Sunday, August 28, 2011

Mood: Nak raya!

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin!

Di sini..Saya Asywirah Afifah Binti Amir...
Ingin meminta maaf kepada smua sahabat andai...
Kepada lecturer-lecturer.... Saudara mara...
Orang sekeliling yang secara tidak langsung atau secara langsung berkaitan

Jika ade silap dan salah...
Tak kira lar sekecil-kecil mana pun...
Atau sebesar-besar mana pun...
Harap anda smua dapt maafkan...=)

Owh nak add lagi... Saya beraya di Petaling Jaya kali ni..
Siapa yang rasa nak melwat dgn besar hatinya saya jemput..
Mari dekat! Mari dekat!
=p

Sama-sama kita menyambut Aidilfitri dgn kegembiraan.
Tanpa meninggalkan segala azam dan kebaikan yang dibentuk pada Bulan Ramadhan..
(Seyes rasa sedih sbb dah nak abes puasa..=(
Insya-ALLAH..
Smoga Aidilfitri kali ni.. Kita akan menjadi lebih baik... =)

Ikhlas dri Asywirah Afifah Amir dan suami...=)
Eh jap... Suami??? =p

Ikhlas dari Asywirah Afifah Amir dan family...
(Haji Amir bin Bahari (father), Hajah Norzehan Shamsuddin (mother)
Asyraf Aliff Amir (brother), Abdah Aliff Amir (Young brother) and last
Alissa Afifah Amir (my only sister)

~The End~

P/s: Fine abang tak dpt balik lagi... =(

Thursday, August 25, 2011

Barisan...

-Kalau kita perasan.. Banyak sgt kan Barisan yang Buat dosa tu... Nampak sgt betapa mudahnye kite untuk tergolong dalam barisan 11 ke atas tu...

- Kalau tnye konpem ar smua nak masuk barisan yang terakhir tu.. Tapi tnye balik diri kita apakah dah cukup usaha kita untuk ke barisan tu??? Ke kita nak hidup lalalala~ je...

Sekian...

P/s: Kredit to Anis Naazira... (ak post kat blog ek.. Jangan marah =) Dan kawan2 yang bersama membincangkan perkara ni smalm =)

p/S: Lila nak Kawin! Lila nak Kawin dah! (excited =p)

Monday, August 22, 2011

Kekuatan..


Salam...

         Em baru-baru ni baru tgok cite Flat 3A. Sebaik download je tak bli..Sbb macam tak takut sgt je (Eh btul ke??) Entah maybe sbb tgok ngan Abdah.. So most scene kitowg nak ulas smpy smua benda pun jadi tak thrill....Sbb tu lar lain kali kalau rasa nak seram tgok cite Hantu jangan Tgok kat Umah.. Wajib tgok dekat Wayang.. Bru rasa takut =)
         
         Tujuan post kali nie.. Bukanlar untuk mereview keseluruhan cerite Flat 3A tersebut.. Tapi untuk mengulas satu scene yang bukan sahaja ade dalam cite tu tapi dalam kebanyakan cerita seram yang lain.. Kalau sesiapa yang dah tgok bleyh flashback balik key?

Ingat tak masa part Intan Ladyana tu kena kacau sorg2 dalam bilik... Dia ade kuarkan senaskah Yasin (if saya tak silap) But instead of reading it.. Dia pluk naskah itu dengan kuat.. Smbil trus dikacau oleyh hantu-hantu tersebut...

Saya sendiri tertanya... Mengapakah dalam cerite seram sbegini.. Para pelakon yang diganggu tak pernah pun mengucapkan kalimah-kalimah ALLAH sbgy pelindung kepada diri sendiri.. Jarang sekali saya melihat ade scene melindungi diri dngan membaca ayat Al-Quran apabila berhadapan dgn gangguan-gangguan syaitan ini...

Adakah ini realiti sbnr kehidupan kita?? Bukankah yang berlakon tersebut seorang umat Islam.. Mengapa terlampau lemah smpy satu kalimat ALLAH pun tidak terucap... Di mana Al-Fatihah yang sering dibaca dalam Sembahyang?? Mana ayat-ayat tiga kul yang selalu dibaca sblum tido masa kecik-kecik dulu... Adekah kita hanya merasakan ayat-ayat itu hanya boleh dibaca untuk certain occasion sahaja smpy bila terlampau takut dgn gangguan Syaitan tak terucap kat mulut kita... Lepas tu nak tgu Ustaz, Tok Bomoh dtg baca ayat al-Quran lawan dgn Syaitan or Jin tersbut..

