Wednesday, July 11, 2012

Obstestrics and Gynaecology..

Salam..

Nampaknya semakin mengabaikan blog yang dicintai ni.. Smpy Spain dah menang EURO dah pun... tak update2 jugak... Posting O&;G pun dah nak abes dah pun... lalalala~ Adakah semakin kurang kepakaran untuk menaip??




So untuk post kali ini hanyalah untuk bercerita secara briefly mengenai posting OnG yang sangat2 dramatic and penuh dngan suka ria. (Key tipu.. mana ada suka ria...)

First of all... kalau ckp pasal O&G posting nie konpem lar nak ckp pasal pengalaman di labour room... Hello of kosie lar.. kalau tak pernah masuk labour room baik tak yah masuk OnG posting kan? =p

So melihat, para ibu2 yang sgt kental dalam usaha melahirkan anak masing2 adalah sgt mengharukan... Sakit??Saya tak pernah rasa (of koslar)  tapi melihat patient2 yang mengalaminya saya rasa pain score adalar dalm 10/10.. Mungkin lebih.. And lebih mengagumkan melihat mechanism of labour yang sgt2 incredible.. Subhanallah.. Allah dah buat mechanism yang hebat skli untuk bayi2 internal rotate, external rotate...Subhanallah.

Tapi btullarkan kalau tgok ibu2 ini lepas dah delivered and denga baby nangis.. Tgok macam dah takde dah sgt skit.. Tibe2 jadi org yang sgt kuat balik... (Sgt mengharukan okey..) And lebih best lagi tgok Baby2 yang sgt2 COmey!!!!

Teringat pengalaman pertama masa jadi penyokong kepada ibu2 untuk meneran.. Mula2 takut2 je nak jerit.. Tapi makin lama suara pun makin kuat smpy nurse pun tegur.. Hee~~ Tapi saya rasa takpe kot.. Sbb saya rasa kalau saya dalam labour pun nanti saya rasa macam nak smua org sokong dngan penuh smangat skali.. Kalau nak bawak pom pom macam hari sukan pun takpe... Barular dtg kekuatan tu (.Statement ini serius... Tak main2)


Other than that, dapat belajar disease2 yang sgt banyak terexpose kepada wanita-wanita seluruh dunia yang sgt complex ini.. Yup wanita memang complex. But disebabkan sifat complex itular yang membuatkan wanita2 spesel.. ye ke tak??Hee~

Ops dah melalut...

Em nak cite ape lagi ye?? Rasanya dah briefly dah nie.. So abes lar.. =)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:


Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:
 Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. 

Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya.

Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya.

Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

Ha sblum tu nak ingatkan kepada smua bahawa perngorbanan ibu yang melahirkan kita ni memang sgt besar.. So Seriusly kalau korg masih ada alasan lagi untuk nak melawan atau menderhaka kepada ibu tercinta.. Seriusly anda sudah melakukan KESILAPAN BESAR!! And kepada bakal2 ibu sekalian, tugas anda bukan untuk melahirkan anak sahaja tapi haruslah bertanggungjawab dalam mencorak anak2 supaya menjadi anak2 soleh ataupun solehah =)


P/s:

Selamat berjaya diucapkan kepada 3-3 Batch MBBS UnisZA yang akan mengambil peperiksaan pada minggu hadapan... Kepada:

  1.  1st Year EOS
  2. 2nd Year Pro Exam
  3. 3rd year EOP
                   Wah meriah exam kali ini... Apa2 pun teruskan usaha dan never give up... Ingat Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal... Insya-ALLAH. Smoga ALLAH memudahkan perjalanan peperiksaan kali ini dan memberi kejayaan kepada smua. Amin... 


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari punca yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan melaksanakan urusan (yang dikehendaki olehNYA). Sesungguhnya Dia telah mengadakan KETENTUAN bagi tiap-tiap sesuatu..." (At-Thalaq 2-3)

And saya supposely harus study gile2 jugak tapi masih takde mood untuk study.. Hey kak afy.. OnG kali ni susah tau tak!! okey study skrg jugak!

Sekian~~

Assalamualaikum

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

No comments: