Thursday, January 12, 2012

KepadaMu Kekasih

Salam.. 

So smalam smbil bersembang2 ngan Fatin tetibe plak telah mengimbas kembali lagu-lagu nostalgia yang old season dulu... And dia tnya pasal lagu Kepadamu Kekasih... And Seriusly barulah rasa macam nak menghayati maksud lagu yang deeper gile.. Key menusuk hati juga..So motif post kali nie.. Saja nak share lirik lagu ni... =)



KepadaMu Kekasih

Sama2 menghayati maksud lagu ni... Erm tak nak hayati pun tak pe.. hee~

True or pure love should never contradict or compete with one’s love for Allah. It should strengthen it. That is why true love is only possible within the boundaries of what Allah has made permissible.

Only by struggling against false pleasure, can we attain true pleasure. They are by definition mutually exclusive. For that reason, the struggle against our desires is a prerequisite for the attainment of paradise. 
 
Allah says: “But as for he who feared the position of his Lord and prevented the soul from [unlawful] inclination, then indeed, Paradise will be [his] refuge.” (Qur’an, 79: 40-41)
 
Sekian =)

P.s:  Menyerang Dewan Makan Sekolah Agama Durian Guling... Untuk Food Quality Control... =).. Malas nak cite panjang... Sile rujuk blog Shimon untuk detail yang sedetailnya... lalala~


Tuesday, January 10, 2012

Kami Musafir Jalanan... =)

Salam...

So this post adalah ditujukan khas untuk Kak Kimon, Kak Aini, Kak Nity, and Kak Naja.. Sempena girls outing kami pada 2 Januari 2012... yeah!

Alhamdulillah... Firstly berterima kasih kepada Kimi yang masih menyayangi saya kerana sudi mengplan untuk menyambut Birthday saya yang lepas di Kampung Halaman Beliau di Kuala Berang (Motif?? Adekah cuba mengkenenkan saya dengan org Kuala Berang??) Dibantu oleh Kak Aini yang memang muka serius habis.. Siap bincang smua ngan ak.. Ai.. Kira nak ckp suprise Menjadi lar dearie-dearie sekalian... Huuhuu... 



 So sebenarnya kitorg pun tak sure apa motif g Kuala Berang nie??
Disebabkan Hujan yang melimpah ruah telah menglimitkan pergerakan kami untuk bersiar.. Tapi Alhamdulillah semangat untuk mengexplore Kuala Berang sgt tinggi... Kami telah pergi berjalan di sekitar bandar, Makan Jagung Rebus, Singgah masjid Kuala Berang, g pasar malam Kat Ajil and singgah sekali lagi di masjid... Maybe nampak macam leyh je wat kat sini.. Tapi seyesly... Best jugak!!! =)

Sedap sgt lar tu kan makan..hehe



4 dara pingitan =)
One of the best view... =)

Thanks kepada smua dearie yang terlibat.. Sayang korg!!

Sekian...

P/s: Kepada Cik Semut.. Finally I dah update.. Yeah... =).. Swie sbb post ni maybe terlambat sket...

P/s: Currently dah start bagi questionnaire dekat penduduk Taman Medan Jaya yang peramah and baik hati majoritinya.. huhu..Barular terasa macamana agaknya perasaan2 salesman yang datang dari satu rumah ke satu rumah.. Tapi Makcik Kami bukan Sales Man! Kami nak wat Survey je... =p... Alhamdulillah berharap sepanjang posting nie.. Smua akan berjalan lancar...

Respondent saya? eh bukan... bawah umur lar dik.. hee~

Mungkin ada salah paham yang berlaku antara kita. Tapi adat bekerja berkumpulan.. memang tak dapat nak elak terasa hati dengan beberapa pihak... Kalau kita berusaha jaga hati kita, Insya-ALLAH Allah pun tolong kita supaya org lain pun berusaha jaga hati kita... Itu secara logik akal.. 

Rasulullah telah bersabda :
Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.” (HR. Bukhari)
Sama2 berusaha improvekan diri...Saya pun.. =)

Oh terjumpa satu status yang agak menarik.. kepada pemilik status.. Mohon share =)
Buat yang menegur,
tidak salah menutur bicara,
untuk membetulkan apa yang tak kena,
tapi jangan pernah kau lupa,
... yang ditegur itu juga manusia,
punya perasaan punya rasa,
berhemahlah dan lembutlah dalam menyusun kata,
agar apa yang dikata mudah diterima,
juga supaya tiada yang terasa,
lalu menjeruk rasa bermasam muka,
mungkin juga hingga menitis airmata,
kerana pedih dan bisanya kata-kata yang menusuk jiwa.

