Thursday, August 9, 2012

Mari kita berkenalan?

Assalamualaikum.
Hari Pertama Persekolahan: 

A: Assalamualaikum, nama saya A, Tinggal di Taman BC dekat tepi sana. Awak?
B: Waalaikumussalam, nama saya B, tinggal kat lorong XY kat sana. Jemput ar dtang rumah bile free.

(And then bersahabat baik selama 5 tahun persekolahan)

7 Tahun Kemudian...

CB kau dulu satu sekolah dngan A kan? Dia tgal kat mana ek? Sekarang belajar apa dekat universiti mana?

B:  Entah lar. Lama dah aku tak contact si A tu. Malas lar. Tak penting pun. Bukan ada kepentingan pun.  Lagipun ak dah lain. Dia pun mesti dah lain.

Apa Khabar Sahabat Anda?



Berada dalam kehidupan universiti yang amat busy and aktif dengan segala aktiviti kadang2 membuatkan kita tak sempat untuk meneruskan hubungn dengan rakan2 satu sekolah, rakan2 satu matrik. Apatah lagi, kadang2 dengan roomate, classmate pun sekadar bertegur sapa and bertentang mata saja lar. Dekat sgt ngan diorg tapi kadang2 rasa hubungan tak seakrab mana. Aku dengan kehidupan aku, Kau dengan kehidupan kau.

Tapi sejauh mana kita mengenali sahabat-sahabat kita?

Awal-awal masuk sini ada lar sesi taaruf. So masa tu dah berkenalan dah...Tau lar pasal dia jugak..

Tapi cukup ke sekadar tu perkenalan kita??

Teruskan proses berkenalan dengan sahabat anda

Sahabat kita mempunyai 1001 rahsia dalam diri mereka yang amatlah mustahil jika kita nak tau atau nak kenal dalam masa satu hari je. And 1001 rahsia tu tak akan mereka nak bongkarkan dalam masa sehari atau sejam taaruf tu kan. So as time go by, kita haruslah berkenalan dan mengenal pasti apa rahsia-rahsia yang best ada dalam sahabat2 kita.

Mula-mula kita ingat dia ni peramah. rupa-rupanya manja jugak ye...

Eh nampak macam garang, pandai jugak buat lawak.
Tunjukkan Kasih Sayang

Dengan terus mengenali sahabat-sahabat kita sebenarnya, kita bagaikan menunjukkan effort untuk menyayangi mereka. Memahami dalam keadaan apa dia stress supaya kita boleh ada untuk menenangkan dia. Bersama meraikan kejayaan bersama dalam beberapa perkara yang dia rasakan amat berharga dalam kehidupannya. Dan menasihatinya dalam keadaan yang mungkin dirasakan sulit padanya.

Buktikan kasih sayang anda dengan lisan dan perbuatan.

Lisan?Erk~ Berapa kali agaknya kita pernah cakap dengan kawan2 kita yang kita sayang pada mereka? Ke dah assume yang mereka tau sendiri?


Daripada Anas r.a, bahawasanya ada seorang sahabat duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian ada seseorang yang melintasi (kawasan itu). Berkata sahabat yang sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah saya mencintai orang itu " Maka Rasulullah bertanya kepadanya, "Apakah kamu sudah memberitahunya?" Ia menjawab, "Belum" Rasulullah bersabda maksudnya "Beritahulah kepadanya" dia pergi menemui sahabatnya itu dan berkata "Sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah." Sahabatnya itu membalas "Semoga kamu juga dicintai oleh Allah yang menjadikan kamu mencintaiku keranaNYA" 
(Riwayat Abu Daud dengan isnad sahih)
So sweet~~ =)



Kasih sayang memang harus dibuktikan dengan perbuatan tapi alangkah indahnya jika ia juga diiringi dengan perkataan yang baik ~ Pahrol Mohamad Juoi

Akhir Kata:


Seronok kalau kita dpt berkenalan semula walaupun secara dasarnya memang sudah saling mengenali. Tak salah kan kalau kita trus berkenalan sepanjang persahabatan kita??

"Persahabatan itu perlu diperbaharui. Baharuilah persahabatan itu dengan kata-kata yang baik. Jangan bisu dan tuli. Sntiasalah menjadikan lidah yang menuturkan kata yang baik dan telinga yang sntiasa terbuka untuk mendengar"

Why not if we start now?

Sekian~~

P/s: 
Saya baru berkenalan semula dengan beberapa rakan2 sekolah yang lama. Walaupun sudah berkenalan tapi apabila mereka mengenalkan balik diri mereka saya dapat rasakan perubahan yang ada pada diri mereka. Bagaimana kematangan telah merubah diri mereka. Dan melihat kepakaran mereka dalam bidang masing2. Aisy. Macam kenal dengan org baru pulak..

Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meluahkan sesuatu kepada smua sahabat2 saya:

"Sesungguhnya saya mencintai kamu semua kerana Allah. Smoga ALLAH redha"

Ayat2 dalam ni banyak saya amek dalam buku Cinta Kerana ALLAH ~ Pahrol Mohamad Juoi. Cuma saya olah untuk melihat dari perspective view of persahabatan.
Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt,
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

No comments: