Thursday, December 29, 2011

Tanggungjawab....

Salam...

Quick update.. Kena cepat2..Ade keja nak wat. (Taip laju2)

Tipu Je.... =p


Key truskan bebelan....

Post kali ini mungkin ingin membincangkan sambil memberi teguran kepada diri sendiri terutamanya serta rakan-rakan yang lain... No hard feelings key...

Tanggungjawab yang ingin saya tekankan adalah tanggungjawab sbgy seorang STUDENT...




Yup mungkin kita yang bergelar student dalam kehidupan seharian ni tak sedar pun kadang-kadang yang kita memegang tanggungjawab yang besar... Pergi kelas, Balik kelas, Ambil Exam, Enjoy... Mostly rasa student life macam tu.... Bila abes belajar baru lar tanggungjawab jadi besar.... Kerja, Kahwin lagi....

It is not as easy macam tu okey??

If kita btul2 hayati Tanggungjawab kita sbgy Student banyak sbnrnya tanggungjawab kita.. Ingat tak janji-janji yang kita sain dekat Perjanjian Pelajar sbelum masuk U...


  1. Belajar bersungguh-sungguh.... 
  2. Akan menghadiri setiap kuliah yang diberi.. Dalam sepanjang masa..and bla..bla..bla..bla...




But basically kita dah berjanji menjalankan tanggungjawab kita sebgy student dgn bersungguh-sungguh... Dtg smua kelas, Datng awal ke Kelas, Bertanggungjawab dngan Assignment masing-masing, Memastikan kita mendapt result cemerlang setiap Sem atau Year...Btul ke tak??

So agak-agak kalau kita datang lambat ke kelas tu...Dapat dosa tak???

Agak-agak lagi, kalau kita sesuka hati ponteng kelas tu.. dapat dosa tak???

And lagi agak-agak Kalau kita lambat hantar Assignment tu.. saham dosa bertambah tak??

Kalau kita tak dpt result cemerlang, sbb kita selalu lalala~... Dpt lagi tak dosa tu???

Pernah tak kita terpiki macam ni agak-agaknya.. tu baru dosa kita melanggar tanggungjawab sbgy student, tak campur lagi dosa yang kita dpt bila lecturer terasa hati dengan kita, kawan-kawan kena marah sbb kita, and lain-lain lagi...




Dah lar Kehidupan kita ni dah banyak dah kita penuhi ngan dosa-dosa kecil yang lain.. Plus lagi dosa2 yang kite carry free2 je bila jadi student.. Agak-agak amal ibadat kita cukup ke nak cover smua tu???

" Alar rilek lar.. Kalau tak langgar peraturan, kalau tak jahat sket, tak best lar jadi student"

Yup nampak macam remeh.. Tapi takut-takut kita dah terleka sgt.. Smpy nanti kat akhirat kita pun terkejut tgok ALLAH tunjukkan smua kesalahan-kesalahan kita tu barular nak terasa buku catitan amal kiri tu lagi berat dri kanan.... Takut benda yang menyumbang pada dosa tu kita dah tak tau dah yang mana satu...Sebb tu selamba dek je redah....


"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (Al-Kahfi 18:49)

Umur Kita ni tak semestinya smpy ke tua.. So apalah salahnya try hidup bersungguh-sungguh selagi ALLAH bagi masa untuk kita bernafas ni?? Takut tak sempat nak bertaubat... Esok gak dipanggil olehNya

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)," (Al Insyirah 7:94)




(Dush...dush..Dush.. Terkena kat diri sendiri)


"It is so easy to give up half way, but it is soooo not a muslim's trait."

So marilah sama-sama kita mengajak rakan-rakan dan diri sendiri supaya lebih menghayati tanggungjawab sbgy seorng STUDENT dan sama-sama menuju ke arah kebaikan... Mungkin manfaatkan lagi STUDENT life ni dengan mencari pahala sebanyak mungkin...

"Jangan Mengejar cita-cita, Kejar makna, pasal cita-cita pandangan manusia, Makna pandangan ALLAH, So bila kita mengejar Allah kejar akhirat,  dunia sure dpat,  tetapi kalau kita kejar dunia maybe kita tertinggal akhirat " ~ Prof Muhaya


Key Sekian...



(Bnyak membebel ke??)

=)

Sunday, December 25, 2011

Blood Donation...

Salam..

Eh update lagi? Bukan baru update ke??

Em saya tengah free lar skrg... So saya rasa macam nak update banyak-banyak.. Nanti kalau dah bz abeslar bersawang balik blog ni.. So sesiapa yang sudi membaca silakan... =)

So pada 24 Disember 2012, di bawah arahan Siti Nur Izzati Bakhir dan penolongnya Wan Sarimi, telah berlangsung Program Derma Darah di bawah PERMATA bertempat di PTB  yang kat sebelah MYDIN tu.. (malas nak taip pnjang crik sendiri lar)..

.
(Erk.. Nak wat report ke ni?)
Key fine, (informal balik).. Alhamdulillah program berjalan lancar., ditemani cuaca mendung angin sepoi-sepoi bahasa...And Pihak hospital yang sporting2, plus ajk-ajk program and kesihatan yang memang sporting and best gile... So memang terhibur lar hati yang kesepian ni (Erk~~)


And trima kasih juga kepada insan-insan yang sudi menderma darah dan berniat untuk menderma darah... Alhamdulillah target 30 org berjaya dicapai.. Malah smpy 38 lagi.. plus 15 org yang tak layak menderma.. However 53 org sudi untuk menderma darah.. Yeah! Tahniah pada yang berjaya... Yang tak berjaya jangan risau.. Lepas ni try lagi...

Pengarah Program pun derma jugak =)

Even saya pun tak dapat menderma darah full bag.. Disebabkan sedikit kesalahan yang berlaku ketika mencucuk jarum (Ouch!) so saya tak dapat meneruskannya... (Key seriusly Frust).. Tapi dpt gak title sbgy penderma.. hehe..




