Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum...

Nampaknya semakin mengabaikan blog ini sambil membiarkan sawang2 membiak di dalamnya...

Em jap ek.. Nak sapu jap...

10 minute kemudian
-
-
-
-
-
-
-
-


Key siap, truskan menulis...Mungkin disebabkan kekurangan idea untuk menulis di samping semakin menghilang bakat2 untuk menulis. Saya selalu kagum melihat blogger2 yang sgt pandai menyusun kata and memang best pun setiap post2 mereka sehingga ada yang sgt terkesan dalam hati. And disebabkan terlalu khusyuk dan terlalu seronok membaca blog org lain jadi terabai sbntar blog ini..

Key start membebel dah,.

Sebelum pape saya masih harap kan saya masih tak lambat untuk mengucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL_MUBARAK!!



*Key tahu harini dah puasa ke-5. Sorry terlambat..

Alhamdulillah diberi lagi peluang oleh Allah untuk berada dalam bulan yang penuh dengan Barakah ini. So marilah sama2 memanfaatkan bulan ini dngan menganjurkan pesta ibadah beramai2 dan berlumba berebut ganjaran pahala yang disediakan =)

Smoga trus istiqamah =)


Dan Alhamdulillah juga kerana sekali lagi diberi peluang untuk berpuasa di rumah bersama Keluarga. Tapi dah beberapa hari duduk rumah ni dugaan jugak sbb dekat rumah sifat malas bertambah2... Sesal dngan diri sendiri kadang2 melihat banyak sgt masa habis tanpa2 apa2 manfaat.. Susahnya nak istiqamah...=(

Takpe Fyfa usaha perlu diteruskan.

Tertarik dengan status seorg sahabat di FB


"Tertanya-tanya.
Kalaulah Bulan Ramdhan tiada ganjaran pahala.
Masihkah masjid, surau dipenuhi jemaah?"


Hm ringkas tapi maksud yang mendalam (bagi saya lar)

Secara honestlynya kadang2 fenomena masyarakat kita memang macam ni.. Bila time Ramadhan baru nak buat benda2 yang baik.. Baru nak start g solat jemaah tiap2 waktu, sentiasa baca al-quran pada waktu senggang, bersedekah and lain2 lagi... Tapi lepas Ramadhan.. Trus tak buat... Macam pahala dah takde je kalau buat hari2 selain bulan Ramadhan...

Bukanlah saya bermaksud tidak boleh berbuat atau budget baik masa Ramadhan...

Tapi cuma terpikir kenapa susah sgt untuk kita melakukan perkara yang sama seperti di bulan2 yang lain.. Bulan Ramadhan still 30 Hari, 24 Jam, 60 Minit. Sama nothing yang lain. Tapi bila habis je Ramadhan memang ada yang tinggalkan segala ibadah yang dibuat..

Mungkin sbb mood kot? Smangat Ramadhan? Ataupun segan sbb orang lain smua buat baik.. So kita pun kena buat baik...

Saya suka mendengar dan membaca ayat2 yang sering dipost di FB dan Twitter


"Jangan Jadi Hamba Ramadhan Tapi Jadilah Hamba Allah s.w.t"


Bulan Ramadhan mungkin adalah bulan yang sgt sesuwai dijadikan platform untuk kita memulakan perubahan di samping meningkatkan amalan kepadaNYA. Tapi apabila habis bulan ini jangan jadikan hari2 sterusnya  sbgy perhentian rehat pula untuk kita daripada meneruskan ibadah2 tersebut... Teruslah istiqamah. Dan berusaha melakukan ibadah kepadaNYA sama atau mungkin lebih daripada bulan Ramadahan tahun ni,...

Takkan nak tunggu Ramadhan tahun depan baru nak start balik kan???

Lagipun ALLAH tak suruh kita melakukan ibadah dan berbuat baik masa Ramadhan je.. ALLAH suruh buat sepanjang masa... Cuma ALLAH ckp ganjaran pahala masa Ramadhan lebih besar dri hari2 sebelumnya..

Tapi cukup ke nak bawak masuk syurga nanti ganjaran pahala yang kita kutip masa bulan RAMADHAN je?????

Tepuk dada tnya iman...


Istiqamah memang payah, tapi not impossible kan??

Jom sama2 usaha! =)

~Sekian

Assalamualaikum...

P.s: OnG posting examination????Erk... No comment.. (Jalan slow2 berlalu pergi)

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Wednesday, July 11, 2012

Obstestrics and Gynaecology..