Buat yang ditegur,
memang tak mudah nak berlapang dada,
bila ada yang memberi teguran secara tiba-tiba,
terasa sesak di jiwa,
terasa ego menyala-nyala,
terasa goyah dari zon selesa,
terasa bergoyang iman di dada,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang kau juga manusia biasa,
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa,
jadi harusnya kau gembira,
bila ada yang berani menegur kau didunia,
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat sana,
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
ukirlah senyuman dimuka,
bila ade secicip teguran yang menerpa,
kerna itu juga menjadi tanda,
diri kau masih ada yang cinta,
dan jalan untuk kau sudah dibuka,
untuk menyusur jalan yang lurus kepada-Nya.
Biiznillah.Allahu a’lam..

~dakwat.org~
Muhasabah diri... Terutama pada diri sndiri...

Sekian~~


Wednesday, January 4, 2012

Sanah Helwah..

Salam..





          Alhamdulillah...Masih diberi kesempatan untuk  menyambut hari lahir yang ke-21 pada 30 Disember 2011 yang lepas... Sgt-sgt bersyukur masih diberi nafas hingga kini, masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan dalam mencapai cita-cita dan  menerima kasih sayang daripada ibunda dan ayah tercinta, keluarga dan sahabat-sahabat tersayang.. Alhamdulillah...

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Ayat 41~ At Taubah)
           Honestly bila dah sampai umur 21 ni.. memang terasa "Eh dah 21 dah??" Dah tua lar jugak ek.. Hihi.. Entah apa lar agaknya 21 years ni digunakan sama ada lebih pada kebaikan atau keburukan... Banyak menyumbang ke atau banyak menyakitkan hati orang je Fyfa? Banyak berkhayal ke atau focus dalam mencapai kejayaan?? Ai banyak jugak kena fikir, bukan seronok2 sambut je...

          Yang paling penting lagi, peningkatan umur ni dah indicate dah nak dekat dah pertemuan dengan hari kematian... Pertemuan dengan hari pertimbangan dan hari pembalasan... em entah kenapa masa nak dekat-dekat besday haritu selalu piki.. sempat tak rasanya 21 nie.. Huhu... Banyak lagi kena improve dalam amal-amal smua sbgy bekal untuk hari sana...  Insya-Allah terus berusaha Fyfa!

          Alhamdulillah lagi, sbb tahun nie birthday disambut sebanyak 3+1 kali!! Diberi sahabat dan adik-adik yang sangat baik hati dan prihatin.. (Senyum gembira..).. Dapat 3 Kek dalam 24 Hours!!! Yeah! Hehe... And untuk kali ini menyambut birthday bersama rakan-rakan usrah di sekitar universiti pada pukul 12.00 malam...  Ingat dah takde pape balik kolej.... Tapi dikejutkan dengan berturut2 suprise...(Ai Sebaik Takde Sakit Jantung tau...)


Besday Kek ditaja Oleh Kak Naja, Kak Ainy and Kak Arifah... Suprise menjadi disebabkan hujan lebat turun dengan tiba2... =)


Swie gambar tunggang terbalik.. Kek ditaja oleh Adik-adik yang cmey dan Baik hati.. Ina, Inadah and Asma..Thank you dear =)
Kek Ditaja oleyh Rakan-rakan sekelas.. Kak Zati, Kak Nadiah, Kak Aini and Kak Naja sekali lagi, Kak Faten, Kak Kimon, Kak Azza, and Kak Arifah and Kak Najla yang datang memeriahkan majlis. Dimulai dengan pesta tepung dngan roomate tercinta, Mama Mun.. =)..Owh seronok korg kan dpt kenakan org...


         
              Thank you kepada smua... Thanks kepada Keluarga yang Disayangi.. Especially kepada Abang yang tak pernah fail untuk menjadi org yang first untuk wish (Key mana aci wish sehari awal!)... And kepada kawan2 yang disayangi... Thank you so much.. Trima kasih jugak kepada semua yang sudi belanja kek, Big apple, makanan (Adakh cubaan menembamkan Fyfa yang sedia tembam ni...??)  And smua yang beri adiah.. Special dedicated to Kak Nadiah sbb bagi purse yang anggun...(Erk...)

Belyh tak tetap nak wat wishlist jugak leyh?? Hehe..

