Friday, August 10, 2012

Strangers.

Assalamualaikum.

Strangers dan Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu


Strangers.. Video raya Petronas yang semakin popular. Hampir seluruh news feed di Facebook penuh dengan post video tersebut. Bermakna dan sgt mengharukan hati. Melihat bagaimana seorang musafir yang tinggal di negara orang yang berlainan culture dan bahasa. Tapi masih dpt menyesuaikan diri dan bersama2 mereka dalam meraikan Ramadhan. Seronok kan nampaknya berada dalam kalangan penduduk Islam berlainan bahasa dan culture tapi masih tetap bersaudara atas pegangan Islam yang sama.


 
Di Hamparan Shamrock KuSebutNamaMu by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.. Sbuah buku yang menceritakan ttg pahit and manis seorang pendakwah dalam menyebar dan mempertahankan Islam di London. Saudara2 Islam yang berasal dri pelbagai bangsa. Bangsa Arab, Turki, Pakistan and dll dan juga berlainan mazhab dan sometimes berlainan pendapat dalam certain2 things dalam Islam tapi masih percaya kepada ALLAH s.w.t dan Rasulullah s.a.w pesuruhNya..Kagum membaca cerita2 dan pengalaman beliau. =)

Impian

Tiba-tiba sahaja memasang impian untuk melawat negara2 lain untuk melihat komuniti2 Islam di sana. Kalau sebelum ni rasa macam nak g HOLIDAY or 'honeymoon" (lepas kahwin) ke negara2 luar je. Tapi bila pikir balik, rupa2nya banyak manfaat leyh buat masa melancong ni untuk melawat2 saudara2 Islam kita di sana.

Pernah baca buku Hlovate, Contengan Jalanan? Watak2nya melancong ke luar negara bagi melihat makna Islam yang sebenar..

Pernah tgok Jejak Rasul masa dia pergi pendalaman Rusia tak silap untuk melihat komuniti2 Islam di sana. Sgt mengkagumkan. And memang sgt sweet bila pergi jauh2 masih ada saudara2 seIslam kita disana.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara" ~ Al-Hujurat 10

Siapa sangka, komuniti yang kecil tapi mungkin kepercayaan dan keyakinan mereka tentang Islam mungkin lebih kuat dripada kita-kita yang berada di negara Islam sendiri.

Bukan Mudah seperti yang disangka

Bukan mudah tapi tak impossible untuk mengamalkan, menyampaikan dan mempertahankan Islam di negara orang.

Saya teringat, pengalaman kawan2 yang diceritakan semasa belajar di overseas. Mereka tiada kemudahan surau yang disediakan di shopping mall lalu mengambil inisiatif untuk bersembahyang di fitting room.. Jadi apa alasan2 kita2 yang ada banyak kemudahan surau and masjid ni tak solat??? Kadang-kadang mereka juga dipandang pelik oleh masyarakat luar apabila mereka memakai tudung dan yang paling mencabar kalau jumpa org2 yang menganggap Islam ni terrorist.

Mungkin ini yang menjadikan mereka semakin kuat.. Tak pernah patah semangat. Masing2 masih menghadiri usrah walaupun kadang2 perjalanan ke tempat usrah masing2 mengambil masa berjam-jam. Masing2 masih berusaha jugak menyempurnakan solat masing2 walaupun punyalar susah nak crik tempat nak solat. Apalah sgt nak dibandingkan saya ni dengan mereka2 yang sgt kuat smangatnya. =(

Mana-mana pun boleh, asalkan perjuangan diteruskan

Yup, mana2 pun boleh. Asalkan kita sentiasa berusaha untuk mencari kebenaran dan menyebarkan kebenaran. Allah knows the best. Mungkin mereka lebih kuat untuk berada di sana.. =) Dekat mana-mana pun mesti ada ujian2 yang Allah nak bg. So macam cakp tadi, jalan dakwah bukan mudah tapi tak mustahil..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)

Nasihat pada diri sndiri: Sebelum bercita-cita nak pergi luar negara tu, baik pergi meneroka Kluang yang kecil ni dulu. Hee kawasan rumah sndiri pun saya masih tak berpeluang nak mengenali komunitinya dan berangan2 nak melalui jalan yang lebih sukar.

InsyaALLAH kalau ada rezeki ada lar nanti untuk pergi jauh2. =)

Akhir Kata:
Teruslah mencari kebenaran dan menyampaikan kebenaran Islam di mana-mana kita berada. Tugas sbgy Khalifah di bumi harus dilaksanakan sebelum bertemu denganNYA di sana. Berusahalah sedaya yang termampu supaya akan dpt trus mempertahankan Islam. InsyaALLAH.

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah, 2: 30)

Tertarik dngan ayat Ustaz Hasrizal dalam bukunya ini

Bagi kita kaum Muslimin, kita ada sebab yang lebih besar untuk menghayati pesanan, 
" Manusia yang tidak berani mati untuk sesuatu, tidak layak hidup untuk apa-apa".

Jadi apa yang kau perjuangkan, wahai manusia bernama MUSLIM???

Sekian~~

P/s: Kredit tu Najihah Abdul Kahar sbb recommendkan saya buku tu =). Thank u! =)

P/s: Musim rajin update blog. Hee~

Nukilan,
Org yang Tak Perfect dan Tak Baik Sgt
Insya-Allah masih membaiki diri.. =)

4 comments:

Ummu Lover said...

alhamdulillah..cool..=)

Ummu Lover said...

alhamdulillah...cool..=)

Annyss said...

sukanya entry ni! :D Buku tu mcm novel or mcm pengalaman sebenar dia kat sana?

Afyfa said...

Anis: buku tu memang dr pengalaman dia tapi da novelkan so jadi crite :-)