Saturday, April 14, 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum,

Another post sblum memberatkan hati yang sudah sentiasa berat untuk pulang ke UnisZa... sekejap je kan.. sekejap je dah seminggu.. Sekejap je dah bulan April 2012... Masa memang berlalu dengan pantas.. hm

So anyway sedikit perkongsian kali ini.. =)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Rasulullah saw. bahawa beliau bersabda, "Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam

a) Jika bertemu maka berilah salam,

b) Jika tidak kelihatan maka cari tahulah,

c) Jika sakit maka jenguklah,

d) Jika mengundang maka penuhilah,

e) Jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah',) 

f) Dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman)."


Okey sekarang kita fokus pada point a) yang amat saya terkesan dalam hati.. =)

            So recently, saya pernah membincangkan hal tentang memberi salam kepada saudara se'imuslim' bersama rakan-rakan. Em basically tak ramay even diri sendiri yang mengaplikasikan penucapan salam kepada saudara semuslim kepada orang yang dikenali apatah lagi orang yan dikenali.. Teringat masa zaman persekolahan time junior diwajibkan bagi salam dekat senior.. Especially yang Form 1.. Tapi bila dah start jadi senior.. rasa macam dah tak payah dah nak bagi2 salam ni... Yup.. sbb bagi salam ni macam dah jadi peraturan sekolah.. so bila pihak sekolah kata tak payah.. Stop lar.. lagipun dah Senior kan..hee~

          Sebab tu lar kadang2 peraturan sekolah ni hanya jadi peraturan sahaja untuk selamanya.. Tanpa mengetahui apa relevan atau kebaikannya dalam setiap peraturan itu.. Em...

            Berbalik kepada hak seorang muslim dalam memberi salam kepada seorang muslim yang lain...

            Salam adalah satu dari asma ALLAH s.w.t. Mengucapkan salam, baik kepada orang yang anda kenal maupun yang tidak anda kenal akan membangkitkan rasa aman, mempererat ikatan dan menumbuhkan rasa cinta. Abu Hurairah ra, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:

             " Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan satu perkara jika kamu kerjakan perkra itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu" (HR Muslim)

Sumber :Buku Bagamaina Menyentuh Hati: Abbas As Sissi

Kalau pikir balik kan.. Knapalar kita suka guna hi, hello, good evening, good morning bila nak tgur org.. Nak pikir nak guna ayat apa yang sesuai.. Nak tgok masa nak ucap evening ke morning ke... sedangkan Rasulullah s.a.w dah bagi satu cara yang mudah.. Bagi Salam kepada insan semuslim.. Universal.. Bleyh digunakan bila-bila masa.. dalam apa2 keadaan.. And lebih beruntung lagi apabila dapat pahala lagi di sisi Allah.. See senang je nak dpt pahala... bayangkan kalau dalam kelas ada 30 rakan, kita bagi salam 30 kali.. Hari2.. wuh mesti tak terkira rasanya pahala berkumpul...

Jom kita tgok masuk Assalamualaikum itu sendiri...

Assalamualaikum = Selamat sejahtera ke atas kamu semua 

Waalaikumussalam = Semoga anda juga gembira dan sejahtera sentiasa.

Maksud Assalamualaikum pun dah cukup hebat untuk kita ungkapkan kepada saudara semuslim kita..Apatah lagi maksudnya mendoakan kesejahteraan kepada diri yang diberi salam.. And kalau org dah doakan kesejahteraan kita takkan kita tak sudi balas dngan mendoakannya kembali.. Sbb tu lar wajib jawab salam.. And apatah lagi doa kebaikan kepada seorang saudara akan lebih termakbul dari mendoakan kebaikan untuk diri sendiri.

          "Apabila kalian diberi penghormatan dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya atau balaskah penghormatan itu dengan yang serupa. Sesungguhnya ALLAH membuat perhitungan atas tiap sesuatu (An Nisa ; 86)

Saya pernah membaca cerita mengenai seorang dai yang menceritakan beliau selalu memberi salam kepada orang disekeliling beliau sama ada yang dikenal atau tidak dikenali. Reasonnya adalah kerana beliau sentiasa menginginkan jawapan salam dari org lain yang akan mendoakan kembali kegembiraan dan kesejahteraan beliau.. Senang rupanya nak org doakan kita sentiasa =)

Sebenarnya telah pun memberi task kepada diri sendiri bersama adik2 seusrah untuk menukarkan perkataan Hai and Hello tu kepada Assalamualaikum.. Reaksi pertama memang rasa malu sket lar untuk mengaplikasikan cara macam tu.. and kadang2 tu terlepas jugak lar ucap hai smua.. hee~ tapi takpe Insya-ALLAH akan berusaha lebih baik lagi... And mungkin lebih baik lagi untuk memberi Salam pada org yang tak dikenali...Insya-ALLAH

Sekian~~

P/s: Barang tak packing lagi!            

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

3 comments:

mujib said...

jzkk atas peringatan..untuk ucap salam kt org lain lbh2 lg mrk y kita x knl mmg mencabar..hu2

mujib said...

jzkk atas peringatan..mmg lidah kita keras skt u bg salam lbh2 lg klw org tu kite x knl..btw,semuanya terpulang kpd kita...

Just.A.Blogger said...

nak sain