Yang pertama, SAmsung Galaxy S2...Saya nak Yang Pink.. Saya nak Yang pink...
Patung Angry Bird yang paling Besar skali!!
And Seyesly teringin sgt nak makan Sphagetti... Sgt2.... Sgt.. Balik rumah ni trus wat.. huhu

ERM................
Key Saya Nak kedai BUku ni skrg!!! (eh Fyfa ingat ade anak dato nak sponsor ke??)
              Key dah melalut dah nie... Em takpe lar hadiah ni smua tak penting pun masa besday.. Apa yang penting doa dari smua supaya saya dapat menjadi seorang Hamba ALLAH yang baik, Umat yang Baik, Anak yang Baik, Student yang Cemerlang, Kakak dan Adik yang Comel, Sahabat yang baik hati kepada kawan2 dan Isteri yang Solehah kelak (Eerk~~Lambat lagi kot..)

              Saya tak selalu ada azam tahun baru tapi selalu ada azam untuk umur baru.. Insya-ALLAH untuk kali ini.. Azam tak banyak hanya mengulang azam2 terdahulu yang bnyak tak tercapai lagi...Erm.. Ade lar kot tambah satu... hm... Doakn azam ni tercapay dalam umur 21 ni! Yeah!


Banyak sangat membebel ni... Skian...

P/s: Sacrifice your own pleasure, for Allah pleasure.. (Harus tgok.. =)


Thursday, December 29, 2011

Tanggungjawab....

Salam...

Quick update.. Kena cepat2..Ade keja nak wat. (Taip laju2)

Tipu Je.... =p


Key truskan bebelan....

Post kali ini mungkin ingin membincangkan sambil memberi teguran kepada diri sendiri terutamanya serta rakan-rakan yang lain... No hard feelings key...

Tanggungjawab yang ingin saya tekankan adalah tanggungjawab sbgy seorang STUDENT...




Yup mungkin kita yang bergelar student dalam kehidupan seharian ni tak sedar pun kadang-kadang yang kita memegang tanggungjawab yang besar... Pergi kelas, Balik kelas, Ambil Exam, Enjoy... Mostly rasa student life macam tu.... Bila abes belajar baru lar tanggungjawab jadi besar.... Kerja, Kahwin lagi....

It is not as easy macam tu okey??

If kita btul2 hayati Tanggungjawab kita sbgy Student banyak sbnrnya tanggungjawab kita.. Ingat tak janji-janji yang kita sain dekat Perjanjian Pelajar sbelum masuk U...


  1. Belajar bersungguh-sungguh.... 
  2. Akan menghadiri setiap kuliah yang diberi.. Dalam sepanjang masa..and bla..bla..bla..bla...




But basically kita dah berjanji menjalankan tanggungjawab kita sebgy student dgn bersungguh-sungguh... Dtg smua kelas, Datng awal ke Kelas, Bertanggungjawab dngan Assignment masing-masing, Memastikan kita mendapt result cemerlang setiap Sem atau Year...Btul ke tak??

So agak-agak kalau kita datang lambat ke kelas tu...Dapat dosa tak???

Agak-agak lagi, kalau kita sesuka hati ponteng kelas tu.. dapat dosa tak???

And lagi agak-agak Kalau kita lambat hantar Assignment tu.. saham dosa bertambah tak??

Kalau kita tak dpt result cemerlang, sbb kita selalu lalala~... Dpt lagi tak dosa tu???

Pernah tak kita terpiki macam ni agak-agaknya.. tu baru dosa kita melanggar tanggungjawab sbgy student, tak campur lagi dosa yang kita dpt bila lecturer terasa hati dengan kita, kawan-kawan kena marah sbb kita, and lain-lain lagi...




Dah lar Kehidupan kita ni dah banyak dah kita penuhi ngan dosa-dosa kecil yang lain.. Plus lagi dosa2 yang kite carry free2 je bila jadi student.. Agak-agak amal ibadat kita cukup ke nak cover smua tu???

" Alar rilek lar.. Kalau tak langgar peraturan, kalau tak jahat sket, tak best lar jadi student"

Yup nampak macam remeh.. Tapi takut-takut kita dah terleka sgt.. Smpy nanti kat akhirat kita pun terkejut tgok ALLAH tunjukkan smua kesalahan-kesalahan kita tu barular nak terasa buku catitan amal kiri tu lagi berat dri kanan.... Takut benda yang menyumbang pada dosa tu kita dah tak tau dah yang mana satu...Sebb tu selamba dek je redah....


"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (Al-Kahfi 18:49)

Umur Kita ni tak semestinya smpy ke tua.. So apalah salahnya try hidup bersungguh-sungguh selagi ALLAH bagi masa untuk kita bernafas ni?? Takut tak sempat nak bertaubat... Esok gak dipanggil olehNya

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)," (Al Insyirah 7:94)




(Dush...dush..Dush.. Terkena kat diri sendiri)


"It is so easy to give up half way, but it is soooo not a muslim's trait."

