Sometimes music present the feeling that can't be expressed"
(Well for me MOST of the time)

 Saya. Memang. Dengar. Lagu. Dengan. Kuat. Honestly.

Walaupun ditegur, walaupun ada org suro slow sket saya memang suka dengar lagu kuat2. Kalau saya dengar lagu kuat2 tu probability tgh tension or marah ngan orng adalah sgt TINGGI. So sila paham. Huu~ Jangan risau, just got my audiometry test done few weeks back and my hearing are is still in normal state. InshaALLAH okey stakat ni dan harapnya untuk next2 years. InshaALLAH

Nasyids. Al-quran. Zikr

I have some collection of nasyids, zikr, and Al-quran in my music list

But again I Honestly, I SELDOM play for it..

#Sigh.Hmm.

 The Truth

I experienced something that actually I really happy to feel it. Like I said, I have some collections of nasyids, zikr and Al-Quran in my Music List. And one day, I decided to hear them instead of my usual collections of English and Malay Loving and Hating songs.

Subhannallah. The feeling is really.. really..really extraordinary!

Comfort. Comfort. Comfort. and feel more comfort to study, to walk and to start the day.

Recently, one thing make me want to almost hit and even KILL 'somebody'. Kemarahan menguasai. And memang kalau tak tahan dah lama dah ARWAH that person. And I quickly play my music and the song that play is Zikr Astaghfirullahalazim from Hafiz Hamidun.

And again comfort. comfort. comfort. My anger declines. Subhanallah.

                               " Ingatlah dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang" 
 (Ar-Rad ;28)

Music really can influence your emotions.
Kalau kita pilih lagu yang betul untuk disesuaikan dngan fitrah kita sbgy Hamba kepada ALLAH then hati kita akan tenang.

Sbb tu kadang-kadang, well most of time, kalau bengan, tension, marah, sedih, kita hanya akan lebih sedih sbb dngar lagu yang marah-marah, lagu sedih, lagu jiwang. Konon cuba menenangkan hati, padahal kita menyeksa lebih hati kita yang sbnrnya ingin sgt kita kembali kepada fitrah, dengan mengingati ALLAH.

Erk.Sentap.

So why not nasyids? Zikr and Al-Quran. Itulah yang telinga kita harap kita pendengarkan, mulut kita harapkan kita menyebutnya, dan hati kita harapkan kita untuk meresapinya.

Muhasabah

 Macam saya ckp tadi, saya pun masih lagi mendengar lagu-lagu English Songs and Malay Songs yang jiwang-jiwang dan sedih-sedih tu. MASIH LAGI.

But one thing that I've done in my Music List is to full it with 70% of Nasyids, and Zikr then put the shuffle mode on. Then I cannot choose my usually favourite list music. Heh.

Am trying. And inshaALLAH improving.

Kepada sesiapa yang rasa saya buat2 je pasal saya dngar nasyids and zikr hati jadi tenang tu, takpe maybe korg leyh at least try skali dua ke. And feel the difference. InshaALLAH.


Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Saturday, April 6, 2013

Berpijak di Alam Realiti.

Salam


Realiti Pertama

Berpijak di alam realiti. (Nasihat pada diri sendiri)

Kadang-kadang bukan smua dalam kehidupan seharian ini akan jadi seperti yang kita harapkan. Bila berasa selesa dalam satu keadaan kita terasa seperti memiliki dan smuanya takkan hilang menjadi kekuatan dan semangat dalam kehidupan. Mungkin berasa spt smuanya akan KEKAL.

And suddenly.

Plop!

Hilang dalam sekelip mata.

Tersedar, kisah kita bukan seperti drama, ataupun filem-filem yang penuh kisah dongeng dan happy ending.

Realiti Kedua.

Bukan dia.

Mustahil dia.

Lessen the hope. Bismillah.

Realiti Sebenar

Apa realiti sebenar kita?
Apa yang akan kekal bersama kita?

"When seeking the pleasure of Allah is not the main intention, then we are paving for ourselves a path to failure."

    "Allah is the ends, all the dunya (relationship, friendship, great job, being rich) are the means that we use to get to the ends which is Allah s.w.t"
 ~Yasmin Mohaged~

"When the things we want doesn't seem went out like we exactly want, remember Allah may send us what He knows to be better for us in achieving the ultimate end which is the pleasure of Allah (s.w.t)
~Yasmin Mohaged~

Realiti mungkin tak seindah impian.
Tapi bersama dengan ALLAH di akhirat sana, adalah lebih dri apa yang dijadikan impian.

Muhasabah

Realiti memang tak seindah impian. Sebb impian yang dibina pun adalah atas dasar dan tujuan yang salah. Menyebabkan diri merasa marah, kecewa dan sedih bila kehilangan, tak berjaya.
#Salah sendiri..

Redha dngan ujian ini inshaALLAH..

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Thursday, March 21, 2013

End Destination

 Salam.

Again harini tak boleh tidur,
 
Deciding to update blog.

AGAIN.

(Tiba2 rasa jelous dngn atok Shimon sbb slalu sgt update blog) Hee~

Family Medicine Posting

              Since tak pernah update langsung perasaan smasa berada di Family Medicine Posting berniat untuk briefly bercerita mengenai pengalaman semasa dipostingkan ke KK Marang. So far, brada dalam KK adalah sangat Klinik Kekeluargaan. Tak kisah lar dari segi Specialist dngan Doctor dengan Nurse and also with patient. Kalau jumpa patient bukan hanya tanya history taking je, kadang-kadang leyh smbng pasal family mak cik ngan pak cik. Cnth:

Anak sihat ke Pak Cik?

Makan apa je mak cik ni sampai naik gula ni?

Anak kerja mana mak cik?

             Nama pun Family Medicine, so cover skali family2 nye haa.. Huu~ Di samping melihat follow up ibu2 mengandung dan kanak2 yang memerlukan suntikan. Smua kena cover up. Huu~ Tpi yang menariknya family Med nampak macam rilek sbb bak kata Dr Suhazeli "Takde oncall"



 Psychiatric Posting

              This is my last posting yang baru habis dalm 2 minggu lepas. Honestly, Psychiatric posting is really another version of medical towards approaching patient with mental illness. =) And tnpa stethoscope pun anda boleh mendiagnose patient dngan history taking sahaja. Hee~

              Tapi disease dia pening2 lalat sket lar. Sbb kebanyakan disease macam nak sama je dngan kehidupan seharian. Contoh: Depression, Bipolar in Manic State,. Tapi sbaik lar ada DSM IV bila rasa diri macam Manic or  Depressed trus cek criteria fulfill ke tak.

               But agree with one of my friend,

               "When we learn psychiatric, we are learning about ourselves and become more and more recognized who we are actually. Personality, emotion dll"

               And I am learning more about myself. And about people also. How to cope with stress, How to react with certain situation and unconscious defense mechanism. All are different among us.

"The more you look into and understand yourself, the less judgmental you become towards others."
Tariq Ramadan


Allah is our END Destination

Impian hidup, matlamat hidup, kebahagiaan hidup. Ada orang kata kecantikan, kemewahan, kepandaian adalah antara impian, matlamat dan kebahagiaan hidup di dunia.