Typical Malay Horror Film

Buat masa ni.. Cerita Karak je yang saya tgok saya rasa macam dpt mesej yang berlandas Islam.. Bila tgok pak cik tu nasihat kan prempuan yang baca Ayat Qursi untuk yakin Allah dan baca dengan memahami maksud sekali... Masa tu macam terkena kat diri sendiri jugak.. Sbb honestly maksudnya pun saya tak berapa hafal lagi (muhasabah Fyfa..)

Bukan saya nak menafikan gangguan-gangguan tersebut ada dalam kehidupan kita..Saya akui.. Tpi filem-filem seram yang ditunjukkan bagai mempamerkan kelemahan umat Islam sendiri yang macam tak pernah tau  nak use any ayat-ayat al-Quran (walaupun surah pendek) untuk digunakan sbyg pelindung.... Even paling koman pun.. Sbut nama ALLAh... Sebb dia MAHa Pelindung lagi Maha Penyayang..

Maka Allah sebaik-sebaik pelindung dan sebaik-baik penolong." [Surah al-Hajj: Ayat 78]

Maybe org akan ckp.. "Alar tu cerita je ar..Jangan amek Serius sgt"

Cerita can symbolise your religion sedar atau tak sedar...

Pikir-pikirkan...

=)

Sekian.....

P/s: Jom sama-sama Review Maksud Surah An-Naas Jom =)

Post Mengarut lagi.. Sile Ignore..


Salam..

Seyes ni Post mengarut... So Sile jangan Bace.

Fine...

Pernah tak jadi kat korg.. Ade Best Friend Lelaki...

Tup..tup.. Pas diowg ade Makwe Diowg wat Bodo Je ngan KOwang..

Kalau dulu selalu je nak sms ar, Kol ar..

Lepas ade awek...Memang takde ar sms ke ape ke..

Bukan ar kisah sgt....

TAk kisah pun...

Tapi diowg ni bile rasa ade prob je baru crik kawan..

Bila Gado ngan awek bru ar sibuk nak tnya cmana nak pujuk ar pe ar...

Padahal Berbulan dah tak kontek tu...

Nasib baik lar ade lagi list nama kat dlm phone..

Kalau tak mesti dah lupa =p


Emm...

Okey pasni taknak kawan ngan lelaki single...

Nanti diowg ade awek saya yang terasa sndiri...

So nak kawan ngan org2 yang tak single je..

Skuwang-kuwangnya diowg jadi diri sendiri...

Honestly..=(
Sekian

Thursday, August 18, 2011

Ragam Ramadhan. =)

Salam...



          Tiba-tiba rasa macam nak post pasal Ramadhan kali nie.. Sbb macam jeles je tgok kak Zati nye post pasal Ramadhan.. =p. Alhamdulillah for this Ramadhan saya dpt berpuasa fully 30 days di rumah!! (excited) Em mana tak excited. Kat skola menegah dulu since form 3 tak pernah dah buka kat rumah sbb umah jauh nun di Johor.. Matrik plak tak terasa nak balik rumah... Kat Unisza plak 2-2 tahun memang takde officially g buka kat umah.. Hari last day je buka dngan family tu pun directly kat PJ sbb smbut raya... So.. Ni kire ganti lar puasa-puasa yang  termiss dulu and akan datang =)




So for post kali nie... Nak cite pasal Bazar Ramadhan di rumah..erk..silap berdekatan dgn rumah...

Stakat ni baru 4 kali lar jugak g melawat Bazar Ramadhan.... First Time lagi melawat Bazar di Jerantut nih!

Em honestly memang tak banyak beza pun Bazar dekat sini dengan Bazar kat Terengganu... Sbb mana-mana pun ade nasik Kerabu..Nasi lemak.. And smua yang korg rase sesuwai lar untuk dinampak di Bazar Ramadhan... Ramai org tu memang haruslar.. Sbb tu malas nak pergi tu..Nanti jumpa org sana, orang sini, kawan mak, kawan abah... merata-rata ade... =)

Perhatian ni bukan Bazar Rumah saya =P
Ni pun Bukan Bazar Dekat rumah saya..

Walaupun 4 kali.. saya telah ternampak sesuatu yang agak menarik untuk saya ulas sket harini...

