Thursday, December 29, 2011

Tanggungjawab....

Salam...

Quick update.. Kena cepat2..Ade keja nak wat. (Taip laju2)

Tipu Je.... =p


Key truskan bebelan....

Post kali ini mungkin ingin membincangkan sambil memberi teguran kepada diri sendiri terutamanya serta rakan-rakan yang lain... No hard feelings key...

Tanggungjawab yang ingin saya tekankan adalah tanggungjawab sbgy seorang STUDENT...




Yup mungkin kita yang bergelar student dalam kehidupan seharian ni tak sedar pun kadang-kadang yang kita memegang tanggungjawab yang besar... Pergi kelas, Balik kelas, Ambil Exam, Enjoy... Mostly rasa student life macam tu.... Bila abes belajar baru lar tanggungjawab jadi besar.... Kerja, Kahwin lagi....

It is not as easy macam tu okey??

If kita btul2 hayati Tanggungjawab kita sbgy Student banyak sbnrnya tanggungjawab kita.. Ingat tak janji-janji yang kita sain dekat Perjanjian Pelajar sbelum masuk U...


  1. Belajar bersungguh-sungguh.... 
  2. Akan menghadiri setiap kuliah yang diberi.. Dalam sepanjang masa..and bla..bla..bla..bla...




But basically kita dah berjanji menjalankan tanggungjawab kita sebgy student dgn bersungguh-sungguh... Dtg smua kelas, Datng awal ke Kelas, Bertanggungjawab dngan Assignment masing-masing, Memastikan kita mendapt result cemerlang setiap Sem atau Year...Btul ke tak??

So agak-agak kalau kita datang lambat ke kelas tu...Dapat dosa tak???

Agak-agak lagi, kalau kita sesuka hati ponteng kelas tu.. dapat dosa tak???

And lagi agak-agak Kalau kita lambat hantar Assignment tu.. saham dosa bertambah tak??

Kalau kita tak dpt result cemerlang, sbb kita selalu lalala~... Dpt lagi tak dosa tu???

Pernah tak kita terpiki macam ni agak-agaknya.. tu baru dosa kita melanggar tanggungjawab sbgy student, tak campur lagi dosa yang kita dpt bila lecturer terasa hati dengan kita, kawan-kawan kena marah sbb kita, and lain-lain lagi...




Dah lar Kehidupan kita ni dah banyak dah kita penuhi ngan dosa-dosa kecil yang lain.. Plus lagi dosa2 yang kite carry free2 je bila jadi student.. Agak-agak amal ibadat kita cukup ke nak cover smua tu???

" Alar rilek lar.. Kalau tak langgar peraturan, kalau tak jahat sket, tak best lar jadi student"

Yup nampak macam remeh.. Tapi takut-takut kita dah terleka sgt.. Smpy nanti kat akhirat kita pun terkejut tgok ALLAH tunjukkan smua kesalahan-kesalahan kita tu barular nak terasa buku catitan amal kiri tu lagi berat dri kanan.... Takut benda yang menyumbang pada dosa tu kita dah tak tau dah yang mana satu...Sebb tu selamba dek je redah....


"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (Al-Kahfi 18:49)

Umur Kita ni tak semestinya smpy ke tua.. So apalah salahnya try hidup bersungguh-sungguh selagi ALLAH bagi masa untuk kita bernafas ni?? Takut tak sempat nak bertaubat... Esok gak dipanggil olehNya

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)," (Al Insyirah 7:94)




(Dush...dush..Dush.. Terkena kat diri sendiri)


"It is so easy to give up half way, but it is soooo not a muslim's trait."

So marilah sama-sama kita mengajak rakan-rakan dan diri sendiri supaya lebih menghayati tanggungjawab sbgy seorng STUDENT dan sama-sama menuju ke arah kebaikan... Mungkin manfaatkan lagi STUDENT life ni dengan mencari pahala sebanyak mungkin...

"Jangan Mengejar cita-cita, Kejar makna, pasal cita-cita pandangan manusia, Makna pandangan ALLAH, So bila kita mengejar Allah kejar akhirat,  dunia sure dpat,  tetapi kalau kita kejar dunia maybe kita tertinggal akhirat " ~ Prof Muhaya


Key Sekian...



(Bnyak membebel ke??)

=)

Sunday, December 25, 2011

Blood Donation...

Salam..

Eh update lagi? Bukan baru update ke??

Em saya tengah free lar skrg... So saya rasa macam nak update banyak-banyak.. Nanti kalau dah bz abeslar bersawang balik blog ni.. So sesiapa yang sudi membaca silakan... =)

So pada 24 Disember 2012, di bawah arahan Siti Nur Izzati Bakhir dan penolongnya Wan Sarimi, telah berlangsung Program Derma Darah di bawah PERMATA bertempat di PTB  yang kat sebelah MYDIN tu.. (malas nak taip pnjang crik sendiri lar)..