Tapi ramai jugak yang terlupa, di mana pengakhiran spatutnya yang perlu diletakkan sbgy impian, matlamat dan kebahagiaan hidup.

Adakah kalau kita peroleh KECANTIKAN itu saja pengakhiran kebahagiaan bagi kita?

Adakah kalau tak pass exam, sgalanya-sgalanya sperti tak Bermakna dah pada kita?

Atau kalau kita impikan perkahwinan yang bahagia ada dngan mendapatnya itu sahaja Pengakhiran Kebahagiaan pada kita?

dll

The answer is totally NO!

Allah sahaja yang kekal dalm dunia ini. Impian, matlamat, kebahagiaan yang abadi hanya kepada ALLAH s.wt dan kerana Allah s.w.t.

 "Dalam kehidupan ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"
 (Quran 29;64)

Tapi antara kita terlupa Allah sbagy destinasi terakhir, dan terbuai ketika mencapai impian, matlamat dan kebahgiaan hidup. Lantas apabila impian, matlamat dan kebahagiaan hidup yang sementara itu hilang, kita mula resah, sedih, down, useless. Sdgkan matlamat yang sbnr adalah kepada Allah s.w.t.

Put ALLAH as the ends. Not the world.




Akhir Kata

Kenapa cite pasal 2 posting ni a.k.a Family Medicine and Psychiatric Posting je? Because inshaALLAH thinking to further my career in this two. Other than OnG and Neurology.

(Erk MBBS tak abes lagi, dah ada angan2 nak amek Master? Hee~)

Sekian~~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Wednesday, March 20, 2013

Can't Sleep

Salam

Jam skrg pukul 4.45 am....

Mata tak boleh tido. Memang serius takleyh tidur..



And then decided to update something in blog yang dah bersawang, berhabuk dan lama tak update ni..


To many stories to be wrote. It happens just like a blink of eye.
Some bring happiness
Some bring smile
And some bringing sadness in my life


=)







So for this post I really like to promote a recent book that I read nowadays


Reclaim Your Heart ~ Yasmin Mohaged.


It is a must buy book! Seriously.


I've been reading it nowadays, and it really teach more about how to make your heart sincere just to ALLAH s.w.t. Regarding our hope, expectations, troublesome, happiness, everything are being explained nicely in giving it just to ALLAH s.w.t

But honestly, to make ur heart sincere is not easy as A, B, C,
(For me)
But trying to. InshaALLAH


Pray for me please.

I need to be strong in this situation now. My hope are again being to high for something which are not permanent. And yet it become so painful to let it go.

My bad. =(

~Sekian

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Sunday, February 10, 2013

Thinking

Salam

Lama sgt dah tak update blog ni.

Thinking to shut it down.

Should I?



Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Saturday, January 12, 2013

Ayat-ayat Cinta

Salam.

Yes this is it. Going back to Kuala Terengganu. And stelah mendapat tunjuk ajar dri Shimon saya akhirnya dpt mengpost blog dri phone. Hee~ Tq :-)

Alhamdulillah utk percutian kali ini dpt buat byk bnda yg agak berfaedah. And at least spend fully time with mak, abah, Alissa and Abdah (sehari je )

Hm seeing my young sister and brother growing up mmbuatkan saya sdr yg smakin hari saya dah kehilangan mereka. Tak bleyh dah nak marah2, kacau macm budak kecil. Hee~

Em tetap nak share jugak something sblum tertidur dngan lenanya dalam bus ni. Huu~ Ditakdirkan menonton cerita ayat-ayat Cinta kat Astro pgi tadi. And for this time entahlar bila tgok satu babak tu mmg raaa terkesan sgt dlm hati.

Babak smasa Fahri dlam penjara dan menangisi nasib beliau yang difitnah merogol Nora. Lalu teman spenjaranya trus menolak Fahri sambil berkata:

"Tuhan sdg berbicara dngan mu Fahri, Tuhan sdg berbicara dngan mu supaya ko tidak sombong. Tuhan sdg berbicara dngan mu ttg ikhlas."

Lalu teman beliau menyambung lagi:

"Tidakkah kau ingat kisah Yusuf yg difitnah oleh Zulaikha sdgkan Zulaikha yg terpikat dngan ketampanan Yusuf. Tapi ingatkah kau apa yg didoakan Yusuf a.s kepada Allah? Beliau berdoa kepada Allah sekiranya penjara itu tempat yg baik bagi beliau mengelakkan tipu daya manusia maka tempatkanlah beliau di situ (12;33)

Subhanallah. Lihat bagaimana Nabi Yusuf a.s melihat ujian yang ditimpa beliau dan menyerahkan smua dmi Allah walaupun beliau terpaksa hidup dngan tak selesa di Penjara. Tapi dmi mengelakkan fitnah dan tipu daya manusia, demi.menjaga iman beliau kepada Allah beliau sanggup.

Bagaimana pula kita agaknya? Bagaimana agaknya kita memandang ujian yang ditimpakan kepada kita?

Melihat cara percakapan rakan sepenjara Fahri berkata-kata dngan tgasnya kepada Fahri adalah utk.mengingatkan kepada Fahri bahawa kita sbgy hambaNya.mmg layak diuji Allah.

Jangan dngan amal yang kita lakukan kepada Allah spt solat, byk.membaca Al-Quran, berzikir dll membuatkan kita sombong lalu kita rasa kita tak layak diuji Allah. Astaghfirullahalazim.

InshaAllah sama2 muhasabah diri. Lepas ni kalau tgok ayat2 cinta tgok and fokus btul2 masa part tu,serius terkesan.. :-)

Nasihat untuk saya sndiri juga.

Sekian~~

P/s InshaAllah esok start psychiatric posting.. Smoga dipermudahkan inshaAllah. Doakan kami smua :-) Slamat bernew posting batchmates!!.

Empty,

Salam.

Ingat nak update blog habis-habisan balik ke rumah ni.. Tapi ternyata kerajinan untuk menulis sudah smakin berkurang. Bakat dan smakin pudar agaknya =)

So now sharing time, InshaALLAH.

Kak Afy tertarik mendengar rakaman Yasmin Mohaged yang bertajuk "Why Am I Empty?". So beatifully said and explain.And yet now rasa macam nak share beberapa pin point yang terdapat dalam rakaman tersebut. InshaALLAH.

 Tried to write a letter
 In ink Its been getting better
 I think I got a piece of paper
 But its empty 
Its empty 
(Click Five - Empty)


 Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Perasan tak, kadang2 kita akan rasa kosong. Rasa tak cukup atau rasa kehilangan sesuatu. Walaupun kita rasa kita dah cukup solat 5 waktu, rasa macam dah cukup dah bersilaturahim sesama Muslim. Tapi mesti ada bnda yang kadang2 kita rasa tak cukup ataupun tak kena. And seriesly, kita sbgy manusia slalu rasa tak cukup =)


     "Every human being is a hole of some sort. This a hole because we have been seperated fro our home as we are seperated from ALLAH s.w.t and all people are basically have this feeling in different ways. So they filled their hole with different things: career, friends, family members, status and money"


Kebergantungan
 
Cuba try tnya diri kita balik? Pada apa? Atau pada siapa? Segala perbuatan kita ditujukan atau diletakkan harapan untuk mendapat pembalasan.