Salam..

Nampaknya semakin mengabaikan blog yang dicintai ni.. Smpy Spain dah menang EURO dah pun... tak update2 jugak... Posting O&;G pun dah nak abes dah pun... lalalala~ Adakah semakin kurang kepakaran untuk menaip??




So untuk post kali ini hanyalah untuk bercerita secara briefly mengenai posting OnG yang sangat2 dramatic and penuh dngan suka ria. (Key tipu.. mana ada suka ria...)

First of all... kalau ckp pasal O&G posting nie konpem lar nak ckp pasal pengalaman di labour room... Hello of kosie lar.. kalau tak pernah masuk labour room baik tak yah masuk OnG posting kan? =p

So melihat, para ibu2 yang sgt kental dalam usaha melahirkan anak masing2 adalah sgt mengharukan... Sakit??Saya tak pernah rasa (of koslar)  tapi melihat patient2 yang mengalaminya saya rasa pain score adalar dalm 10/10.. Mungkin lebih.. And lebih mengagumkan melihat mechanism of labour yang sgt2 incredible.. Subhanallah.. Allah dah buat mechanism yang hebat skli untuk bayi2 internal rotate, external rotate...Subhanallah.

Tapi btullarkan kalau tgok ibu2 ini lepas dah delivered and denga baby nangis.. Tgok macam dah takde dah sgt skit.. Tibe2 jadi org yang sgt kuat balik... (Sgt mengharukan okey..) And lebih best lagi tgok Baby2 yang sgt2 COmey!!!!

Teringat pengalaman pertama masa jadi penyokong kepada ibu2 untuk meneran.. Mula2 takut2 je nak jerit.. Tapi makin lama suara pun makin kuat smpy nurse pun tegur.. Hee~~ Tapi saya rasa takpe kot.. Sbb saya rasa kalau saya dalam labour pun nanti saya rasa macam nak smua org sokong dngan penuh smangat skali.. Kalau nak bawak pom pom macam hari sukan pun takpe... Barular dtg kekuatan tu (.Statement ini serius... Tak main2)


Other than that, dapat belajar disease2 yang sgt banyak terexpose kepada wanita-wanita seluruh dunia yang sgt complex ini.. Yup wanita memang complex. But disebabkan sifat complex itular yang membuatkan wanita2 spesel.. ye ke tak??Hee~

Ops dah melalut...

Em nak cite ape lagi ye?? Rasanya dah briefly dah nie.. So abes lar.. =)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:


Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:
 Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. 

Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya.

Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya.

Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

Ha sblum tu nak ingatkan kepada smua bahawa perngorbanan ibu yang melahirkan kita ni memang sgt besar.. So Seriusly kalau korg masih ada alasan lagi untuk nak melawan atau menderhaka kepada ibu tercinta.. Seriusly anda sudah melakukan KESILAPAN BESAR!! And kepada bakal2 ibu sekalian, tugas anda bukan untuk melahirkan anak sahaja tapi haruslah bertanggungjawab dalam mencorak anak2 supaya menjadi anak2 soleh ataupun solehah =)


P/s:

Selamat berjaya diucapkan kepada 3-3 Batch MBBS UnisZA yang akan mengambil peperiksaan pada minggu hadapan... Kepada:

  1.  1st Year EOS
  2. 2nd Year Pro Exam
  3. 3rd year EOP
                   Wah meriah exam kali ini... Apa2 pun teruskan usaha dan never give up... Ingat Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal... Insya-ALLAH. Smoga ALLAH memudahkan perjalanan peperiksaan kali ini dan memberi kejayaan kepada smua. Amin... 


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari punca yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan melaksanakan urusan (yang dikehendaki olehNYA). Sesungguhnya Dia telah mengadakan KETENTUAN bagi tiap-tiap sesuatu..." (At-Thalaq 2-3)

And saya supposely harus study gile2 jugak tapi masih takde mood untuk study.. Hey kak afy.. OnG kali ni susah tau tak!! okey study skrg jugak!

Sekian~~

Assalamualaikum

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Sunday, June 24, 2012

Euro! Euro!

Salam


Euro! Euro! Euro!!
Eh musim Euro rupanya.. Berkobar2 semangat pemuda-pemuda yang minat bola.. Semua pun ada pasukan masing2 yang menjadi pilihan.. Semua pun dah get ready nak stay up midnight memandangkan smua game pun byk berlangsung masa awl pagi.. Ada jgak yg asyik beli air asam jawa kononnya nak jaga suara sbb tiap2 malam nak hersorak kuat untuk pasukan masing2 (eh ada ke???) lalala~

So what's your favourite team??