Ops lupa nak mention, setinggi2 tahniah pada Mama Mun... . I'm proud of you roomate.. =)


"The measure of a life, is not its duration, but its donation"
Satu lagi pengalaman yang tak dapt dilupakan.. Bila kena bagi flyers dkt org ramai untuk promote pasal program ni... Bersama dngan Faten Hamimah kejar-kejar org kat parking lot.. Hihi.. First time jugak lar wat macamni.... Tapi sekejap je.. Lepas tu saya lari tglkan Fatin sorg yang truskan misi.. =)..Bersama Kak Ari, Najwa, Aisyah and adik2 yang lain... Hello muka kitorg komersial okey.. =p

Honestly most people memang lebih berminat lar nak wat pemeriksaan kesihatan percuma dari Derma Darah... Blood Glucose, Blood Pressure, BMI, Check Blood Type.. Sbb tu kalau bago flyers kat org kena ckp ngan diorang ade pemeriksaan kesihatan.. Sbb kalau ckp derma darah.. Mesti Lari!!!

Anyway good job to everybody... Kepada AJK2 PROGRAM especially.... and smua yang terlibat.. Lepas ni wat lar program derma darah lagi...  Tapi lepas 3 Bulan lar.... Sbb para penderma darah hanya bleyh menderma 3 Bulan skali... (Fakta penting ni... catit2)





Hm... Sekian....

P/s: Saya darah B+... What's yours?? =)

P/s: Terima kasih lar kepada Baby yang sgt peramah dan suka pada saya tu.. Sepanjang hari ditemani bau Baby yang melekat kat tudung.. huhu...Sebaik cmey.. =p

Friday, December 23, 2011

Mirror mirror...

Salam...

Sebelum start menulis...Nak bukak lagu Penakut sbgay theme song... (Smua sila bukak skrg. swie tak disediakan link di sini)

 Rasulullah bersabda:
" Seseorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya. (Riwayat Al-Bukhari)

Baru-baru ni saya banyak bertanya pada diri sendiri

"Adakah saya ni seorang kawan yang baik???..  Menjadi seorang Kawan yang mampu menegur kesalahan sahabat sendiri??..Menjadi seorang  Kawan yang sudi menegur walaupun pahit...???"

Mampu ke? Honestly sejak dari dulu lagi, saya bukanlar seorang yang pandai menegur ataupun menegaskan sesuatu kepada sesiapa pun.. Cuma certain2 time tu.. Bila temperature dah naik sgt.. baru lar tend nak marah2... But then still serba salah...

Saya Marah pun still cmey je... lalala~

Ops.. But still saya rasa keperluan untuk menegur tu adalah sesuatu yang harus.. Kalau tak smpay bila kita nak jadi pemerhati kesalahan-kesalahan kawan-kawan kita... Jika btul istilah Best Friend yang kita selalu Nilai balik diri kita sejauh mana kita btul2 jadi the most best (grammar error) friend kepada beliau dengan menegur mereka jika ade kesalahan yang kita rasa tak kena je...


And saya masih lagi blum jadi sahabat yang baik untuk menegur dengan trus terang lagi...

Em maybe saya masih mencari bagaimana agaknya cara menegur yang paling sesuai untuk digunakan? Cara menegur dengan berhemah. Secara lumrahnya, manusia memang akan tidak suka dengan teguran.. bagi lar secara baik macamana pun.. Tapi depends jugak pada pemikiran seseorang untuk mengambil masa yang berapa lama untuk menerima secara terbuka sesuatu teguran itu..

Kadang-kadang ada orang gunakan status Facebook ataupun menulis di blog untuk membuat teguran ataupun untuk memerli dengan harapan orang yang dituju membaca status tersebut dan terasa...


Entah lar.. Saya masih merasa yang cara begini mengenangkan beberapa peristiwa yang banyak membawa kepada pertelagahan sahaja sebelum ni.. walaupun nampak macam hanya menggunakan kata-kata yang ditaip dekat FB? BLOG.. Tapi secara honestly org yang membaca maybe tak tau tone yang kita nak ucapkan.. Maybe kita memang nak menegur secara baik, tapi disalah tafsirkan. Apatah lagi yang membaca bukan seorang dua.. malah WORLDWIDE.. bayangkan berapa versi cerita yang mungkin smpay...



Berharap supaya orang bleyh sedar bila dia baca status kita kat FB.. Tapi malangnya.. Potensi untuk mengundang kepada pemikiran " Ek eleh dia ingat dia bagus sgt ke??" adalah sgt tinggi...Daripada niat untuk membetulkan aibnya, kita seperti memampangkan balik aib beliau di situ.

Honestly kalau saya yang terkena saya  pun rasa yang sama...

" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.." ~ (Surah al-Nahl 16:125)


So kita berusaha untuk trus mancari cara yang berhemah untuk menegur, dan memberanikan diri untuk menegur... Kita maybe tak dapat nak mengelak orang terasa dengan kita bila kita menegur.. But then kita maybe dapat reducekan perasaan terasa mereka kepada kita.


Terjumpa dekat page org.. Nice share =)
Any idea bagaimana cara berhemah untuk menegur kesalahan orang lain???


P/s: Officially saya telah pun berpindah ke Kluang, Johor.. Selamat tinggal org Pahang.. Em saya tak sempat balik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jiran-jiran dan penduduk Ladang Sungai Mai yang banyak berjasa kepada keluarga saya seblum ini... Kepada mak and abah pun sorry sbb tak dapat tolong kemas2 barang dekat rumah baru... Alissa, Abdah.. and Abang... Sila rajin-rajinkan diri...Hehe.. Sedeyh tak dpt tgok rumah baru lagi... T__T




P/s: Dah habis ke lagu Penakut tadi??? (motif??)







Wednesday, December 21, 2011

EOP for Orthopaedics...

Salam..

          Alhamdulillah baru sahaja selamat menyelesaikn posting Orthopaedics... Setelah menjalani exam EOP smalam kire dah abes lar kan?? (erk~~) Hope so lar berjaya melepasi satu lagi barrier untuk meneruskan posting seterusnya... Hanya mampu bertawakal untuk kali ni.. Lulus atau Fail Smua keputusan ditentukan olehNYA...