 Pada kawan-kawan?
 Pada masyarakat untuk menunjukkan kita up to date?
 Atau untuk mendapatkan kerjaya yang hebat-hebat di samping kemewahan yang melimpah ruah.

Dunia, Dunia, Dunia. Kalau boleh scan hati kita ni btul2 agak2 brapa part of it yang kita pnuhkan dngan kepentingan dunia?

Kita harus menerima hakikat, tak smua kekosongan hati dan jiwa ini akan terisi dngan perkara-perkara dunia.
Walaupun ada org kata:
Kalau stress dnga lagu Korea msti ok punya.
Kalau bosan jom g shopping, tgok wayang ke baru lar terisi kekosongan ni.
Kalau marah, makan banyak-banyak confirm tak marah dah.
#eh

Percayalah dan yakinlah, hampir keseluruhan hati kita, kekosongannya, kebosanannya, kestressannya hanya dapat diisi sepenuhnya oleh ALLAH s.w.t.

Tapi bayangkan kalau kita dah penuhkan smua part dalam hati kita dngan perkara-perkara dunia yang masih byk lubang-lubang kekosongan dalamnya. Macamana pulak kita nak masukkan ALLAH sbgy perkara yang utama dalam hati kita.

Analogi:


Umpamakan anda ada satu balang akuarium yang besar berbentuk bulat. Anda dikehendaki mengisi satu bola jaring di dalamnya. Tapi dalam balang tu anda dah penuhkan dngan bola-bola pingpong keduniaan spt bola pingpong komik, bola pingpong muzik, bola pingpong artis, bola pingpong duit, dll. Agak-agak boleh masuk ke bola jaring ke dalam tu??

Sudah tentu tak muat.




So mahu atau tak, haruslah mengeluarkan smua bola bola pingpong itu kluar, baru boleh masukkan bola jaring bagi memenuhi balang akuarium tersebut.

Sama jugak hati kita ni, bila kita dah penuhkan dngan dunia, macamana kita nak masukkan atau penuhkan jiwa dngan Allah? And yet kita haruslah membuang perkara2 lagha and tak bermanfaat di dunia kluar baru kita boleh masukkan Allah dalam hati kita.

"If heart is filled with Dunia, there will be no space for ALLAH. Therefore to fill the heart with ALLAH u have to empty it with  properly filled it again. Don't put hope in Dunya again, but you have to filled it agin with proper thing so that it is not empty, which is ALLAH s.w.t"


How to? Bagaimanakah? 

             "Sesungguhnya Akulah Allah tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku (Surah Taha 20;14)

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang." (Al Ahzab 41-42)

"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) -Ku." (Al Baqarah 152)

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingat Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami (kebaikan) di dunia". (Orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat." (Al-Baqarah; 200)

Baru perasan satu dialog dalam rakaman ni, beliau, Yasmin memberitahu, about all ayat ALLAH yang menyuruh hambaNYA berzikir, it always with abundant (banyak). Dan saya dah jumpa dalam 4 ayat stakat ni. Mungkin lepas ni leyh truskan pencarian.


   "We may say that we are praying, do work for Allah, so we think it is sufficient for Allah remeberance however it is when u realised that it is not sufficient. So fill ur remembrance to ALLAH abudantly, just like the same way we needed air where we can't loss any oxygen even for 1 second"



Penutup

Banyak juga benda yg diberitahu Yasmin Mohaged dalam rakaman Why am I empty yang saya tak masukkan dalam post ni. Dan dngan ini saya amat menggalakkan anda untuk mencarinya di U-Tube dan mendengar nya. InshaALLAH really beatiful explanation.

Dan smoga post ini buat muhasabah saya dan juga rakan-rakan.

*Tiba2 teringat lagu Empty - Click Five. Best! =)

Moga bermanfaat. Sekian~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Monday, December 31, 2012

Expect the Unexpected

Assalamualaikum

.....30 December 2012....




Alhamdulilah.
Masih dipanjangkan umur untuk bernafas di usia 22 tahun ini.
Satu tahun yang dah berlalu, tak sedar pun I will and I have arrived at the age of 22. With so many events so many memories. Some I wish to forget, some I wish to be there forever (erk bukan forever lar, tapi lama lagi =p).



Teringat masa kecik2 dalam umur 5-7 Tahun dulu, tarikh 30 December slalu jatuh masa bulan puasa. Slalu buat muka tak puas ati sbb tak dpt nak celebrate makan kek sbb pagi kena puasa. And rasa tak puas sgt sbb budak kecik tu ingat dia sambut besday dia half day je sbb tak dapat makan waktu puasa. Hee~ Siap emo2 g mrajuk sbb mmg jarang lar ada org beli kek sambut Besday. Mesti sambut masa raya. (Haha mengadanya budak tu!)

Tapi mungkin btul jugak lar orang ckp, bila smakin meningkat usia, smakin takde perasaan dah nak sambut birthday. Rasa macam hari biasa, condition biasa and kalau boleh tak nak sampai pun tarikh tu. Adakah ini syndrome2 takut kepada penuaan?? Hee~~ 

Nmun pemberian hadiah tetap dialu2kan kepada sesiapa yang bermurah hati. Yang tu konfirm tak tolak punya! =p

" Umur dah semakin pendek, maka janganlah lupa akan kematian. Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat mati."
#Muhasabah



Yup. So many things that tak berlaku seperti yang diharapkan malah telah berpusing 360 darjah dri apa yang diharapkan. Oh jangan salah sangka, bukan perkara yang menyedihkan pun, banyak yang menggembirakan Alhamdulillah =)



However, saya tetap terasa apabila yang diharapkan tak menjadi kenyataan.

So for this year, decided to put less hope on everything..

Less trust, Less hope, Less Hurt. 

And always Expect the Unexpected.

Sbb tu tahun ni decided untuk tak buat apa2 wishlist hehehe. (Kecuali Teddy Bear Besar, Buku Reclaim Your Heart, Cake Secret Recipe, Samsung Note 2, Kereta MyVi, blabla..blablablabla......dll...) =p

Anyway thank u kepada yang sudi wish dan mendoakan kesejahteraan saya sempena Birthday saya.. Ada satu wish saya supaya menjadi smakin matang haha adakah awet muda?? InshaALLAH bukan dia saja yang harapkan saya pun harap saya makin matang lagi (Eh kata taknak hope lagi dah)

Paling pelik, orang smua pakat cakap smoga dicepatkan jodohlar, cepat2 cari jodoh, and seangkatan dngannya. Baru 22 tahun, jangan wat saya macam dah tua sangat okey! =p



Em rasanya banyak sgt dah membebel ni.. (Tekan butang stop skrg!)