Saya?? Em tak layan Euro ni selalu layan Fifa je.. Tapi sbb German ada kat Euro kira sokong German gak lar.. em..Ozil! Ozil! eh silap German! German! German!

Ops post kali ini bkanlar untuk nmenjadi pengulas yg tegar untuk setiap perlawanan yang berlangsung di musik Euro ini.. (memandangkan memang tak pernah tgok langsung pun.) Tapi adalah untuk meluahkan sedikit rasa kekaguman kepada para pmuda2 yang sgt bersemangat jitu dlm Musim Euro ini.. =)



Saya kagum melihat para pemuda yang sggup herjaga malam melihat aksi2 pemain bola kegemaran dan menyokong pasukan yang diminati.. Ada yang boleh tidur dulu dan bangun pukul 2.45 pagi dengan semangat untuk mensegar bugarkan diri dmi melihat perlawanan tersebut.
Dengan kekaguman ini saya berharap supaya para pemuda juga mempunyai semangat sebegini untuk bangun menunaikan solat malam di hening pagi. Keadaan telah membuktikan anda boleh melakuknnya. Kalau boleh bangun malam untuk tgok bola tak mustahil boleh jadi penggerak untuk anda bangun menunaikan solat malam setiap hari bukan?? Apatah lagi ganjaran solat malam lebih besar di samping dpt bersama dengan kekasih abadi Allah s.w.t.
Kredit to Lensa Daie

Saya juga kagum melihat para pemuda yg tegar melontarkan suara dngan penuh smangat sekali untuk menyokong pasukan bola masing2. Ada yang smpy satu rumah pun boleh terjaga dri tidur sbb dengar sorakan dia. 

Dengan kekaguman ini jugalah saya berharap agar suara2 yang digunakan ini dapat juga digunakan untuk melontarkan azan dan iqamat di surau ataupun masjid. Diharapjuga suara2 ini dapat digunakan untuk menjadi suara imam ataupun mengetuai bacaan Al-Quran. Keadaan membuktikan anda boleh melakukannya. Jika berani melontarkan suara untuk menyokong bola mestilah berani untuk menyeru umat Islam ke arah kebenaran bukan??


Saya juga kagum dengan keakraban dan persahabatan yang sgt mudah terjalin antara penyokng2 bola ketika bersama2 menyokong pasukan masing2. Lagi2 sokong sama group kqn walaupun baru 2 jam kenal tapi sembangnya macam 2-3 thun kenal.

Dengan kekaguman ini jugalar saya berasa yakin dngan berada dalam agama Islam yang sama para pemuda akan lebih mudah mengeratkan ukhuwah di smping menyebarkan ilmu-ilmu Islam dan berkongsi pandangan masing2 mengenai isu2 semasa. Sekali lagi keadaan membuktikan anda boleh melakukannya. Mana tau masa half time game leyh sembang2 pasal Pilihan Raya Mesir ke??

Saya berasa sgt yakin para pemuda skrg mempunyai kekuatan mereka masing2 dalam menyebarkan dan menyampaikan Islam. Dengan kekuatan ini lar harus digunakan supaya kita dapat mencapai Ustaziyatul Alam kelak.. Saya yakin smua pemuda mempunyai kekuatan ini.. Tinggal harus digilap dan diarahkan untuk Islam sahaja..InsyaALLAH




Jadi ayuh SYABAB!!!! Kekuatanmu diperlukan untuk perjuangan ini!!!!

Sekian~~
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Thursday, June 14, 2012

People are being Judgemental..

Salam....

Maafkan saya jika banyak menilai..
Tapi saya juga manusia biasa... Jika kerap kali benda berulang..
Dapatkah menipu diri untuk tidak menilai???

Benda mungkin nampak remeh untuk diceritakan..
Tapi memang kadangkala lebih baik berdiam diri...
Memohon kepada Allah untuk memberikan sedikit lagi kekuatan..
Untuk bertahan.. Dgn kesabaran yang masih ada...

Ops.. Bila saya menjadi seorg penilai..
Rupanya saya terlupa.. Saya juga ada silapnya..
Saya juga menyumbang kepada perkara ini..
Saya selalu bising2, marah2, buat bodoh dekat pendapat org..