          So rasa macam nak bercerita sket pasal Exam smalam.. =)

          First experience mendapat examiner dri luar a.k.a USM memang dah cukup dah nak wat symptom2 palpitation, SOB, Chest pain, hypertension, kluar. Em first time kan dapat examiner luar.. Present case dekat org yang tak kenal... Tak create rapport lagi, macamana lar dia nak percaya apa yang kita present tak? And pagi tu, dapat tau yang pemeriksa saya adalah seorng yang detail.. Suka tnya soklan2 yang memang tak tercapai dek akalmu.. (Tipu je =p)

          And then ditakdirkan jugak saya mendapat patient yang mempunyai penyakit leprosy.. Apakah itu Leprosy????

Leprosy is a disease that has been known since biblical times. It causes skin sores, nerve damage, and muscle weakness that gets worse over time. Leprosy is caused by the bacterium Mycobacteriumleprae. It is not very contagious and it has a long incubation period (time before symptoms appear), which makes it hard to know where or when someone caught the disease. Children are more likely than adults to get the disease. 
 (Bahasa mudah = penyakit kusta)

                Actually patient come with chief complaint of left leg abscess.. However sbb memang dah sudah terang lagi bersuluh.. Akhirnya examiner decide untuk tnya pasal leprosy lebih... And then after present sket2 HOPI tu.. Beliau stop and trus byk berdiskusi dengan saya... Type of Ulcer? Type of Bone deformity? Pressure Bearing Area? Examination of popliteal artery? (Sile jangan tnya saya dpt jawab ke tak soklan2 ni..)

                  Tapi walaupun ditembak2 bertubi2 dngan soklan.. Still berterima kasih dengan examiner tu sbb berjaya wat Session BST yang agak selamba and tak mengstresskan... Terima Kasih... =)

                   Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapakan kepada Prof Nordin, My Supervisor Madam Su K, Para specialist2 yang memang byk sgt2 membantu, MO, HO, and patient2 yang sudi nak diinterview... Kepada adik beradik saya Kak Fera, Kak Ari.. And kawan2 seposting... and kawan2 tak seposting, Family, and Sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya...Dan smua yang terlibat secara langsung dan tak..
 ( Eh Fyfa Ingat Kau ni Artis ke??)




Ops dah panjang sgt... Sekian dulu untuk kali nie...

P/s: Tak tau nk wat pa mengenangkan Cuti yang panjang selama 4 hari ni... Any Idea??


Friday, December 2, 2011

Post khas untuk....

Salam..

Key saya ingin Tujukan Lagu di Bawah kepada....

Seseorang Yang Special......

Siapakah?????

Huhu...

Key ar terus terang je...

Khas kepada

KAK SYAMIMI NADIAH A WAHAB....(Key sila tepuk tangan skrg)

=)


Patah Seribu - Shila Amzah

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah

~Sekian~

Perhatian: Lagu ini ditujukan Khas kepada Kak Nadiah sahaja.. Pada yang tak disebut tak yah nak perasan2 lagu nie untuk beliau ke apa ke... KEy Sekian...

P.s: Kak Nadiah okey tak??hehe....(Sila Terharu okey)






Sunday, November 20, 2011

Cinta dan Pengorbanan...

Salam..

Lama rasanya dah tak menulis kat sini..Adakah bz??? Bukan cuma mood x brapa nak smpy... =)

          So untuk post kali nie...saya ingin berkongsi sedikit mengenai sedikit sbanyak ilmu yang diperolehi smasa bermalam di UIA Kuantan hujung minggu lepas.. Setinggi2 penghargaan diucapkan kepada sahabat tercinta, Anis Naazira Abdul Rauf yang sudi menerima kehadiran tetamu yang huru hara ini.. Kepada akhawat2 yang menyambut kedatangan saya dengan mesra dan perkongsian yang sangat bermakna... Dan kepada warga2 UIA yang pandang pelik je bile saya dpt pluang masuk Kuliah Jenazah Workshop tu snyap... First time buat muka tak malu masuk kelas org.. =) 

Cinta dan Pengorbanan..

        
          Em bila sebut Cinta dan Pengorbanan  mesti  macam teringat cite Romeo yang sgup dibunuh demi cinta kepada Julietnya..Em.. Cite Beast yang sgup mati sbb Beautynya.. Em smua yang berkaitan dgn cinta pada seorg manusia lar kan...

So Kita Twist sket Tajuk Hari ni... Kita Fokus pada Cinta dan Pengorbanan Kita kepada ALLAH... Kekasih Yang Maha Agung...

Yup! Kekasih Yang Maha Agung.... Kekasih yang spatutnya menjadi perkara yang paling penting dalam hidup kita, Didahulukan dalam hidup Kita, Dirindui dan diingati Sepanjang masa...  Sebab Dia pun sentiasa ingat pada kita, bersama kita sedih dan senang, Memberi bantuan pada kita, Tinggalkan Surat Cinta Kat kita...

Romantiknya Kan.. =)

Bila dah Cinta yang Kuat dan tak berbelah bahagi... Kita pun akan snggup Berkorban apa sahaja untuk ALLAH... Bila ALLAH kata jangan buat ni... Kita pun sggup berkorban untuk tinggalkan laranganya walaupun kita suka sgt kat benda tu... Sbb kita dah CINTA sgt kat ALLAH so sggup buat apa je untukNYA...

Wah seronoknya kalau kita ade kisah cinta macam ni.....

Sbb kalau tnya balik diri sendiri... byk lagi pengorbanan2 yang saya masih lengahkan dan tangguhkan hanya untuk kepentingan diri sendiri... Hmm... bermuhasabah sbentar.. Mungkin mulut yang mengucapkan cinta padaNYa itu belum seiring lagi dngan hati yang asyik mencinta benda2 yang blum tentu didapati balasannya.

(Termenung sbentar)

Teringat seorg akak di sana berkata:
                     "Kita selalu baca pasal sahabat2 pada zaman Rasulullah s.a.w yang sgup korbankan nyawa, harta, keluarga untuk ALLAH dan Rasul and kita buat perception yang mereka tu hebat, berperibadi mulia, istimewa, bukan seperti kita.. Tapi kita lupa para sahabat juga manusia seperti kita.. Mempunyai takut kehilangan nyawa, syg untuk meninggalkan keluarga... Jadi if para sahabat bleyh mengorbankan smuanya dngan tidak mempedulikan perasaan mereka... Mengapa tidak kita???"