Sebelum tu Selamat Menyambut Tahun 2013 dengan penuh keazaman yang baru. Smoga hari2 akan datang akan lebih baik with more improvement. InshaALLAH

Same to u Asywirah! =)



"The best and brightest times in a person's life are those times spent in closest communion with the Lord – not only when we speak about Allah, give thanks to Him, or busy ourselves in His worship, but also in our everyday lives when we remain conscious of our obedience to Him or help our fellow human beings, or serve the common good." ~Copypaste

Nukilan,
AAA,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Tuesday, December 25, 2012

Why?

Assalamualaikum.

Seriously memang lama sgt2 dah tak update blog yang sgt dibiarkan secara lama ni. Sbnarnya banyak je draft2 yang telah dicreate untuk dipost. Tapi malangya tak mempunyai kekuatan untuk menghabiskan post2 sebelum ni. Hope so post kali ni biar lar sampai abes ye. InshaALLAH

___________________________________

Meyakinkan Hati

Baru-baru ini ditanya oleh seorang junior

"Knapa Kak Afy nak jadi Doctor?"

*Tersenyum. Erkkk~~

Honestly, sbnrnya saya tak pernah terpikir untuk belajar MBBS di universiti satu hari nanti. Saya ada banyak cita-cita masa kecik dulu contohnya menjadi seorang penulis novel, wartawan, and even menjadi seorang cikgu spt mak saya. Huu~

Dan secara jujurnya saya memang masuk MBBS di UnisZa ni adalah disebabkan initiator yang diberikan oleh parents saya.Bukan dipaksa cuma diINITIATE. Memandangkan saya tidak mempunyai cita-cita ataupun matlamat yang tetap walaupun dalam hati memang sgt2 tak suka BIOLOGY dan sgt meminati MATEMATIK, saya pun mencuba dan akhirnya rezeki ALLAH dapat meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan. 

Hampir empat tahun, ada up and down nya, mostly adalah down bagi saya. Mungkin kerana minat yang kurang saya slalu merasa rendah diri and down for mostly. Aisy sbaik mampu berdiri and meneruskan posting-posting untuk tahun ni. Hee~ Kadang2 saya rasa smangat dinaikkan, kadang2 ada gak rasa down nya. Em depends pada posting gak. Huu~

" Saya tak pernah planned untuk jadi seorang doctor. Tapi saya redha je lar dah ALLAH tetapkan saya untuk belajar menjadi seorang Doctor. And here I am now"
~ Dr Siti Aminah, FMS

Tertarik dngan ayat Dr Siti Aminah, Redha dengan ketetapan ALLAH.

Mungkin saya perlu trus meyakinkan hati untuk trus Redha dngan ketetapan Allah. Mengeluhlar macamana pun, Merungut lar macamana pun, meroyan macamana pun saya dah tahu saya tak boleh nak kluar dri course Medic ni. Mungkin boleh, tapi saya pasti keputusan ini akan menyusahkan banyak pihak.

Apa yang lebih penting, siapakah saya hari ini, dan apa yang telah saya lakukan untuk hari ini demi masa depan yang baik. Allah dah tetapkan saya berada dalam bdang perubatan untuk harini, jadi saya harusnya berusaha bersungguh2 dalam jalan ini.

Tak mustahil juga nanti di masa depan mungkin saya takkan jadi seorang Dr pun, atau Allah berikan ujian untuk saya tak berjaya dalam bidang ini. Atau mungkin semasa kerja pun saya give up disebabkan kebusyan yang melampau and pendapatan yang tak memuaskan. Smua berkemungkinan. Kerana takdir Allah di masa hadapan tiada siapa tahu.

Yang lebih penting adalah HARI INI. Siapa saya, Apa yang akan saya lakukan dan Sejauh mana Usaha saya untuk masa hadapan.

Smoga sntiasa redha dngan ketetapan Allah. Even untuk masa hadapan even.

"Yakinlah Allah itu Maha mengetahui ttg segala-galanya. Malah lebih tahu ttg diri kita daripada kita sendiri. Dialah yang menjadi sutradara pentas kepahlawanan para aktor ketaatan"
~Jom Isu 9

"Maka apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap" (al-Insyirah 94;7-8)


"Bukan kita yang memilih takdir, 
Takdirlah yang memilih kita
Bagaimanapun takdir bagaikan angin bagi seorang pemanah,
Kita selalu harus mencuba untuk membidik dan mengarahkannya
Di saat yang paling tepat"
~ Salahuddin Al-Ayyubi


Smoga sntiasa istiqamah InsyaALLAH

~Sekian, AAA

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Monday, September 24, 2012

True Story


Somethings just happen,
But as it happens, although we think it doesn't goes our way,
Surely Allah set it to be happens
For something good that we can't even see..


"Seseorang perlu melihat perkara yang sebenar,
Bukan perkara yang dia sgkakan patut terjadi"
~Copied.


Tc =)

P/s: Punyalar lama tak update blog. Mampu copy paste je. InsyaALLAH soon to be update again.. =)


Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya! =)


Assalamualaikum.

Quick entry kali ini sblum mak dtg memanggil "Angah g kemas barang!' (taip laju2)


Yup Ramadhan hampir meninggalkan kita. *Sebak. Tak tau if tahun depan dapat jumpa ke lagi.. InsyaALLAH moga2 dipanjangkan umur untuk kita bertemu lagi Ya Ramadhan.

"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian menjadi setitis air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai bayi, kemudian kamu menjadi dewasa sampai tua. Di antara kamu ada yang dimatikan sebelum tua supaya kamu sampai kepada waktu yang ditentukan (hari kiamat) dan supaya kamu memikirkannya" (Al Mukmin ; 67)

Tapi jangan pula terlampau melayan kesedihan ini sampai kita terlupa nak trus meningkatkan ibadah kita di akhir bulan Ramadhan ini. Apatah lagi selepas Ramadhan pergi, teruslah meningkatkan amal dan istiqamah dengan smua peningkatan seblum bertemunya kembali.

"Ramadhan pergi meninggal 11 Bulan untuk kita terus berjuang. Bukan 11 Bulan untuk kita bersenang lenang."

And berbaki kurang dri 3 Hari waktu Ramadhan ini, teruskan mecapay target2 yang anda smua hendaki. Contoh yang memang smua nak: Khatam Al-quran. Kalau rasa kena boost up, tekan minyak kuat2... InsyaALLAH smpat.

Oh sebelum bersiap untuk meninggalkan rumah menuju pulang ke "Kampung Tercinta." Inginlah saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada smua pembaca2 blog saya (macam ada) and smua umat Islam di dunia.


Ha gambar habis simple je nak cepat nyer pasal
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Taqabbalullah minna waminka’ 
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
 
Ikhlas daripada saya, Asywirah Afifah Amir sekeluarga
  •  Haji Amir Bin Bahari (Abah)
  • Hajah Norzehan Shamsuddin (Mak)
  • Asyraf Aliff Amir (Abang)
  • Asywirah Afifah Amir (Me!)
  • Abdah Aliff Amir (My young Bro)
  • Alissa Afifah Amir (My lil sis)
Em awal sgt ke? Sorry nanti dekat kampung dah tak nampak lappy dah. Huhu..