.
(Erk.. Nak wat report ke ni?)
Key fine, (informal balik).. Alhamdulillah program berjalan lancar., ditemani cuaca mendung angin sepoi-sepoi bahasa...And Pihak hospital yang sporting2, plus ajk-ajk program and kesihatan yang memang sporting and best gile... So memang terhibur lar hati yang kesepian ni (Erk~~)


And trima kasih juga kepada insan-insan yang sudi menderma darah dan berniat untuk menderma darah... Alhamdulillah target 30 org berjaya dicapai.. Malah smpy 38 lagi.. plus 15 org yang tak layak menderma.. However 53 org sudi untuk menderma darah.. Yeah! Tahniah pada yang berjaya... Yang tak berjaya jangan risau.. Lepas ni try lagi...

Pengarah Program pun derma jugak =)

Even saya pun tak dapat menderma darah full bag.. Disebabkan sedikit kesalahan yang berlaku ketika mencucuk jarum (Ouch!) so saya tak dapat meneruskannya... (Key seriusly Frust).. Tapi dpt gak title sbgy penderma.. hehe..




Ops lupa nak mention, setinggi2 tahniah pada Mama Mun... . I'm proud of you roomate.. =)


"The measure of a life, is not its duration, but its donation"
Satu lagi pengalaman yang tak dapt dilupakan.. Bila kena bagi flyers dkt org ramai untuk promote pasal program ni... Bersama dngan Faten Hamimah kejar-kejar org kat parking lot.. Hihi.. First time jugak lar wat macamni.... Tapi sekejap je.. Lepas tu saya lari tglkan Fatin sorg yang truskan misi.. =)..Bersama Kak Ari, Najwa, Aisyah and adik2 yang lain... Hello muka kitorg komersial okey.. =p

Honestly most people memang lebih berminat lar nak wat pemeriksaan kesihatan percuma dari Derma Darah... Blood Glucose, Blood Pressure, BMI, Check Blood Type.. Sbb tu kalau bago flyers kat org kena ckp ngan diorang ade pemeriksaan kesihatan.. Sbb kalau ckp derma darah.. Mesti Lari!!!

Anyway good job to everybody... Kepada AJK2 PROGRAM especially.... and smua yang terlibat.. Lepas ni wat lar program derma darah lagi...  Tapi lepas 3 Bulan lar.... Sbb para penderma darah hanya bleyh menderma 3 Bulan skali... (Fakta penting ni... catit2)





Hm... Sekian....

P/s: Saya darah B+... What's yours?? =)

P/s: Terima kasih lar kepada Baby yang sgt peramah dan suka pada saya tu.. Sepanjang hari ditemani bau Baby yang melekat kat tudung.. huhu...Sebaik cmey.. =p

Friday, December 23, 2011

Mirror mirror...

Salam...

Sebelum start menulis...Nak bukak lagu Penakut sbgay theme song... (Smua sila bukak skrg. swie tak disediakan link di sini)

 Rasulullah bersabda:
" Seseorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya. (Riwayat Al-Bukhari)

Baru-baru ni saya banyak bertanya pada diri sendiri

"Adakah saya ni seorang kawan yang baik???..  Menjadi seorang Kawan yang mampu menegur kesalahan sahabat sendiri??..Menjadi seorang  Kawan yang sudi menegur walaupun pahit...???"

Mampu ke? Honestly sejak dari dulu lagi, saya bukanlar seorang yang pandai menegur ataupun menegaskan sesuatu kepada sesiapa pun.. Cuma certain2 time tu.. Bila temperature dah naik sgt.. baru lar tend nak marah2... But then still serba salah...

Saya Marah pun still cmey je... lalala~

Ops.. But still saya rasa keperluan untuk menegur tu adalah sesuatu yang harus.. Kalau tak smpay bila kita nak jadi pemerhati kesalahan-kesalahan kawan-kawan kita... Jika btul istilah Best Friend yang kita selalu Nilai balik diri kita sejauh mana kita btul2 jadi the most best (grammar error) friend kepada beliau dengan menegur mereka jika ade kesalahan yang kita rasa tak kena je...


And saya masih lagi blum jadi sahabat yang baik untuk menegur dengan trus terang lagi...

Em maybe saya masih mencari bagaimana agaknya cara menegur yang paling sesuai untuk digunakan? Cara menegur dengan berhemah. Secara lumrahnya, manusia memang akan tidak suka dengan teguran.. bagi lar secara baik macamana pun.. Tapi depends jugak pada pemikiran seseorang untuk mengambil masa yang berapa lama untuk menerima secara terbuka sesuatu teguran itu..

Kadang-kadang ada orang gunakan status Facebook ataupun menulis di blog untuk membuat teguran ataupun untuk memerli dengan harapan orang yang dituju membaca status tersebut dan terasa...


Entah lar.. Saya masih merasa yang cara begini mengenangkan beberapa peristiwa yang banyak membawa kepada pertelagahan sahaja sebelum ni.. walaupun nampak macam hanya menggunakan kata-kata yang ditaip dekat FB? BLOG.. Tapi secara honestly org yang membaca maybe tak tau tone yang kita nak ucapkan.. Maybe kita memang nak menegur secara baik, tapi disalah tafsirkan. Apatah lagi yang membaca bukan seorang dua.. malah WORLDWIDE.. bayangkan berapa versi cerita yang mungkin smpay...