Bila cinta... Maka kita akan sgup berkorban....

Tiada Istilah Terpaksa Berkorban... Bila terpaksa berkorban maka bukan Cintalar namanya...

So.... Kita mengaku cinta kepada ALLAH... Cinta pada Rasul... Cinta pada Islam...


Tapi sejauh mana Pengorbanan kita yang telah dilakukan sepanjang kehidupan...??

Berapa bnyak percentage dikorbankan sepanjang 20 Tahun kehidupan ni.. Untuk ALLAH dan Rasulullah???? (Tnya diri sndiri)

Adakah selama ini benar kuletakkan cinta yang agung pada Tuhanku dan Nabiku?
"Aku juga tidak membantah apatah lagi menentang kecintaan kalian pada manusia kerana aku juga punya cinta itu pada hatiku.
Akan tetapi aku mahu aku dan kalian juga meletakkan cinta pada tempat yang benar dan hak.
Itulah yang selayaknya kerana aku tahu cinta yang wujud dalam diri adalah daripada cinta Penciptanya jua.
Cinta yang kekal selama-lamanya adalah cinta dari Dia.
Dia Maha Penyayang dan lagi Maha Mengasihani."
iluvislam

Bergambar bersama atie and anis.. My schoolmates =)
(...........................................)

Sekian...





Thursday, November 10, 2011

Konklusinya...

Salam.......




Worry changes just nothing,
Du'aa changes almost everything.
So instead of worrying about what happened & thinking what may happen...
Or what you can do and; what people can do...,
Just make intense du'aa to the ONE...
... Who can truly help you! ♥
~ ILoveAllaah.com
Insya-Allah =)

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah 2: 216)”

Sekian =)

P/s: Gambar Syifa in the house... cmey tak? Cmey tak =)

Tuesday, November 8, 2011

Salam Eid'ul Adha...

Salam



               Key dah terlambat jugak sbnarnya..Tapi takpelar ek... Mintak maaf banyak2 =).. So sama2 lar kte jadikan raya tahun ni.. untuk sma2 kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s... jangan ingat nak makan daging korban je.. =p...
"Bukan DAGING atau DARAH korban itu yang mnjadi MatLAMaT, tapi nilai keTAQWAan & ganjaran Allah yang kita dambakan" ~Copied
Sekian..

P/s; Takde mood nak bercerita panjang..

Friday, November 4, 2011

The start of something new...

Salam...

      Bermula lar posting baru untuk kali nie...Seminggu berada di posting Orthopedics... Alhamdulillah setakat ni semua pun berjalan lancar.. Cume History Taking tu still macam takut2 gak nak tnya kat patient.. Sbb tetibe kena detail in terms of Mechanism of Injury... Tergolek ke, Terhentak ke... Tapi takpe akan wat yang lebih baik untuk posting ni.. Insya-ALLAH

      "Apa-apa pun niat kita untuk jadi doctor nie.. Always put in highest position.. Because there will be time along your way, you will be wondering again... Why you want to be a doctor in a first place?"
(Ayat Madam S)

        Rasa cam cuak jugak kan dengar situation cmni... Even baru exam macam yang lepas2 pun dah selalu rasa macam tak kuat je nak lalui.. Apatah lagi untuk masa depan.. Maybe once kita dah decide untuk amek pathway ni memang byk yang perlu dikorbankan... So ready to sacrifice... Insya-ALLAH berharap ikhlas spanjang perjalanan ini...

         " Why u want to be a doctor???  A, B, C...em dah biasa dah jawapan skema.." (Ayat Mr S)



         And yet baru2 ni macam jumpa satu lagi reason yng munasabah untuk diri sendiri kenapa amek Medic... (bukan jawapan Skema okey) Tu pun stelah pikir balik.... And okey skrg saya akan anggap tu sbgy cabaran... Pahat lar dalam hati skrg Fyfa.. =)


     " Kalau nak baik org kita kena buat baik dgn org dulu... Baru lar org akan buat baik dengan u all"
                                 (Ayat Mr S lagi)

         

            Couldn't agree more with this statement.. Walaupun lepas kita buat baik dngan org, org tu tak nak balas segala budi baik kita tu... Takpelar.. I always believe yang sampay satu masa tu kita pasti akan dpt balik balasan atas budi baik yang dilakukan.. Kadang2 cepat, kadang2 lambat, and sometimes kita tak sedar pun ALLAH dah bagi balik kita ganjarannya... Kalau tak kat sini pun.. Insya-ALLAH dekat sana nanti pun ALLAH kira... So memang tak de kerugian sesen pun kalau wat baik ngan org ni.... (Pendapat saya lar)
"Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi" ( Riwayat Bukhari Muslim)

Selesai dulu untuk kali ini... Selamat bercuti smua... =)

P/s: Terima kasih diucapkan kepada Kak Azza dan Family kerana sudi menerima kehadiran saya di rumah di Kelantan sekali lagi... Terima kasih sgt2.... Apa yang penting visit kali ini lebih bermakna sbb dapat jumpa dngan anak sedara Kak Azza yang comey Syifa' =)..... Banyak gaduh ngan dia.. Belajar loghat Kelate pun dngn dia gak lar..... =)... Thanks sekali lagi... BYk2 thanks =)

P/s: Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Indah...

Sekian....

(Bus dah nak sampay... Gerak dulu.... Nanti nak upload gambar Syifa =)...)

Tuesday, October 25, 2011

Penghargaan =)

Salam

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezki dari punca yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan melaksanakan urusan (yang dikehendaki olehNya). Sesungguhnya Dia telah mengadakan KETENTUAN bagi tiap-tiap sesuatu"
 (Surah At-Thalaq 2-3)

Alhamdulillah,... Selesai exam posting yang sgt2 lar mendebarkan...
(Dah tak sgup nak present case dah... Takut kena heart Attack!)

Sgt2  byk lagi yang diri sendiri kena baiki... History Taking pun mcm tunggang terbalik lg...
Salah siapa?? Salah kan diri sndiri....
Hanya mampu bertawakal je skrg... (Kita harus TABAH...)