Oh di sini ada sediakan link mengenai Menyambut Hari Raya Mengikut Sunnah. Share daripada seorang sahabat ===> Tekan Sini
 
"Jangan rosakkan amalan sebulan Ramadhan dengan satu hari perayaan" 
(Key ayat ni tak btul tapi lebih kurg)

Smoga kita dapat menghayati hari-hari terakhir Ramadhan dan menghayati sepenuhnya juga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Amin.

Tertarik dengan satu kuot2 Osem Inche Gabanna:

"Pakaian terbaik bukanlah pakaian mahal cap Gucci, LV atau ZARA; tetapi pakaian terbaik adalah pakaian cap taqwa. "
(Inche Gabanna)

*So tak payah baju raya baru pun takpe lar ek?? hee~~ (Padahal cuak sbb takut baju raya dah abis)

Sekian~~

P/s: Memang kelam kabut wat post ni. Huhu.

P/s: Something is missing, Hm.. aisy......

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Friday, August 10, 2012

Strangers.

Assalamualaikum.

Strangers dan Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu


Strangers.. Video raya Petronas yang semakin popular. Hampir seluruh news feed di Facebook penuh dengan post video tersebut. Bermakna dan sgt mengharukan hati. Melihat bagaimana seorang musafir yang tinggal di negara orang yang berlainan culture dan bahasa. Tapi masih dpt menyesuaikan diri dan bersama2 mereka dalam meraikan Ramadhan. Seronok kan nampaknya berada dalam kalangan penduduk Islam berlainan bahasa dan culture tapi masih tetap bersaudara atas pegangan Islam yang sama.


 
Di Hamparan Shamrock KuSebutNamaMu by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.. Sbuah buku yang menceritakan ttg pahit and manis seorang pendakwah dalam menyebar dan mempertahankan Islam di London. Saudara2 Islam yang berasal dri pelbagai bangsa. Bangsa Arab, Turki, Pakistan and dll dan juga berlainan mazhab dan sometimes berlainan pendapat dalam certain2 things dalam Islam tapi masih percaya kepada ALLAH s.w.t dan Rasulullah s.a.w pesuruhNya..Kagum membaca cerita2 dan pengalaman beliau. =)

Impian

Tiba-tiba sahaja memasang impian untuk melawat negara2 lain untuk melihat komuniti2 Islam di sana. Kalau sebelum ni rasa macam nak g HOLIDAY or 'honeymoon" (lepas kahwin) ke negara2 luar je. Tapi bila pikir balik, rupa2nya banyak manfaat leyh buat masa melancong ni untuk melawat2 saudara2 Islam kita di sana.

Pernah baca buku Hlovate, Contengan Jalanan? Watak2nya melancong ke luar negara bagi melihat makna Islam yang sebenar..

Pernah tgok Jejak Rasul masa dia pergi pendalaman Rusia tak silap untuk melihat komuniti2 Islam di sana. Sgt mengkagumkan. And memang sgt sweet bila pergi jauh2 masih ada saudara2 seIslam kita disana.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara" ~ Al-Hujurat 10

Siapa sangka, komuniti yang kecil tapi mungkin kepercayaan dan keyakinan mereka tentang Islam mungkin lebih kuat dripada kita-kita yang berada di negara Islam sendiri.

Bukan Mudah seperti yang disangka

Bukan mudah tapi tak impossible untuk mengamalkan, menyampaikan dan mempertahankan Islam di negara orang.

Saya teringat, pengalaman kawan2 yang diceritakan semasa belajar di overseas. Mereka tiada kemudahan surau yang disediakan di shopping mall lalu mengambil inisiatif untuk bersembahyang di fitting room.. Jadi apa alasan2 kita2 yang ada banyak kemudahan surau and masjid ni tak solat??? Kadang-kadang mereka juga dipandang pelik oleh masyarakat luar apabila mereka memakai tudung dan yang paling mencabar kalau jumpa org2 yang menganggap Islam ni terrorist.

Mungkin ini yang menjadikan mereka semakin kuat.. Tak pernah patah semangat. Masing2 masih menghadiri usrah walaupun kadang2 perjalanan ke tempat usrah masing2 mengambil masa berjam-jam. Masing2 masih berusaha jugak menyempurnakan solat masing2 walaupun punyalar susah nak crik tempat nak solat. Apalah sgt nak dibandingkan saya ni dengan mereka2 yang sgt kuat smangatnya. =(

Mana-mana pun boleh, asalkan perjuangan diteruskan

Yup, mana2 pun boleh. Asalkan kita sentiasa berusaha untuk mencari kebenaran dan menyebarkan kebenaran. Allah knows the best. Mungkin mereka lebih kuat untuk berada di sana.. =) Dekat mana-mana pun mesti ada ujian2 yang Allah nak bg. So macam cakp tadi, jalan dakwah bukan mudah tapi tak mustahil..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)

Nasihat pada diri sndiri: Sebelum bercita-cita nak pergi luar negara tu, baik pergi meneroka Kluang yang kecil ni dulu. Hee kawasan rumah sndiri pun saya masih tak berpeluang nak mengenali komunitinya dan berangan2 nak melalui jalan yang lebih sukar.

InsyaALLAH kalau ada rezeki ada lar nanti untuk pergi jauh2. =)

Akhir Kata:
Teruslah mencari kebenaran dan menyampaikan kebenaran Islam di mana-mana kita berada. Tugas sbgy Khalifah di bumi harus dilaksanakan sebelum bertemu denganNYA di sana. Berusahalah sedaya yang termampu supaya akan dpt trus mempertahankan Islam. InsyaALLAH.

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah, 2: 30)

Tertarik dngan ayat Ustaz Hasrizal dalam bukunya ini

Bagi kita kaum Muslimin, kita ada sebab yang lebih besar untuk menghayati pesanan, 
" Manusia yang tidak berani mati untuk sesuatu, tidak layak hidup untuk apa-apa".

Jadi apa yang kau perjuangkan, wahai manusia bernama MUSLIM???

Sekian~~

P/s: Kredit tu Najihah Abdul Kahar sbb recommendkan saya buku tu =). Thank u! =)

P/s: Musim rajin update blog. Hee~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Thursday, August 9, 2012

Mari kita berkenalan?

Assalamualaikum.
Hari Pertama Persekolahan: 

A: Assalamualaikum, nama saya A, Tinggal di Taman BC dekat tepi sana. Awak?
B: Waalaikumussalam, nama saya B, tinggal kat lorong XY kat sana. Jemput ar dtang rumah bile free.

(And then bersahabat baik selama 5 tahun persekolahan)

7 Tahun Kemudian...

C :  B kau dulu satu sekolah dngan A kan? Dia tgal kat mana ek? Sekarang belajar apa dekat universiti mana?

B:  Entah lar. Lama dah aku tak contact si A tu. Malas lar. Tak penting pun. Bukan ada kepentingan pun.  Lagipun ak dah lain. Dia pun mesti dah lain.

Apa Khabar Sahabat Anda?