So marilah sama-sama kita mengajak rakan-rakan dan diri sendiri supaya lebih menghayati tanggungjawab sbgy seorng STUDENT dan sama-sama menuju ke arah kebaikan... Mungkin manfaatkan lagi STUDENT life ni dengan mencari pahala sebanyak mungkin...

"Jangan Mengejar cita-cita, Kejar makna, pasal cita-cita pandangan manusia, Makna pandangan ALLAH, So bila kita mengejar Allah kejar akhirat,  dunia sure dpat,  tetapi kalau kita kejar dunia maybe kita tertinggal akhirat " ~ Prof Muhaya


Key Sekian...



(Bnyak membebel ke??)

=)

Sunday, December 25, 2011

Blood Donation...

Salam..

Eh update lagi? Bukan baru update ke??

Em saya tengah free lar skrg... So saya rasa macam nak update banyak-banyak.. Nanti kalau dah bz abeslar bersawang balik blog ni.. So sesiapa yang sudi membaca silakan... =)

So pada 24 Disember 2012, di bawah arahan Siti Nur Izzati Bakhir dan penolongnya Wan Sarimi, telah berlangsung Program Derma Darah di bawah PERMATA bertempat di PTB  yang kat sebelah MYDIN tu.. (malas nak taip pnjang crik sendiri lar)..

.
(Erk.. Nak wat report ke ni?)
Key fine, (informal balik).. Alhamdulillah program berjalan lancar., ditemani cuaca mendung angin sepoi-sepoi bahasa...And Pihak hospital yang sporting2, plus ajk-ajk program and kesihatan yang memang sporting and best gile... So memang terhibur lar hati yang kesepian ni (Erk~~)


And trima kasih juga kepada insan-insan yang sudi menderma darah dan berniat untuk menderma darah... Alhamdulillah target 30 org berjaya dicapai.. Malah smpy 38 lagi.. plus 15 org yang tak layak menderma.. However 53 org sudi untuk menderma darah.. Yeah! Tahniah pada yang berjaya... Yang tak berjaya jangan risau.. Lepas ni try lagi...

Pengarah Program pun derma jugak =)

Even saya pun tak dapat menderma darah full bag.. Disebabkan sedikit kesalahan yang berlaku ketika mencucuk jarum (Ouch!) so saya tak dapat meneruskannya... (Key seriusly Frust).. Tapi dpt gak title sbgy penderma.. hehe..




Ops lupa nak mention, setinggi2 tahniah pada Mama Mun... . I'm proud of you roomate.. =)


"The measure of a life, is not its duration, but its donation"
Satu lagi pengalaman yang tak dapt dilupakan.. Bila kena bagi flyers dkt org ramai untuk promote pasal program ni... Bersama dngan Faten Hamimah kejar-kejar org kat parking lot.. Hihi.. First time jugak lar wat macamni.... Tapi sekejap je.. Lepas tu saya lari tglkan Fatin sorg yang truskan misi.. =)..Bersama Kak Ari, Najwa, Aisyah and adik2 yang lain... Hello muka kitorg komersial okey.. =p

Honestly most people memang lebih berminat lar nak wat pemeriksaan kesihatan percuma dari Derma Darah... Blood Glucose, Blood Pressure, BMI, Check Blood Type.. Sbb tu kalau bago flyers kat org kena ckp ngan diorang ade pemeriksaan kesihatan.. Sbb kalau ckp derma darah.. Mesti Lari!!!

Anyway good job to everybody... Kepada AJK2 PROGRAM especially.... and smua yang terlibat.. Lepas ni wat lar program derma darah lagi...  Tapi lepas 3 Bulan lar.... Sbb para penderma darah hanya bleyh menderma 3 Bulan skali... (Fakta penting ni... catit2)





Hm... Sekian....

P/s: Saya darah B+... What's yours?? =)

P/s: Terima kasih lar kepada Baby yang sgt peramah dan suka pada saya tu.. Sepanjang hari ditemani bau Baby yang melekat kat tudung.. huhu...Sebaik cmey.. =p

Friday, December 23, 2011

Mirror mirror...

Salam...