Terima kasih kepada Puan Siti Akashah..(patient first untiuk 1st Exam)

Yang sudi memberi kerjasama... dan membantu sya dgn sebaiknya....
Untuk pengetahuan smua, Puan ni cikgu Muet... Dia siap btulkan English saya lgi...
Saya doakan Puan cepat smbuh.. Insya-ALLAH....

Thank you jugak diucpkan kepada trainee2 lecturer yang memang sgt memberi smangat..

Dr Mohd, Dr Azlina, Dr Salman, Dr Izham, Dr Nik,
Trima kasih sgt2... Sbb banyak bagi tunjuk ajar and increase our confident for this posting..

Thank you jugak kepada clasmates, sahabat2, yang mendoakan and memberi smangt..

Special thanks dedicated to Kak Arifah a.k.a Adik-Beradik dgn Papa H...
Yang memang slalu bersama untuk hampir smua jadual hospital..
Oncall, Clinic and OT bagai...
(Kak Ari tak Bosan ke?? lalala)

Apa2 pun result tak dpt lagi...Hanya mampu bertawakal.. And redha je stakat ni...
Sama2 kita doakan yang terbaik... Insya-ALLAH...
(Lulus cukup makan pun jadi lar wei...)




Sekian..

P/s: Jom bace ni.. =) Kredit untuk Kak Arifah =)

Friday, October 21, 2011

Future Maybe??

Salam...

Key mengambil masa terluang (eh terluang ke??).. Just nak share few words...

Em entahlar.. Sya smakin risau nak menghadapi hari2 mendatang...

Takut nak exam??? Of course.. Sgt2 lar berdebar2... Smpy hormone adrenaline pun tak tau nak dikeluarkan ke mana lagi... Tachycardia, SOB smua tgh associated lar ni... Plus demam yang tetiba dtg bertandang ni.... =(

Ops dah lari tajuk.. apa yang saya takutkan dalam menghadapi hari2 mendatang ni...

Sebenarnya....

Saya takut bila dah makin BUSY ni... Saya...Smakin...

  • Tak Kisah Pasal nak Menjaga Hati kawan2... Mean by saya senang2 je buat satu benda tu tanpa pedulikan pun if saya Sakitkan Hati sesiapa....
  • Semakin fokus lebih kepada Nak penuhkan kejayaan di DUnia je... Smpy terlupa and tertinggal dah nak istiqamah Amal-amal bekalan di akhirat...
  • Terlupa nak senyum... Terlupa nak senangkan hati org lain..

  • Semakin SELFISH..... Lantak p lar hangpa smua.. yang penting hal ak SETTLE.....
Em pernah terpiki tak... Bukan lar nak ckp saya seorg yang PERFECT sblum ni... Cuma recently saya perasan ke'probablity'an untuk kehilangan nilai2 moral pada masa akan dtg macam ada... .... Adakah normal dan life memang macam tu???

Teringt kata seseorg dahulu:

"Akan sampai masa nanti... Kita akan terpaksa selalu kena pentingkan diri sendiri dari org lain.. Sbb orang sekeliling kita pun dah tak akan peduli dah kat kita.. Even Best Friend lar serapat mana pun"

Btul ke?? Saya langsung tak nak percaya....

Tapi.......

Em ntahlar... Saya berharap pendapat org tu salah lar... Sgt2 berharap...

Sama2 kita doakan yang terbaik antara kita... Insya-ALLAH....

         ‘Manusia itu akan jadi baik, dengan meniru perangai kawannya yang baik. Begitulah sebaliknya’

Sekian..... (Few words je kan???)


P/S: All the best kepada kawan2 yang akan menghadapi Exam for CLINICAL for the First Time ni... INsya-ALLAH kita sama2 try wat yang terbaik.... Doakan Saya dan rakan2 =).. Chaiyok....

P/s: Wahai encik hati yang mudah dibolakbalik kan.... Sila Tabahkan dan Kuatkan Hati anda!!! =)


Ehem bila rasa tension dga lagu ni key,... =)

Sunday, October 9, 2011

Neutral =)

Salam...

Selesai sudah CCC and Seminar untuk mgu lepas dan mnggu ni....Alhamdulillah lega...

           Seminar.. Memang tak sgka lar bila dah last2 minute tu Miss H suruh wat discussion plak... Mesti lar frust sbb tak dpt present slide (Key tipu sgt dah ni).. Tapi CCC no escape lar.. sbb Prof smua bawak bom baling2... Mestilar rasa seronok sbb dpt baling balik bom dekat kawan2..(Mintak maaf ye smua =)

Em berkongsi sket =)

    
             Nak tanya sket... apa yang slalu kita doa dalam kehidupan seharian kita?? Doa lepas solat, doa sblum nak jawab exam and macam2 lagi....

          " Ya Allah tolonglar bagi aku result yang cemerlang dalam peperiksaan kali ni"

          " Ya Allah tolong berikan aku rezeki untuk membeli handphone baru tu... Memang teringin sgt2 dah ni"

           " Ya Allah tolonglar kurniakan daku kegembiraan dunia dan akhirat.. Jauhilah aku dari segala kemungkaran dan kezaliman"

       Ops semuanya untuk kita kan?? Smua pun untuk kepentingan diri kita...tapi macamna pulak dengan kawan2, saudara mara kita, lecturer, dan org di sekeliling..Adakah kita tak mengharapkan kebahagiaan yang sama jugak untuk mereka sama seperti yang kita harapkan untuk diri kita??

Our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has once said

          " None of you truly believes until he wishes for his brother what he wishes for himself"


         So sejauh mana agaknya bila kita kata kite sayang dekat kawan2 kita kalau dalam doa pun kita tak sempat nak mentionkan nama kawan kita untuk mendoakan kebahagiaan mereka....




Again our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has promised us


          " A Muslim's secret supplication for his brother will be answered. There is an angel at his head each time he offers supplication for his brother the angel says: "amen and the same for you"

So mari kita buat kira-kira sket... Katakan lar saya dan awak... Saya doakan awak 3 kebahagiaan... Awak pun doakan saya 3 kebahagiaan.... So berapa agak2nya doa kita yang Insya-ALLAH termakbul...????

6 kan???

Wah dah didoublekan dah jumlah kebahagiaan yang didoakan.... Alhamdulillah... Untungkan??