Berharap supaya orang bleyh sedar bila dia baca status kita kat FB.. Tapi malangnya.. Potensi untuk mengundang kepada pemikiran " Ek eleh dia ingat dia bagus sgt ke??" adalah sgt tinggi...Daripada niat untuk membetulkan aibnya, kita seperti memampangkan balik aib beliau di situ.

Honestly kalau saya yang terkena saya  pun rasa yang sama...

" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.." ~ (Surah al-Nahl 16:125)


So kita berusaha untuk trus mancari cara yang berhemah untuk menegur, dan memberanikan diri untuk menegur... Kita maybe tak dapat nak mengelak orang terasa dengan kita bila kita menegur.. But then kita maybe dapat reducekan perasaan terasa mereka kepada kita.


Terjumpa dekat page org.. Nice share =)
Any idea bagaimana cara berhemah untuk menegur kesalahan orang lain???


P/s: Officially saya telah pun berpindah ke Kluang, Johor.. Selamat tinggal org Pahang.. Em saya tak sempat balik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jiran-jiran dan penduduk Ladang Sungai Mai yang banyak berjasa kepada keluarga saya seblum ini... Kepada mak and abah pun sorry sbb tak dapat tolong kemas2 barang dekat rumah baru... Alissa, Abdah.. and Abang... Sila rajin-rajinkan diri...Hehe.. Sedeyh tak dpt tgok rumah baru lagi... T__T




P/s: Dah habis ke lagu Penakut tadi??? (motif??)







Wednesday, December 21, 2011

EOP for Orthopaedics...

Salam..

          Alhamdulillah baru sahaja selamat menyelesaikn posting Orthopaedics... Setelah menjalani exam EOP smalam kire dah abes lar kan?? (erk~~) Hope so lar berjaya melepasi satu lagi barrier untuk meneruskan posting seterusnya... Hanya mampu bertawakal untuk kali ni.. Lulus atau Fail Smua keputusan ditentukan olehNYA...



          So rasa macam nak bercerita sket pasal Exam smalam.. =)

          First experience mendapat examiner dri luar a.k.a USM memang dah cukup dah nak wat symptom2 palpitation, SOB, Chest pain, hypertension, kluar. Em first time kan dapat examiner luar.. Present case dekat org yang tak kenal... Tak create rapport lagi, macamana lar dia nak percaya apa yang kita present tak? And pagi tu, dapat tau yang pemeriksa saya adalah seorng yang detail.. Suka tnya soklan2 yang memang tak tercapai dek akalmu.. (Tipu je =p)

          And then ditakdirkan jugak saya mendapat patient yang mempunyai penyakit leprosy.. Apakah itu Leprosy????

Leprosy is a disease that has been known since biblical times. It causes skin sores, nerve damage, and muscle weakness that gets worse over time. Leprosy is caused by the bacterium Mycobacteriumleprae. It is not very contagious and it has a long incubation period (time before symptoms appear), which makes it hard to know where or when someone caught the disease. Children are more likely than adults to get the disease. 
 (Bahasa mudah = penyakit kusta)

                Actually patient come with chief complaint of left leg abscess.. However sbb memang dah sudah terang lagi bersuluh.. Akhirnya examiner decide untuk tnya pasal leprosy lebih... And then after present sket2 HOPI tu.. Beliau stop and trus byk berdiskusi dengan saya... Type of Ulcer? Type of Bone deformity? Pressure Bearing Area? Examination of popliteal artery? (Sile jangan tnya saya dpt jawab ke tak soklan2 ni..)

                  Tapi walaupun ditembak2 bertubi2 dngan soklan.. Still berterima kasih dengan examiner tu sbb berjaya wat Session BST yang agak selamba and tak mengstresskan... Terima Kasih... =)

                   Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapakan kepada Prof Nordin, My Supervisor Madam Su K, Para specialist2 yang memang byk sgt2 membantu, MO, HO, and patient2 yang sudi nak diinterview... Kepada adik beradik saya Kak Fera, Kak Ari.. And kawan2 seposting... and kawan2 tak seposting, Family, and Sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya...Dan smua yang terlibat secara langsung dan tak..
 ( Eh Fyfa Ingat Kau ni Artis ke??)




Ops dah panjang sgt... Sekian dulu untuk kali nie...

P/s: Tak tau nk wat pa mengenangkan Cuti yang panjang selama 4 hari ni... Any Idea??


Friday, December 2, 2011

Post khas untuk....

Salam..

Key saya ingin Tujukan Lagu di Bawah kepada....

Seseorang Yang Special......

Siapakah?????

Huhu...

Key ar terus terang je...

Khas kepada

KAK SYAMIMI NADIAH A WAHAB....(Key sila tepuk tangan skrg)

=)


Patah Seribu - Shila Amzah

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah

~Sekian~

Perhatian: Lagu ini ditujukan Khas kepada Kak Nadiah sahaja.. Pada yang tak disebut tak yah nak perasan2 lagu nie untuk beliau ke apa ke... KEy Sekian...

P.s: Kak Nadiah okey tak??hehe....(Sila Terharu okey)