Berada dalam kehidupan universiti yang amat busy and aktif dengan segala aktiviti kadang2 membuatkan kita tak sempat untuk meneruskan hubungn dengan rakan2 satu sekolah, rakan2 satu matrik. Apatah lagi, kadang2 dengan roomate, classmate pun sekadar bertegur sapa and bertentang mata saja lar. Dekat sgt ngan diorg tapi kadang2 rasa hubungan tak seakrab mana. Aku dengan kehidupan aku, Kau dengan kehidupan kau.

Tapi sejauh mana kita mengenali sahabat-sahabat kita?

Awal-awal masuk sini ada lar sesi taaruf. So masa tu dah berkenalan dah...Tau lar pasal dia jugak..

Tapi cukup ke sekadar tu perkenalan kita??

Teruskan proses berkenalan dengan sahabat anda

Sahabat kita mempunyai 1001 rahsia dalam diri mereka yang amatlah mustahil jika kita nak tau atau nak kenal dalam masa satu hari je. And 1001 rahsia tu tak akan mereka nak bongkarkan dalam masa sehari atau sejam taaruf tu kan. So as time go by, kita haruslah berkenalan dan mengenal pasti apa rahsia-rahsia yang best ada dalam sahabat2 kita.

Mula-mula kita ingat dia ni peramah. rupa-rupanya manja jugak ye...

Eh nampak macam garang, pandai jugak buat lawak.
Tunjukkan Kasih Sayang

Dengan terus mengenali sahabat-sahabat kita sebenarnya, kita bagaikan menunjukkan effort untuk menyayangi mereka. Memahami dalam keadaan apa dia stress supaya kita boleh ada untuk menenangkan dia. Bersama meraikan kejayaan bersama dalam beberapa perkara yang dia rasakan amat berharga dalam kehidupannya. Dan menasihatinya dalam keadaan yang mungkin dirasakan sulit padanya.

Buktikan kasih sayang anda dengan lisan dan perbuatan.

Lisan?Erk~ Berapa kali agaknya kita pernah cakap dengan kawan2 kita yang kita sayang pada mereka? Ke dah assume yang mereka tau sendiri?


Daripada Anas r.a, bahawasanya ada seorang sahabat duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian ada seseorang yang melintasi (kawasan itu). Berkata sahabat yang sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah saya mencintai orang itu " Maka Rasulullah bertanya kepadanya, "Apakah kamu sudah memberitahunya?" Ia menjawab, "Belum" Rasulullah bersabda maksudnya "Beritahulah kepadanya" dia pergi menemui sahabatnya itu dan berkata "Sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah." Sahabatnya itu membalas "Semoga kamu juga dicintai oleh Allah yang menjadikan kamu mencintaiku keranaNYA" 
(Riwayat Abu Daud dengan isnad sahih)
So sweet~~ =)



Kasih sayang memang harus dibuktikan dengan perbuatan tapi alangkah indahnya jika ia juga diiringi dengan perkataan yang baik ~ Pahrol Mohamad Juoi

Akhir Kata:


Seronok kalau kita dpt berkenalan semula walaupun secara dasarnya memang sudah saling mengenali. Tak salah kan kalau kita trus berkenalan sepanjang persahabatan kita??

"Persahabatan itu perlu diperbaharui. Baharuilah persahabatan itu dengan kata-kata yang baik. Jangan bisu dan tuli. Sntiasalah menjadikan lidah yang menuturkan kata yang baik dan telinga yang sntiasa terbuka untuk mendengar"

Why not if we start now?

Sekian~~

P/s: 
Saya baru berkenalan semula dengan beberapa rakan2 sekolah yang lama. Walaupun sudah berkenalan tapi apabila mereka mengenalkan balik diri mereka saya dapat rasakan perubahan yang ada pada diri mereka. Bagaimana kematangan telah merubah diri mereka. Dan melihat kepakaran mereka dalam bidang masing2. Aisy. Macam kenal dengan org baru pulak..

Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meluahkan sesuatu kepada smua sahabat2 saya:

"Sesungguhnya saya mencintai kamu semua kerana Allah. Smoga ALLAH redha"

Ayat2 dalam ni banyak saya amek dalam buku Cinta Kerana ALLAH ~ Pahrol Mohamad Juoi. Cuma saya olah untuk melihat dari perspective view of persahabatan.
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum...

Nampaknya semakin mengabaikan blog ini sambil membiarkan sawang2 membiak di dalamnya...

Em jap ek.. Nak sapu jap...

10 minute kemudian
-
-
-
-
-
-
-
-


Key siap, truskan menulis...Mungkin disebabkan kekurangan idea untuk menulis di samping semakin menghilang bakat2 untuk menulis. Saya selalu kagum melihat blogger2 yang sgt pandai menyusun kata and memang best pun setiap post2 mereka sehingga ada yang sgt terkesan dalam hati. And disebabkan terlalu khusyuk dan terlalu seronok membaca blog org lain jadi terabai sbntar blog ini..

Key start membebel dah,.

Sebelum pape saya masih harap kan saya masih tak lambat untuk mengucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL_MUBARAK!!



*Key tahu harini dah puasa ke-5. Sorry terlambat..

Alhamdulillah diberi lagi peluang oleh Allah untuk berada dalam bulan yang penuh dengan Barakah ini. So marilah sama2 memanfaatkan bulan ini dngan menganjurkan pesta ibadah beramai2 dan berlumba berebut ganjaran pahala yang disediakan =)

Smoga trus istiqamah =)


Dan Alhamdulillah juga kerana sekali lagi diberi peluang untuk berpuasa di rumah bersama Keluarga. Tapi dah beberapa hari duduk rumah ni dugaan jugak sbb dekat rumah sifat malas bertambah2... Sesal dngan diri sendiri kadang2 melihat banyak sgt masa habis tanpa2 apa2 manfaat.. Susahnya nak istiqamah...=(

Takpe Fyfa usaha perlu diteruskan.

Tertarik dengan status seorg sahabat di FB


"Tertanya-tanya.
Kalaulah Bulan Ramdhan tiada ganjaran pahala.
Masihkah masjid, surau dipenuhi jemaah?"


Hm ringkas tapi maksud yang mendalam (bagi saya lar)

Secara honestlynya kadang2 fenomena masyarakat kita memang macam ni.. Bila time Ramadhan baru nak buat benda2 yang baik.. Baru nak start g solat jemaah tiap2 waktu, sentiasa baca al-quran pada waktu senggang, bersedekah and lain2 lagi... Tapi lepas Ramadhan.. Trus tak buat... Macam pahala dah takde je kalau buat hari2 selain bulan Ramadhan...

Bukanlah saya bermaksud tidak boleh berbuat atau budget baik masa Ramadhan...

Tapi cuma terpikir kenapa susah sgt untuk kita melakukan perkara yang sama seperti di bulan2 yang lain.. Bulan Ramadhan still 30 Hari, 24 Jam, 60 Minit. Sama nothing yang lain. Tapi bila habis je Ramadhan memang ada yang tinggalkan segala ibadah yang dibuat..

Mungkin sbb mood kot? Smangat Ramadhan? Ataupun segan sbb orang lain smua buat baik.. So kita pun kena buat baik...