Macam skim cepat kaya plak kan??? Tapi keuntungan lagi banyak sbb doa dimakbulkan ALLAH... pencipta alam semesta ni... =)

So maybe lepas ni kite leyh tuka sket doa2 kita...


 " Ya Allah tolonglar bagi rakan saya yang bernama ...........  result yang cemerlang dalam peperiksaan kali ni"

 " Ya Allah tolong berikan rakanku yang bernama .............. rezeki untuk membeli handphone baru tu... Memang dia dah teringin sgt2 dah ni"


Key nasihat untuk diri sendiri jugak ni... Praktiks make perfect... Insya-Allah... =)

Sekian...

P/s: Kena siapkan case write up malam ni gak....walaupun masih lagi berusaha menaip blog ni...lalala~

P/s: Sekian =)


Friday, September 23, 2011

Realiti Kehidupan

Salam...

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(At-Tagaabun, ayat 11)

        Kalau baca novel Contengan Jalanan watak utama, sampai ke Australia and Indon pergi melancong untuk mendpatkan hidayah Allah... Tapi baru-baru nie, saya rasa ada satu tempat yang sgt dekat untuk smua org pergi dalam mencari erti kehidupan sebenar.....

....Hospital.....

Erti kehidupan apa yang ada dekat sana sbnrnya??

Dapat tgok patient smua bertarung nyawa dengan sakit yang dihadapi,
Dapat tgok patient dalam kerisauan yang amat sgt untuk wat pembedahan,
Dapat tgok seorg nenek tua yang sgup berjaga untuk jaga anak dia yang hilang ingatan,
Dapat tgok HO dalam kesibukan cuba menguruskan kebajikan pesakit,
Dapt tgok kepercayaan patient pada Dr untuk merawat mereka,


           Selama ni rasa macam dikelilingi dngan org2 yang berada dalam keadaan yang selesa, so macam tak dpt gambarkan lagi macamana situasi yang selalu digambarkan dalam paper, pasal accident, kehidupan sosial...Tak dpt nk gambarkan betapa seriousnye keadaan penyakit dalam buku-buku teks tu (selama ni tgok gambar je).. But then selepas jalan-jalan dekat wad ni, selalu sgt sebak tgok keadaan patient kat sana, 

Rasa bersyukur dekt Allah sbb bagi pluang hidup dalam keadaan sihat dan and selesa macam ni...

"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)


          So marilah sama-sama kita try ekpresskan syukur atas segala apa yang kita dpt skrg semaksimum yang mungkin.... Solat, Baca Al-Quran, Baik dgn org, smua sikap mahmudah yang termampu untuk dilakukan.. Insya-Allah...

Teringat kata Dr Mohammad dalam Lecture aritu...

 "Tak guna pun nak sombong-sombong dngan org sekeliling... nanti satu hari Allah tentukan kita ada kat bawah jugak satu hari nanti, Takut-takut dngan org yang kita sombong dulu yang kita mintak tolong balik"
(Lebih kurang macam ni lar yang saya paham)

      Kalau rasa dah lega gile lepas lepas Pro-Exam hari tu... Terasa berada di atas sket, tanpa disangka-sangka bila dah masuk clinical ni rasa macam sgt bawah sgt.. rasa bawah lagi... Terasa the lowest... Berdepan dengan specialist....HO.. MO... Memang jauh lagi perjalanan mencpy kejayaan macam tu..

So Truskan bersikap seHUMBLE yang mungkin...
And truskan meningkatkan kesabaran yang kadang2 tergugat jugak ni....
Insya-ALLAH...

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."
~Amin~

P/s: Trima kasih kepada my beloved mother and kawan-kawan yang sentiasa tak putus2 memberi semangat... =)...





Anak Kak Jannah...  3 Bulan tak jumpa dah makin cmey macam ni...nak sain...=p
P/s: Khas untuk Si AMKI... Trima kasih ar sbb akhirnya bru jumpa blog ak...lalala~

Monday, September 19, 2011

New Day New Chapter...

Salam...

Update kali nie.. Hanya mengulas certain2 point je... Insya-ALLAH seringkas yang mungkin

a) Junior -

    Welcome to all Junior Medic 3rd Batch dan smua junior2 UnisZa yang lain Jugak...Pelajar Medic Bertambah dah.. Alhamdulillah bertambah besar lar Family Tree kite... Harap Ukhuwah dapat dijalinkan dngan baik bersama =)

b) Kahwin

    Tahniah kepad Nur Izzati Ahmad (Kawan Sekolah Menengah) atas pernikahan bersama suami Farid Iskandar... Smoga berkekalan hingga ke anak cucu... Alhamdulillah smpy jugak lar ke Kuala Berang bersama Fyda untuk menyambut kegembiraan bersama sahabat yang dirindui ni... =)
    Tak Dilupakan juga kepada Halila Hamzah.. Maaflar tak dpt dtg untuk majlis pernikahan.. Insya-ALLAH kalau nanti dah ada baby saya dtg tgok... =)


Clinical:
         
            Blur, stress, shock, Excited, Happy, and Eager... smua benda pun bercampur masa masuk Clinical.. Kalau nak cite pun panjang sgt.. So just compile smua.. =).. Skrg berada di ward surgery... Alhamdulillah stakat ni dah jumpa patient and dpt tgok specialist di clinic... Interesting... Sesiapa yang berniat untuk meneruskan cita2  untuk menjadi surgeon truskan sbb Seriously sgt mengagumi cara my supervisor bercommunicate dgn patient2 beliau.... Tapi bila dia dah start nak tnya soalan ternganga jugak lar mulut nak menjawabnya...

Emotional:

"Sometimes you think you are well prepared, you're gonna be alright, gonna be fine, nothing gonna happen to you, you gonna finished your work on time, but suddenly a problem happen and that is the time when your emotion are fully tested" - MatLutfi..

Walaupun baru smingu posting, tapi terasa byk benda yang start sket2 menguji kesabaran diri ni... So Emotionally getiing Angry and Sad about those thing... 
Insya-Allah smua yang berlaku tadi satu ujian pada diri untuk mengawal perasaan dan meningkatkan perasaan sbr dalam diri.. (Positive Thinking.....positive thinking)


"Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah"
(Hambamu)

Doakan kejayaan rakan2 dan saya dalam menghadapi kehidupan clinical year ni....