Sebelum start menulis...Nak bukak lagu Penakut sbgay theme song... (Smua sila bukak skrg. swie tak disediakan link di sini)

 Rasulullah bersabda:
" Seseorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya. (Riwayat Al-Bukhari)

Baru-baru ni saya banyak bertanya pada diri sendiri

"Adakah saya ni seorang kawan yang baik???..  Menjadi seorang Kawan yang mampu menegur kesalahan sahabat sendiri??..Menjadi seorang  Kawan yang sudi menegur walaupun pahit...???"

Mampu ke? Honestly sejak dari dulu lagi, saya bukanlar seorang yang pandai menegur ataupun menegaskan sesuatu kepada sesiapa pun.. Cuma certain2 time tu.. Bila temperature dah naik sgt.. baru lar tend nak marah2... But then still serba salah...

Saya Marah pun still cmey je... lalala~

Ops.. But still saya rasa keperluan untuk menegur tu adalah sesuatu yang harus.. Kalau tak smpay bila kita nak jadi pemerhati kesalahan-kesalahan kawan-kawan kita... Jika btul istilah Best Friend yang kita selalu Nilai balik diri kita sejauh mana kita btul2 jadi the most best (grammar error) friend kepada beliau dengan menegur mereka jika ade kesalahan yang kita rasa tak kena je...


And saya masih lagi blum jadi sahabat yang baik untuk menegur dengan trus terang lagi...

Em maybe saya masih mencari bagaimana agaknya cara menegur yang paling sesuai untuk digunakan? Cara menegur dengan berhemah. Secara lumrahnya, manusia memang akan tidak suka dengan teguran.. bagi lar secara baik macamana pun.. Tapi depends jugak pada pemikiran seseorang untuk mengambil masa yang berapa lama untuk menerima secara terbuka sesuatu teguran itu..

Kadang-kadang ada orang gunakan status Facebook ataupun menulis di blog untuk membuat teguran ataupun untuk memerli dengan harapan orang yang dituju membaca status tersebut dan terasa...


Entah lar.. Saya masih merasa yang cara begini mengenangkan beberapa peristiwa yang banyak membawa kepada pertelagahan sahaja sebelum ni.. walaupun nampak macam hanya menggunakan kata-kata yang ditaip dekat FB? BLOG.. Tapi secara honestly org yang membaca maybe tak tau tone yang kita nak ucapkan.. Maybe kita memang nak menegur secara baik, tapi disalah tafsirkan. Apatah lagi yang membaca bukan seorang dua.. malah WORLDWIDE.. bayangkan berapa versi cerita yang mungkin smpay...



Berharap supaya orang bleyh sedar bila dia baca status kita kat FB.. Tapi malangnya.. Potensi untuk mengundang kepada pemikiran " Ek eleh dia ingat dia bagus sgt ke??" adalah sgt tinggi...Daripada niat untuk membetulkan aibnya, kita seperti memampangkan balik aib beliau di situ.

Honestly kalau saya yang terkena saya  pun rasa yang sama...

" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.." ~ (Surah al-Nahl 16:125)


So kita berusaha untuk trus mancari cara yang berhemah untuk menegur, dan memberanikan diri untuk menegur... Kita maybe tak dapat nak mengelak orang terasa dengan kita bila kita menegur.. But then kita maybe dapat reducekan perasaan terasa mereka kepada kita.


Terjumpa dekat page org.. Nice share =)
Any idea bagaimana cara berhemah untuk menegur kesalahan orang lain???


P/s: Officially saya telah pun berpindah ke Kluang, Johor.. Selamat tinggal org Pahang.. Em saya tak sempat balik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jiran-jiran dan penduduk Ladang Sungai Mai yang banyak berjasa kepada keluarga saya seblum ini... Kepada mak and abah pun sorry sbb tak dapat tolong kemas2 barang dekat rumah baru... Alissa, Abdah.. and Abang... Sila rajin-rajinkan diri...Hehe.. Sedeyh tak dpt tgok rumah baru lagi... T__T




P/s: Dah habis ke lagu Penakut tadi??? (motif??)







Friday, December 2, 2011

Post khas untuk....

Salam..

Key saya ingin Tujukan Lagu di Bawah kepada....

Seseorang Yang Special......

Siapakah?????

Huhu...

Key ar terus terang je...

Khas kepada

KAK SYAMIMI NADIAH A WAHAB....(Key sila tepuk tangan skrg)

=)


Patah Seribu - Shila Amzah

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah

~Sekian~

Perhatian: Lagu ini ditujukan Khas kepada Kak Nadiah sahaja.. Pada yang tak disebut tak yah nak perasan2 lagu nie untuk beliau ke apa ke... KEy Sekian...

P.s: Kak Nadiah okey tak??hehe....(Sila Terharu okey)