Saya suka mendengar dan membaca ayat2 yang sering dipost di FB dan Twitter


"Jangan Jadi Hamba Ramadhan Tapi Jadilah Hamba Allah s.w.t"


Bulan Ramadhan mungkin adalah bulan yang sgt sesuwai dijadikan platform untuk kita memulakan perubahan di samping meningkatkan amalan kepadaNYA. Tapi apabila habis bulan ini jangan jadikan hari2 sterusnya  sbgy perhentian rehat pula untuk kita daripada meneruskan ibadah2 tersebut... Teruslah istiqamah. Dan berusaha melakukan ibadah kepadaNYA sama atau mungkin lebih daripada bulan Ramadahan tahun ni,...

Takkan nak tunggu Ramadhan tahun depan baru nak start balik kan???

Lagipun ALLAH tak suruh kita melakukan ibadah dan berbuat baik masa Ramadhan je.. ALLAH suruh buat sepanjang masa... Cuma ALLAH ckp ganjaran pahala masa Ramadhan lebih besar dri hari2 sebelumnya..

Tapi cukup ke nak bawak masuk syurga nanti ganjaran pahala yang kita kutip masa bulan RAMADHAN je?????

Tepuk dada tnya iman...


Istiqamah memang payah, tapi not impossible kan??

Jom sama2 usaha! =)

~Sekian

Assalamualaikum...

P.s: OnG posting examination????Erk... No comment.. (Jalan slow2 berlalu pergi)

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Wednesday, July 11, 2012

Obstestrics and Gynaecology..

Salam..

Nampaknya semakin mengabaikan blog yang dicintai ni.. Smpy Spain dah menang EURO dah pun... tak update2 jugak... Posting O&;G pun dah nak abes dah pun... lalalala~ Adakah semakin kurang kepakaran untuk menaip??




So untuk post kali ini hanyalah untuk bercerita secara briefly mengenai posting OnG yang sangat2 dramatic and penuh dngan suka ria. (Key tipu.. mana ada suka ria...)

First of all... kalau ckp pasal O&G posting nie konpem lar nak ckp pasal pengalaman di labour room... Hello of kosie lar.. kalau tak pernah masuk labour room baik tak yah masuk OnG posting kan? =p

So melihat, para ibu2 yang sgt kental dalam usaha melahirkan anak masing2 adalah sgt mengharukan... Sakit??Saya tak pernah rasa (of koslar)  tapi melihat patient2 yang mengalaminya saya rasa pain score adalar dalm 10/10.. Mungkin lebih.. And lebih mengagumkan melihat mechanism of labour yang sgt2 incredible.. Subhanallah.. Allah dah buat mechanism yang hebat skli untuk bayi2 internal rotate, external rotate...Subhanallah.

Tapi btullarkan kalau tgok ibu2 ini lepas dah delivered and denga baby nangis.. Tgok macam dah takde dah sgt skit.. Tibe2 jadi org yang sgt kuat balik... (Sgt mengharukan okey..) And lebih best lagi tgok Baby2 yang sgt2 COmey!!!!

Teringat pengalaman pertama masa jadi penyokong kepada ibu2 untuk meneran.. Mula2 takut2 je nak jerit.. Tapi makin lama suara pun makin kuat smpy nurse pun tegur.. Hee~~ Tapi saya rasa takpe kot.. Sbb saya rasa kalau saya dalam labour pun nanti saya rasa macam nak smua org sokong dngan penuh smangat skali.. Kalau nak bawak pom pom macam hari sukan pun takpe... Barular dtg kekuatan tu (.Statement ini serius... Tak main2)


Other than that, dapat belajar disease2 yang sgt banyak terexpose kepada wanita-wanita seluruh dunia yang sgt complex ini.. Yup wanita memang complex. But disebabkan sifat complex itular yang membuatkan wanita2 spesel.. ye ke tak??Hee~

Ops dah melalut...

Em nak cite ape lagi ye?? Rasanya dah briefly dah nie.. So abes lar.. =)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:


Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:
 Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. 

Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya.

Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya.

Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

Ha sblum tu nak ingatkan kepada smua bahawa perngorbanan ibu yang melahirkan kita ni memang sgt besar.. So Seriusly kalau korg masih ada alasan lagi untuk nak melawan atau menderhaka kepada ibu tercinta.. Seriusly anda sudah melakukan KESILAPAN BESAR!! And kepada bakal2 ibu sekalian, tugas anda bukan untuk melahirkan anak sahaja tapi haruslah bertanggungjawab dalam mencorak anak2 supaya menjadi anak2 soleh ataupun solehah =)


P/s:

Selamat berjaya diucapkan kepada 3-3 Batch MBBS UnisZA yang akan mengambil peperiksaan pada minggu hadapan... Kepada:

  1.  1st Year EOS
  2. 2nd Year Pro Exam
  3. 3rd year EOP
                   Wah meriah exam kali ini... Apa2 pun teruskan usaha dan never give up... Ingat Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal... Insya-ALLAH. Smoga ALLAH memudahkan perjalanan peperiksaan kali ini dan memberi kejayaan kepada smua. Amin... 


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari punca yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan melaksanakan urusan (yang dikehendaki olehNYA). Sesungguhnya Dia telah mengadakan KETENTUAN bagi tiap-tiap sesuatu..." (At-Thalaq 2-3)

And saya supposely harus study gile2 jugak tapi masih takde mood untuk study.. Hey kak afy.. OnG kali ni susah tau tak!! okey study skrg jugak!

Sekian~~

Assalamualaikum

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Sunday, June 24, 2012

Euro! Euro!

Salam


Euro! Euro! Euro!!
Eh musim Euro rupanya.. Berkobar2 semangat pemuda-pemuda yang minat bola.. Semua pun ada pasukan masing2 yang menjadi pilihan.. Semua pun dah get ready nak stay up midnight memandangkan smua game pun byk berlangsung masa awl pagi.. Ada jgak yg asyik beli air asam jawa kononnya nak jaga suara sbb tiap2 malam nak hersorak kuat untuk pasukan masing2 (eh ada ke???) lalala~

So what's your favourite team??



Saya?? Em tak layan Euro ni selalu layan Fifa je.. Tapi sbb German ada kat Euro kira sokong German gak lar.. em..Ozil! Ozil! eh silap German! German! German!

Ops post kali ini bkanlar untuk nmenjadi pengulas yg tegar untuk setiap perlawanan yang berlangsung di musik Euro ini.. (memandangkan memang tak pernah tgok langsung pun.) Tapi adalah untuk meluahkan sedikit rasa kekaguman kepada para pmuda2 yang sgt bersemangat jitu dlm Musim Euro ini.. =)



Saya kagum melihat para pemuda yang sggup herjaga malam melihat aksi2 pemain bola kegemaran dan menyokong pasukan yang diminati.. Ada yang boleh tidur dulu dan bangun pukul 2.45 pagi dengan semangat untuk mensegar bugarkan diri dmi melihat perlawanan tersebut.
Dengan kekaguman ini saya berharap supaya para pemuda juga mempunyai semangat sebegini untuk bangun menunaikan solat malam di hening pagi. Keadaan telah membuktikan anda boleh melakuknnya. Kalau boleh bangun malam untuk tgok bola tak mustahil boleh jadi penggerak untuk anda bangun menunaikan solat malam setiap hari bukan?? Apatah lagi ganjaran solat malam lebih besar di samping dpt bersama dengan kekasih abadi Allah s.w.t.
Kredit to Lensa Daie

Saya juga kagum melihat para pemuda yg tegar melontarkan suara dngan penuh smangat sekali untuk menyokong pasukan bola masing2. Ada yang smpy satu rumah pun boleh terjaga dri tidur sbb dengar sorakan dia. 