=)

Friday, September 9, 2011

Packing... =)


Salam....

Alhamdulillah 90% barang siap dipacking untuk pulang ke Terengganu.......Barang dah siap packing.... Hati macamana agak-agaknya??Dah packing spenuh hati ke untuk balik meneruskan perjuangan?Sedih berpisah ngan family....Sedih tak dpt duk rumah dah..

"Normal lar student macam tu kan" Kata seorg sahabat saya....

Smalam berchatting dgn seorg sahabat....Ambil Medic jugak di Cairo...Bila ckp pasal packing hati nie... Dia pun meneruskan perbualan macam biasa... Mula-mula rasanya macam dia takde lar nak bg impak sgt.. Then bila dia sibuk bercerite ade satu je ayat dia untuk buat kesimpulan dgn smua yang dia cite panjang berjela:

"So kena hargai peluang tu"

...Simple je.... Tapi dah cukup macam tersentap gak lar hati ni... Baru lar tau dia memang saja crik pluang nak bg smangat..Sbb tu tak bagi potong ckp dia...Em kalau piki balik... Dia lagi jauh berada di Cairo nun... Tak dpt balik beraya pun... Tak merungut pun....Apalah sgt cabaran kerinduan yang dialami sahabat saya tu jika dicompare dgn saya yang masih bersama di bumi Malaysia ini.=)

"Terima kasih sahabat"

Insya-ALLAH tanpa disedari hati saya dah terpack sndiri... Walaupun maybe masih ade banyak kekurangan saya berharap untuk memperbaikinya.... Tgh suro otak untuk bersedia mentally dgn sgt gagah skali....=)

"Prepare niat yg betul, jiwa yg besar, motivasi yg tnggi, iman dlm dada, ilmu yg sepatutnya :D"
 Pesan seorang sahabat lagi untuk first day clinical


Insya-ALLAH posting first di ward Surgery...

All the best untuk kawan-kawan smua dan saya juga...

Doakan saya =)




Sekian..... =)
:D

Thursday, September 8, 2011

Sinergi


1+1 = 3
1 adalah Individu... + adalah keimanan =)

"Sesiapa yang mendirikan ukhuwah mereka atas dasar keimanan, pastinya menghasilkan sesuatu yang luar biasa,. Kekuatan yang luar biasa, kebahagiaan yang luar biasa, ketabahan yang luar biasa, kecekalan yang luar biasa dan kesungguhan yang luar biasa. Paling luar biasanya, hubungan menembus syurga"

Penuh dgn nasihat, ukhuwah, suspens, and kejutan.... =)
Sbb tu lar sehari je dah habis dah baca... =)....

Trima kasih kepada yang sudi promote buku ni pada saya...

Novel terakhir yang dibaca sblum meneruskan perjuang next semester...

 P/s: Kawan-kawan mari kite perbaharui persahabatan kita dengan keimanan nak tak? =) Insya-ALLAH....

Contengan Jalanan....


"Ya Allah, aku memohon kepadaMu untuk mencintaiMu,
Mencintai sesiapa sahaja yang mencintaiMu,
Serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintaiMu"


Novel Contengan Jalanan dri Hlovate..
Contengan Pengalaman Perjalanan Mencari Tuhan...



Inspirational Novel....
Hidayah Allah tu boleyh dapat kat sesiapa je yang Mahu mencarinya..
Insya-Allah... Semoga kita smua berada dalam golongan yang mendapat hidayahNya..
Trus berusaha dan sentiasa berdoa ..


"Show us the straight path, The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray."
(6,7: Surah Al-Fatihah)


Satu Quote dalam Novel di atas yang sgt2 mendalam maksudnya...

" The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Interpret and take noted.. =)

Sunday, September 4, 2011

Raya! Chapter 1 :Theme: Proud to be Malaysians =)


Salam...

Alhamdulillah.. selamat pulang dri PJ ke Pahang.... Menandakan mood raya saya pun sudah surut apabila tiba di rumah.. So mengambil peluang untuk post pasal hari raya arini jugak walaupun mood untuk menaip macam suam-suam kuku je.. =)

Alhamdulillah.. for this Raya Aidilfitri... The whole family are complete... For my family.. Abang dpt beraya untuk kali ni.. Syukur sgt2... Dicampur lagi dengan smua adik beradik mak and my cousins yang balik beraya tahun ni.. Meriah rumah dibuatnya... cuma tu ar smua pun balik last-last minute sblum esok nak raya =p

And Alhamdulillah sekali lagi saya dapat menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.. Sblum ni kena jadi pak guard je kat umah..=p.. Sebak rasa nya bile dgr takbir bergema.. And rasa terharu sbb dapat lihat ramai sgt orang Islam berkumpul sama-sama kali nie tak kire bangsa untuk sama-sama memuji ALLAH... =)..

And then sesi bermaafan and Menghulur duit raya pun dimulakan =)

First time dapat duit raya dri Abang.. Tuntut jangan tak Tuntut...=p

Saya dah try jengket tapi still nampak pendek di blakang =(

Muiz pun nak interframe gak kan.. =)
Mestilar Smua pun Happy dapt duit Raya..=)

And for this raya... we have a special guest.. An American Girl..!!! Sara.. =)

Key Umo dia 20 baru okey... Berbaju kurung lagi... =)
Honestly masa dia mula2 masuk rumah.. me and My kezen2 macam tak tau nak wat pe.. Nak smbang takut English tak fluent.. So kitowg pun malu-malu kucing.. My Uncles and My aunts je sibuk melayan.. Owh sbnrnya dia kawan kepada salah seorg aunty saya.. so she came to celebrate Hari Raya with us.. Untuk merasa suasana Hari raya....

Tapi saya suka mendengar dia bercerita... Memang best.. believe me.. Dia makan smua rendang and lemang yang tersedia.. And sangat2 peramah.. She's been staying in Malaysia for about 1 year.. And dia kata dia sgt kagum and suka dgn Malaysia.. Smpy rasa cm tak nak balik dah ke negara sendiri.. =) so she like the culture in Malaysia... Animal kat Malaysia.. Food dekat Malaysia... huhuhu...