             Em masa 2nd day pergi tu.. Pihak kesihatan wat pemeriksaan kat gerai-gerai di Bazar tu.. Tetibe rasa plek sbb dekat kuih-kuih yang selama ni biar terpampang je dekat atas bekas-bekas atas meja.. Harinie dicover dengan plastik lutsinar... And para peniaga pun smua wat plastik sbgy Handglove... Yayaya.. Sgt menyejukkan pemandangan... And terjamin smua lar..

            However agak menduka citakan lar... sbb bila saya melawat skali lagi Bazar Ramadhan tersebut pada 2 hari selepas itu.. Perubahan hari tu.. Telah berubah kembali kepada keadaan biasa... dah takde dah plastik-plastik nak cover-cover makanan tu... And ade makcik-makcik tu isi kuih gune tangan balik dah..And smua-smua lar...

That' what we call Ragam Ramadhan =)

Ramai org skrg berebut-rebut nak berniaga.. Nak dpt untung.. Especially di Bazar Ramadhan... kul 4 kadang-kadang dah bersiap sedia dah nak g niaga... Alhamdulillah lar sbb berniaga tu kan sunnah Nabi S.A.W... Tapi malangnya kebanyakan peniaga skrg banyak yang berpegang pada sunnah untuk berniaga tapi tak mengikuti syarat-syarat berjual beli dan panduan berniaga dalam Islam...

Di sini saya listkan lar panduan berjual beli dalam Islam:

  1. Elakkan Penipuan
    - Jauhkan diri dari mengurangkan timbangan dan hanya barangan yang bersih, suci, halal dan boleh dimanfaatkan sahaja yang patut dijual
  2. Memberi Hutang
    - Penjual yang tinggi hemanya akan mebenarka sebahagian pembeli yang kurang mampu / miskin berhutang barangannya dengan perjanjian untuk membayarnya bila kemampuan
  3. Mengurangkan Harga
    - Dilarang meninggikan harga barang sewenang-wenangnya. Untuk mengurangkan harga barangan hendaklah mengurangkan harga dengan kadar munasabah
  4. Menanggung kerugian
  5. Kelonggaran Jual Beli

  6. Key sile wat checklist skrg jugak! =)
    Saya nak focus sket pasal point 1 iaitu elakkan penipuan... Highlight Barang yang bersih, Suci dan Halal.. Bertapa besarnya tanggungjawab peniaga tu untuk memastikan Makanan yang dijual oleyh mereka bersih, suci dan halal...But sejauh mana kita tgok peniaga sekarang memainkan peranan macm tu? Kualiti makanan pun bukannya smua tapi certain-certain tu indah khabar dri rupanya. 
    Example: Pembeli beli sup daging...Penjual kata : Gerenti sedapnya bang.. Daging Lembut... And then smpy rumah makan..Daging tak lembut pun.. Yang lagi best sup je banyak daging dua ketul...=p
    Kire menipu lar tu kan??
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya."


Em maybe peniaga-peniaga skrg kena kaji dulu btul-btul syarat-syarat berniaga nie.. And then praktikkan mengikut cara Islam...  Bukan keuntungan yang menjadi ukuran tetapi keberkatan rezki yang diperolehi hasil jual beli yang sihat =)

Sekian...

Sumber: Buku Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ismail Kamus)


P/s:Saya bukan pakar Perniagaan =p..Mintak maaf kaau ade silap dan salah...

P/s: Saya suka makan Lompat Tikam masa bulan Ramadhan... Awak?? =)
Yummy =)

Monday, August 15, 2011

Cantik... =)

Salam.. =)

Post ini adalah sebagy peringatan terutama pada diri sendiri..

Dan boleh ditake note kepada sesiapa yang rasa bermanfaat kepada diri...

Tiada niat mengdirect kepada sesiapa (maklumlar..baru-baru ni ramai sgt yang terasa ngan saya)

Insya-ALLAH

      Cantik?? Semua orang pun suka kepada kecantikan... Perempuan cantik, rumah cantik, beg cantik, hanphone cantik.. Kalau bleyh smua benda pun nak cantik... Malah sekarang manusia snggup buat apa sahaja untuk cantik.. Plastic Surgery, Cucuk sana cucuk sini... See.. Betapa pentingnye kecantikan tu kepada kita.


Begitu jugalah dengan Allah, pencipta kita, tidak dapat dilihat kerana terlalu indah. =) Lihat saja ciptaan Allah dekat atas muka bumi ini, subhanallah, super indah bukan? ~ Dr Cinta Punye Blog


          Tapi kepada siapa sbnrnya kecantikan kita ditujukan? Adakah kita hendak menjadi cantik semata-mata mendapat pandangan dri manusia sahaja? Bagaimana pula kecantikan yang hendak ditunjukkan kepada ALLAH s.w.t.... Adakah kecantikan luaran semata-mata?

