Monday, August 15, 2011

Cantik... =)

Salam.. =)

Post ini adalah sebagy peringatan terutama pada diri sendiri..

Dan boleh ditake note kepada sesiapa yang rasa bermanfaat kepada diri...

Tiada niat mengdirect kepada sesiapa (maklumlar..baru-baru ni ramai sgt yang terasa ngan saya)

Insya-ALLAH

      Cantik?? Semua orang pun suka kepada kecantikan... Perempuan cantik, rumah cantik, beg cantik, hanphone cantik.. Kalau bleyh smua benda pun nak cantik... Malah sekarang manusia snggup buat apa sahaja untuk cantik.. Plastic Surgery, Cucuk sana cucuk sini... See.. Betapa pentingnye kecantikan tu kepada kita.


Begitu jugalah dengan Allah, pencipta kita, tidak dapat dilihat kerana terlalu indah. =) Lihat saja ciptaan Allah dekat atas muka bumi ini, subhanallah, super indah bukan? ~ Dr Cinta Punye Blog


          Tapi kepada siapa sbnrnya kecantikan kita ditujukan? Adakah kita hendak menjadi cantik semata-mata mendapat pandangan dri manusia sahaja? Bagaimana pula kecantikan yang hendak ditunjukkan kepada ALLAH s.w.t.... Adakah kecantikan luaran semata-mata?

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya -Bapak Hamka-

Senang je nak jadi cantik di mata ALLAH.....Taati perintahNya dan jaga Akhlak masing-masing... Sbb tu masa sembahyang pun, kita pakay telekung putih je untuk mengadapNya.. Ade ALLAH suro kite beli baju mahal-mahal cantik-cantik untuk mengadapNYa? Takde.. Sbb segala kecantikan luaran yang sementara tu smua ALLAH tak pandang..Allah pandang kecantikan kat dalam.. Hati kite memainkan peranan.. =)

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).

Sbgy Muslimah, Kita beruntung, sbb kita ada satu advantage untuk kita nampak cantik.. Di mata manusia dan di mata ALLAH.. iaitu dengan bertudung..

So focus hari nie adalah mengenai menjadi cantik dngan bertudung....




Sabda Rasulullah s.a.w:


"Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Takut kan?? Alhamdulillah kerana sebahagian besar kita sudah pun bertudung pada zaman ini.... Dengan fesyen-fesyen tudung yang berlambak dekat kedai-kedai smua.. terasa nak try smua.. sbb smua pun nampak sweet and ayu..=)

Tapi ingat.. Bila kita bertudung.. Itu bukannya dah jadi lesen untuk kita untuk bukak aurat yang lain... Sbb ALLAH bukan suruh kita bertudung sahaja. Tapi tutup smua aurat yang ditetapkan oleh syariat Islam.. Kalau tgok rmy skrg yang menggunakan konsep asal tutup smua dgn kain dah bleyh pakay tudung... Tak kire lar kain tu ketat ke.. Jarang ke? Lengan pendek ke? Asalkan bertudung.. cukuplah dikira tutup aurat...

"Oi ak dah bertudung ni pun dah kira baik tau..Yang ko Poyo sgt Pehal??"

Memang, tapi ISLAM kan agama yang sempurna.. Jika kita nak tutup aurat, bertudung, kenapa kita tak lakukan dengan sempurna.... Adekah buat separuh-separuh sudah cukup untuk kita mendapat ganjaran dripadaNYA???

Kenapa bleyh kluar statement macm ni dri org ramay agak-agaknya:

"Alarh ko ingat kalau org bertudung ni baik sgt ke wei... Ko tau si X yang pky tudung tu pun pergi merempit ngan boyfriend die ke hulu ke hilir.. Baiklar aku ni yang bertudung duk rumah je ari2"
(contoh ayat)

Sbb kita sndiri yang bertudung tak menjaga akhlak-akhlak lain yang ditetapkan ISLAM... Tak pasal-pasal tudung tu plak yang dipersalahkan.. Sedangkan yang salah org yang memakainya.. Bukan tudung yang membuat dia jadi jahat..Tak pasal-pasal sbb kita yang tak jaga kualiti org bertudung nie.. org lain pun rasa takut nak pakai tudung...

Kan dah jadi Fitnah agama kat situ? Jangan sampay nanti satu hari satu dunia cop org bertudung ni smua nye jahat sudah lah? Nauzubillah...

Oleh itu sama-sama lar kite bermuhasabah diri kembali.. Tgok apa yang kita buat dan pikir apa impaknya jika kita trus stay macam ni tanpa apa-apa perubahan...

Sama-samalah berusaha untuk trus meningkatkan kualiti orang-orang yang memakai tudung dengan berusaha membaiki diri kita Insya-ALLAH...

Peringatan bersama, bertudung yang bagaimana sempurna? Jangan sampai mempersendakan agama...

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Ikhlaskan niat menutup aurat itu kerana ALLAH...Bukan kerana sbb-sbb lain yang bercanggah...


Sekian..

Inspiration and Credit to:http://dirikudrcinta.blogspot.com (serius sg best!)

P/s: Kawan-kawan Mintak maaflar post ni Huru Hara... =)

P/s: Lagi satu terkena gile post ni kat diri sendiri... Muhasabah Fyfa =)

2 comments:

Annyss said...

I'll try to improve myself jugak..:) thank you Asy..

Afyfa said...

sama-sama anis.. Insya-ALLAH =)