Dengan kekaguman ini jugalah saya berharap agar suara2 yang digunakan ini dapat juga digunakan untuk melontarkan azan dan iqamat di surau ataupun masjid. Diharapjuga suara2 ini dapat digunakan untuk menjadi suara imam ataupun mengetuai bacaan Al-Quran. Keadaan membuktikan anda boleh melakukannya. Jika berani melontarkan suara untuk menyokong bola mestilah berani untuk menyeru umat Islam ke arah kebenaran bukan??


Saya juga kagum dengan keakraban dan persahabatan yang sgt mudah terjalin antara penyokng2 bola ketika bersama2 menyokong pasukan masing2. Lagi2 sokong sama group kqn walaupun baru 2 jam kenal tapi sembangnya macam 2-3 thun kenal.

Dengan kekaguman ini jugalar saya berasa yakin dngan berada dalam agama Islam yang sama para pemuda akan lebih mudah mengeratkan ukhuwah di smping menyebarkan ilmu-ilmu Islam dan berkongsi pandangan masing2 mengenai isu2 semasa. Sekali lagi keadaan membuktikan anda boleh melakukannya. Mana tau masa half time game leyh sembang2 pasal Pilihan Raya Mesir ke??

Saya berasa sgt yakin para pemuda skrg mempunyai kekuatan mereka masing2 dalam menyebarkan dan menyampaikan Islam. Dengan kekuatan ini lar harus digunakan supaya kita dapat mencapai Ustaziyatul Alam kelak.. Saya yakin smua pemuda mempunyai kekuatan ini.. Tinggal harus digilap dan diarahkan untuk Islam sahaja..InsyaALLAH




Jadi ayuh SYABAB!!!! Kekuatanmu diperlukan untuk perjuangan ini!!!!

Sekian~~
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Thursday, June 14, 2012

People are being Judgemental..

Salam....

Maafkan saya jika banyak menilai..
Tapi saya juga manusia biasa... Jika kerap kali benda berulang..
Dapatkah menipu diri untuk tidak menilai???

Benda mungkin nampak remeh untuk diceritakan..
Tapi memang kadangkala lebih baik berdiam diri...
Memohon kepada Allah untuk memberikan sedikit lagi kekuatan..
Untuk bertahan.. Dgn kesabaran yang masih ada...

Ops.. Bila saya menjadi seorg penilai..
Rupanya saya terlupa.. Saya juga ada silapnya..
Saya juga menyumbang kepada perkara ini..
Saya selalu bising2, marah2, buat bodoh dekat pendapat org..

Kadang2 saya marah org tak datang program atau dtg kelas lambat...
Tapi bila saya pikir balik.. Dulu saya pun pernah tak dtg lecture..
Kalau bukan skrg masa sekolah dulu... Slalu usaha tak nak masuk kelas...
And then saya tanya balik diri saya...
Why are you been to judgemental to them??
Bukankah kita sama sahaja??

Bila fikir kembali mungkin smua yang saya terasa..
Adalah balasan ALLAH nak bagi untuk saya menilai diri balik..
Mungkin boleh kira berapa kali ponteng kelas? Bising dalam kelas? Tidur dalam kelas..
Di saat kita judge seseorang tu.. Kita tak sangka plak rupanya org dah judge kita dulu...

Sememangnya ALLAH lar tempat tebaik untuk mengadu...
Untuk diberi lagi kekuatan dan kesabaran yang lebih.. 
Bersyukur dengan kelebihan yang diberi..
Tapi kadang2 lemah kerana merasa kelebihan digunakan sebgy kelemahan..

Manusia memang tak lepas untuk menjadi sgt2 judgemental..
Tapi? Cuba nilai balik diri kita...
Sama ada kita yang create situation untuk kita dijudge oleh org

~Sekian~

P/s: Post sgt berbelit... Takpe tak penting pun =)
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Sunday, June 3, 2012

10 years later

Salam.

Selesai sudah EOP Paedatric menandakan habis posting untuk Paedatric for this year
*Tak tau lar kalau kena repeat... hm..

Honestly memang sgt relieve abes posting di Paed... Dan honestly jugak rasa macam tak perform well untuk EOP haritu... Tiba2 haritu tak diminati oleh baby yang diexamine.. So terasa macam sgt2 direject.. Aish..

OSCE and MCQ = No comment

Konklusi : Tak berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang paed.. Sekian..

Apa2 pun terima kasih diucapkan kpada Prof KHH yang terlampau banyak bersabar and bekerja keras untuk kami semua yang sgt lar blur... (key saya seorang je sbnrya)

Tak dilupakan juga terima kasih kepada pensyarah2 dari USM, UCSI yang sgt membantu

Paling tak dilupakan Prof WAWA dri UM yang memang sgt mencabar dan menakutkan.. Aish bleyh plak masa tu saya yang terkena.. Fobia habis... Tapi takpe seriusly kalau takde dia yang push aritu takde lar say tau sgt pasal Investigation2 t... Alhamdulillah...

Thanks gak kepada kawan2, keluarga dan smua yang terlibat secara lansung atau tidak...

Nxt posting: O&G..

Sekian,

P/s:

Setelah didatangileh seorng penceramah Medical Law haritu, hati macam slalu lagi tnya betul ke nak jadi Dr yang practice Clinician.. Ataupun bergerak ke arah lain.. Hm.. Yup.. Hidup ni banyak option tak semestinya kita kena stick dengan apa yang orang buat... Tapi planning dri awal haruslah dilakukan supaya lebih terjamin masa depan...

Mungkin kena start wat kertas kerja untuk planning dalam masa 10 tahun depan...**


 “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang engkau kehendaki) : Aku tetap melaksanakannya besok. Melainkan disertai dengan menyebut “Insya Allah” dan kenangkan Tuhanmu jika engkau terlupa dan berdoalah : Semoga Allah memberi petunjuk kepadaku ke jalan yang lebih dekat dari ini.”"
(al-Kahfi : 23-24)


Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Muhasabah.

Salam...

Pesan seorang kakak:

"Dalam kita buat ape2 kerja pun untuk dakwah ni.. ikhlaskan niat kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang kita harapkan..kita buat dakwah untuk dekatkan kita dengan Allah.. jangan buat dakwah kerana manusia.. kerana manusia tak boleh memberi ape2 pun pada kita.. =)"


Makes me think..

Am I really sincere to do everything for Him??

Astaghfirullahalazim..

"Ya Allah bantular daku dalam mencapai Ikhlas dalam membuat amalan-amalanku. Amin"
T-T

P/s: Sometimes I wish berterus terang adalah cara yang terbaik. But if it is easy as it said...T-T

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)