Kadang2 saya marah org tak datang program atau dtg kelas lambat...
Tapi bila saya pikir balik.. Dulu saya pun pernah tak dtg lecture..
Kalau bukan skrg masa sekolah dulu... Slalu usaha tak nak masuk kelas...
And then saya tanya balik diri saya...
Why are you been to judgemental to them??
Bukankah kita sama sahaja??

Bila fikir kembali mungkin smua yang saya terasa..
Adalah balasan ALLAH nak bagi untuk saya menilai diri balik..
Mungkin boleh kira berapa kali ponteng kelas? Bising dalam kelas? Tidur dalam kelas..
Di saat kita judge seseorang tu.. Kita tak sangka plak rupanya org dah judge kita dulu...

Sememangnya ALLAH lar tempat tebaik untuk mengadu...
Untuk diberi lagi kekuatan dan kesabaran yang lebih.. 
Bersyukur dengan kelebihan yang diberi..
Tapi kadang2 lemah kerana merasa kelebihan digunakan sebgy kelemahan..

Manusia memang tak lepas untuk menjadi sgt2 judgemental..
Tapi? Cuba nilai balik diri kita...
Sama ada kita yang create situation untuk kita dijudge oleh org

~Sekian~

P/s: Post sgt berbelit... Takpe tak penting pun =)
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Sunday, June 3, 2012

10 years later

Salam.

Selesai sudah EOP Paedatric menandakan habis posting untuk Paedatric for this year
*Tak tau lar kalau kena repeat... hm..

Honestly memang sgt relieve abes posting di Paed... Dan honestly jugak rasa macam tak perform well untuk EOP haritu... Tiba2 haritu tak diminati oleh baby yang diexamine.. So terasa macam sgt2 direject.. Aish..

OSCE and MCQ = No comment

Konklusi : Tak berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang paed.. Sekian..

Apa2 pun terima kasih diucapkan kpada Prof KHH yang terlampau banyak bersabar and bekerja keras untuk kami semua yang sgt lar blur... (key saya seorang je sbnrya)

Tak dilupakan juga terima kasih kepada pensyarah2 dari USM, UCSI yang sgt membantu

Paling tak dilupakan Prof WAWA dri UM yang memang sgt mencabar dan menakutkan.. Aish bleyh plak masa tu saya yang terkena.. Fobia habis... Tapi takpe seriusly kalau takde dia yang push aritu takde lar say tau sgt pasal Investigation2 t... Alhamdulillah...

Thanks gak kepada kawan2, keluarga dan smua yang terlibat secara lansung atau tidak...

Nxt posting: O&G..

Sekian,

P/s:

Setelah didatangileh seorng penceramah Medical Law haritu, hati macam slalu lagi tnya betul ke nak jadi Dr yang practice Clinician.. Ataupun bergerak ke arah lain.. Hm.. Yup.. Hidup ni banyak option tak semestinya kita kena stick dengan apa yang orang buat... Tapi planning dri awal haruslah dilakukan supaya lebih terjamin masa depan...

Mungkin kena start wat kertas kerja untuk planning dalam masa 10 tahun depan...**


 “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang engkau kehendaki) : Aku tetap melaksanakannya besok. Melainkan disertai dengan menyebut “Insya Allah” dan kenangkan Tuhanmu jika engkau terlupa dan berdoalah : Semoga Allah memberi petunjuk kepadaku ke jalan yang lebih dekat dari ini.”"
(al-Kahfi : 23-24)


Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Muhasabah.

Salam...

Pesan seorang kakak:

"Dalam kita buat ape2 kerja pun untuk dakwah ni.. ikhlaskan niat kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang kita harapkan..kita buat dakwah untuk dekatkan kita dengan Allah.. jangan buat dakwah kerana manusia.. kerana manusia tak boleh memberi ape2 pun pada kita.. =)"


Makes me think..

Am I really sincere to do everything for Him??

Astaghfirullahalazim..

"Ya Allah bantular daku dalam mencapai Ikhlas dalam membuat amalan-amalanku. Amin"
T-T

P/s: Sometimes I wish berterus terang adalah cara yang terbaik. But if it is easy as it said...T-T

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

Friday, May 25, 2012

Sejauh mana kita yakin??

Assalamualaikum..

Quick post untuk kali ni memandangkan blog macam dah start nak bersawang nie.. ..

Sejauh mana kita yakin???

Yakin? Yakin apa? Yakin untuk lulus Paedatric Posting mgu dpan? Yakin untuk berjaya grad tahun 2014 nanti? Yakin akan mempunyai seorang suami yang baik hati dan penyayang (Key dah start gatai...Dush2!)