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya -Bapak Hamka-

Senang je nak jadi cantik di mata ALLAH.....Taati perintahNya dan jaga Akhlak masing-masing... Sbb tu masa sembahyang pun, kita pakay telekung putih je untuk mengadapNya.. Ade ALLAH suro kite beli baju mahal-mahal cantik-cantik untuk mengadapNYa? Takde.. Sbb segala kecantikan luaran yang sementara tu smua ALLAH tak pandang..Allah pandang kecantikan kat dalam.. Hati kite memainkan peranan.. =)

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).

Sbgy Muslimah, Kita beruntung, sbb kita ada satu advantage untuk kita nampak cantik.. Di mata manusia dan di mata ALLAH.. iaitu dengan bertudung..

So focus hari nie adalah mengenai menjadi cantik dngan bertudung....




Sabda Rasulullah s.a.w:


"Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Takut kan?? Alhamdulillah kerana sebahagian besar kita sudah pun bertudung pada zaman ini.... Dengan fesyen-fesyen tudung yang berlambak dekat kedai-kedai smua.. terasa nak try smua.. sbb smua pun nampak sweet and ayu..=)

Tapi ingat.. Bila kita bertudung.. Itu bukannya dah jadi lesen untuk kita untuk bukak aurat yang lain... Sbb ALLAH bukan suruh kita bertudung sahaja. Tapi tutup smua aurat yang ditetapkan oleh syariat Islam.. Kalau tgok rmy skrg yang menggunakan konsep asal tutup smua dgn kain dah bleyh pakay tudung... Tak kire lar kain tu ketat ke.. Jarang ke? Lengan pendek ke? Asalkan bertudung.. cukuplah dikira tutup aurat...

"Oi ak dah bertudung ni pun dah kira baik tau..Yang ko Poyo sgt Pehal??"

Memang, tapi ISLAM kan agama yang sempurna.. Jika kita nak tutup aurat, bertudung, kenapa kita tak lakukan dengan sempurna.... Adekah buat separuh-separuh sudah cukup untuk kita mendapat ganjaran dripadaNYA???

Kenapa bleyh kluar statement macm ni dri org ramay agak-agaknya:

"Alarh ko ingat kalau org bertudung ni baik sgt ke wei... Ko tau si X yang pky tudung tu pun pergi merempit ngan boyfriend die ke hulu ke hilir.. Baiklar aku ni yang bertudung duk rumah je ari2"
(contoh ayat)

Sbb kita sndiri yang bertudung tak menjaga akhlak-akhlak lain yang ditetapkan ISLAM... Tak pasal-pasal tudung tu plak yang dipersalahkan.. Sedangkan yang salah org yang memakainya.. Bukan tudung yang membuat dia jadi jahat..Tak pasal-pasal sbb kita yang tak jaga kualiti org bertudung nie.. org lain pun rasa takut nak pakai tudung...

Kan dah jadi Fitnah agama kat situ? Jangan sampay nanti satu hari satu dunia cop org bertudung ni smua nye jahat sudah lah? Nauzubillah...

Oleh itu sama-sama lar kite bermuhasabah diri kembali.. Tgok apa yang kita buat dan pikir apa impaknya jika kita trus stay macam ni tanpa apa-apa perubahan...

Sama-samalah berusaha untuk trus meningkatkan kualiti orang-orang yang memakai tudung dengan berusaha membaiki diri kita Insya-ALLAH...

Peringatan bersama, bertudung yang bagaimana sempurna? Jangan sampai mempersendakan agama...

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Ikhlaskan niat menutup aurat itu kerana ALLAH...Bukan kerana sbb-sbb lain yang bercanggah...


Sekian..

Inspiration and Credit to:http://dirikudrcinta.blogspot.com (serius sg best!)

P/s: Kawan-kawan Mintak maaflar post ni Huru Hara... =)

P/s: Lagi satu terkena gile post ni kat diri sendiri... Muhasabah Fyfa =)

Singgah sebentar...



Sometimes we just have to accept that people are going to stay in our hearts even when they don’t stay in our lives



P/s: And there still u that I want to talk my problem,.. Even other people come...  This is so ANNOYING, DISGUSTING and so DISTURBING!!!!!


 
P/s: Apa ko ngarut malam-malm buta ni Fyfa! =p