So Malaysians.. Be proud to be Malaysians and Maintain our culture... Jangan disbbkan mengikut arus kemodenan kita semakin hilang identiti... People like just the way you are....=)

Adakah saya sudah membebel dgn panjang...

Maaflar ye...

Kite smbung next post on next chapter... =)

Salam...=)

Sunday, August 28, 2011

Mood: Nak raya!

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin!

Di sini..Saya Asywirah Afifah Binti Amir...
Ingin meminta maaf kepada smua sahabat andai...
Kepada lecturer-lecturer.... Saudara mara...
Orang sekeliling yang secara tidak langsung atau secara langsung berkaitan

Jika ade silap dan salah...
Tak kira lar sekecil-kecil mana pun...
Atau sebesar-besar mana pun...
Harap anda smua dapt maafkan...=)

Owh nak add lagi... Saya beraya di Petaling Jaya kali ni..
Siapa yang rasa nak melwat dgn besar hatinya saya jemput..
Mari dekat! Mari dekat!
=p

Sama-sama kita menyambut Aidilfitri dgn kegembiraan.
Tanpa meninggalkan segala azam dan kebaikan yang dibentuk pada Bulan Ramadhan..
(Seyes rasa sedih sbb dah nak abes puasa..=(
Insya-ALLAH..
Smoga Aidilfitri kali ni.. Kita akan menjadi lebih baik... =)

Ikhlas dri Asywirah Afifah Amir dan suami...=)
Eh jap... Suami??? =p

Ikhlas dari Asywirah Afifah Amir dan family...
(Haji Amir bin Bahari (father), Hajah Norzehan Shamsuddin (mother)
Asyraf Aliff Amir (brother), Abdah Aliff Amir (Young brother) and last
Alissa Afifah Amir (my only sister)

~The End~

P/s: Fine abang tak dpt balik lagi... =(

Thursday, August 25, 2011

Barisan...

-Kalau kita perasan.. Banyak sgt kan Barisan yang Buat dosa tu... Nampak sgt betapa mudahnye kite untuk tergolong dalam barisan 11 ke atas tu...

- Kalau tnye konpem ar smua nak masuk barisan yang terakhir tu.. Tapi tnye balik diri kita apakah dah cukup usaha kita untuk ke barisan tu??? Ke kita nak hidup lalalala~ je...

Sekian...

P/s: Kredit to Anis Naazira... (ak post kat blog ek.. Jangan marah =) Dan kawan2 yang bersama membincangkan perkara ni smalm =)

p/S: Lila nak Kawin! Lila nak Kawin dah! (excited =p)

Monday, August 22, 2011

Kekuatan..


Salam...

         Em baru-baru ni baru tgok cite Flat 3A. Sebaik download je tak bli..Sbb macam tak takut sgt je (Eh btul ke??) Entah maybe sbb tgok ngan Abdah.. So most scene kitowg nak ulas smpy smua benda pun jadi tak thrill....Sbb tu lar lain kali kalau rasa nak seram tgok cite Hantu jangan Tgok kat Umah.. Wajib tgok dekat Wayang.. Bru rasa takut =)
         
         Tujuan post kali nie.. Bukanlar untuk mereview keseluruhan cerite Flat 3A tersebut.. Tapi untuk mengulas satu scene yang bukan sahaja ade dalam cite tu tapi dalam kebanyakan cerita seram yang lain.. Kalau sesiapa yang dah tgok bleyh flashback balik key?

Ingat tak masa part Intan Ladyana tu kena kacau sorg2 dalam bilik... Dia ade kuarkan senaskah Yasin (if saya tak silap) But instead of reading it.. Dia pluk naskah itu dengan kuat.. Smbil trus dikacau oleyh hantu-hantu tersebut...

Saya sendiri tertanya... Mengapakah dalam cerite seram sbegini.. Para pelakon yang diganggu tak pernah pun mengucapkan kalimah-kalimah ALLAH sbgy pelindung kepada diri sendiri.. Jarang sekali saya melihat ade scene melindungi diri dngan membaca ayat Al-Quran apabila berhadapan dgn gangguan-gangguan syaitan ini...

Adakah ini realiti sbnr kehidupan kita?? Bukankah yang berlakon tersebut seorang umat Islam.. Mengapa terlampau lemah smpy satu kalimat ALLAH pun tidak terucap... Di mana Al-Fatihah yang sering dibaca dalam Sembahyang?? Mana ayat-ayat tiga kul yang selalu dibaca sblum tido masa kecik-kecik dulu... Adekah kita hanya merasakan ayat-ayat itu hanya boleh dibaca untuk certain occasion sahaja smpy bila terlampau takut dgn gangguan Syaitan tak terucap kat mulut kita... Lepas tu nak tgu Ustaz, Tok Bomoh dtg baca ayat al-Quran lawan dgn Syaitan or Jin tersbut..

Typical Malay Horror Film

Buat masa ni.. Cerita Karak je yang saya tgok saya rasa macam dpt mesej yang berlandas Islam.. Bila tgok pak cik tu nasihat kan prempuan yang baca Ayat Qursi untuk yakin Allah dan baca dengan memahami maksud sekali... Masa tu macam terkena kat diri sendiri jugak.. Sbb honestly maksudnya pun saya tak berapa hafal lagi (muhasabah Fyfa..)

Bukan saya nak menafikan gangguan-gangguan tersebut ada dalam kehidupan kita..Saya akui.. Tpi filem-filem seram yang ditunjukkan bagai mempamerkan kelemahan umat Islam sendiri yang macam tak pernah tau  nak use any ayat-ayat al-Quran (walaupun surah pendek) untuk digunakan sbyg pelindung.... Even paling koman pun.. Sbut nama ALLAh... Sebb dia MAHa Pelindung lagi Maha Penyayang..

Maka Allah sebaik-sebaik pelindung dan sebaik-baik penolong." [Surah al-Hajj: Ayat 78]

Maybe org akan ckp.. "Alar tu cerita je ar..Jangan amek Serius sgt"

Cerita can symbolise your religion sedar atau tak sedar...

Pikir-pikirkan...

=)

Sekian.....

P/s: Jom sama-sama Review Maksud Surah An-Naas Jom =)