*macam tak yakin je.

Bukan keyakinan itu yang saya nak ceritakan..  Tapi ingin bercerita mengenai Sejauh mana Keyakinan kita kepada ALLAH??

Sejauh mana agaknya keyakinan kita kepada JANJI ALLAH???

Sejauh mana agaknya keyakinan kita kepada LARANGAN ALLAH???

Sejauh mana agaknya keyakinan kita kepada SURUHAN ALLAH??

Adakah kita berjaya meletakkan keyakinan kita sepenuhnya kepadaNYA??

Mungkin mudah untuk menzahirkan keyakinan melalui perkataan... Tapi secara hakikatnya? Berapa agaknya amal dan gaya hidup yang menunjukkan kita ragu2 kepadaNYA.

Berkongsi sedikit tentang statement seorang sahabat ketika perbincangan mengenai jodoh perkahwinan...

                       "Kita tahu yang ALLAH tak bagi kita bercinta sebelum kahwin.. Tapi kita skrg risau kalau kita tak de pakwe atau takde calon lagi.. So masa ni lar nak guna alasan nak berkenalan and kena carik jugak sbb nanti takut tak kahwin.. Sedangkan bukankah ALLAH dah berjanji

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(Surah an-Nur ayat ke 26)

But kita still tak yakin kepada janji ALLAH sbb tu kita rasa macam tak laku, takut nanti tak kahwin kalau takde pakwe skrg... So btul ke kita btul2 yakin padaNYA?????"




*Ayat takde lar skema sngat macam ni tapi lebih kurang lar.. =)

*DUSH2..Sentap hati den ni ha...

Bukan sahaja dari segi jodoh dan perkahwinan.. Tapi banyak lagi perkara yang kita sntiasa melakukan sbb kita tak yakin padaNYA... Sbb macm pelik kalau kita tak buat..   Em contohnya?

Erk.. Blur..Blank...

Key contohnya if kita rasa macam kita tak cantik, tak pandai, tak kaya.. So kita pun start merungut kata kenapa lar jadi macam ni.. Untung lar org cantik tu... Sedangkan ALLAH dah state dah dekat akhirat nanti dia tak tgok pun rupa kita ni cantik ke? Kaya ke? Dia tgok amalan2 kita kepadaNYA je.. But still kalau kita tak secantik sesiapa kita still mengeluh sbb pandangan manusia tu lebih meyakinkan kita berbanding pandanganNYA...So sejauh mana agaknya kita YAKIN padaNYa????

*DUSH2..Sentap lagi hati den ni ha... Sbb memang sgt suka merungut...

Jadi sentiasalar mengingatkan diri sendiri tentang keyakinan kepada ALLAH?? Sejauh mana aku yakin yang apa yang ditetapkan ALLAH adalah yang terbaik untuk aku? Sejauh mana aku yakin ALLAH akan memberi ganjaran juga kepada stiap apa yang ditetapkan...



"Orang yang benar-benar yakin dengan Allah, hidupnya hanya untuk Allah. Justeru apa yang dilakukan akan dilakukan dengan sungguh-sungguh dan sebaik mungkin kerana ia di lakukan untuk Allah, harus bagi yang terbaik dan bukannya untuk dirinya atau manusia lain." ~link

Yakin Pada ALLAh bukanlah mengharap termakbul segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredaan pada ketentuanNYA, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, air mata yang menitis terasa bernilai buat API Neraka, Indahnya tarbiah Allah, tersiram Rahmat dan Hikmah, Diuji kita sbgy tanda sayangNYA ~AA

~Dan saya berharap sahabat2 disisi sentiasa bersama dan mengingatkan saya jika ada kesalahan yang dilakukan.. Saya pun sentiasa melakukan kesalahan yang kadang2 tak diperasan diri sendiri..

Sekian... Quick post kan???

P/s: Saya mencuba.. Saya ingin meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada ALLAH...InsyaALLAH. Mungkin bukan sepenuhnya lagi tapi tetap akan berusaha...

"Bukan tak bagi kak Afy, cuma tak nak ko sedih nanti"
(Ayat seorang sahabat)

*Terharu nangis tersedu sedan...

P/s: Minggu depan exam EOP Paedatric.. Doakan kami smua berjaya.. Insya-ALLAH.. kepada rakan2 Medical.. Chaiyok!... Insya-ALLAh smua akn berjaya.. Amin...

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)