Friday, December 23, 2011

Mirror mirror...

Salam...

Sebelum start menulis...Nak bukak lagu Penakut sbgay theme song... (Smua sila bukak skrg. swie tak disediakan link di sini)

 Rasulullah bersabda:
" Seseorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya. (Riwayat Al-Bukhari)

Baru-baru ni saya banyak bertanya pada diri sendiri

"Adakah saya ni seorang kawan yang baik???..  Menjadi seorang Kawan yang mampu menegur kesalahan sahabat sendiri??..Menjadi seorang  Kawan yang sudi menegur walaupun pahit...???"

Mampu ke? Honestly sejak dari dulu lagi, saya bukanlar seorang yang pandai menegur ataupun menegaskan sesuatu kepada sesiapa pun.. Cuma certain2 time tu.. Bila temperature dah naik sgt.. baru lar tend nak marah2... But then still serba salah...

Saya Marah pun still cmey je... lalala~

Ops.. But still saya rasa keperluan untuk menegur tu adalah sesuatu yang harus.. Kalau tak smpay bila kita nak jadi pemerhati kesalahan-kesalahan kawan-kawan kita... Jika btul istilah Best Friend yang kita selalu Nilai balik diri kita sejauh mana kita btul2 jadi the most best (grammar error) friend kepada beliau dengan menegur mereka jika ade kesalahan yang kita rasa tak kena je...


And saya masih lagi blum jadi sahabat yang baik untuk menegur dengan trus terang lagi...

Em maybe saya masih mencari bagaimana agaknya cara menegur yang paling sesuai untuk digunakan? Cara menegur dengan berhemah. Secara lumrahnya, manusia memang akan tidak suka dengan teguran.. bagi lar secara baik macamana pun.. Tapi depends jugak pada pemikiran seseorang untuk mengambil masa yang berapa lama untuk menerima secara terbuka sesuatu teguran itu..

Kadang-kadang ada orang gunakan status Facebook ataupun menulis di blog untuk membuat teguran ataupun untuk memerli dengan harapan orang yang dituju membaca status tersebut dan terasa...


Entah lar.. Saya masih merasa yang cara begini mengenangkan beberapa peristiwa yang banyak membawa kepada pertelagahan sahaja sebelum ni.. walaupun nampak macam hanya menggunakan kata-kata yang ditaip dekat FB? BLOG.. Tapi secara honestly org yang membaca maybe tak tau tone yang kita nak ucapkan.. Maybe kita memang nak menegur secara baik, tapi disalah tafsirkan. Apatah lagi yang membaca bukan seorang dua.. malah WORLDWIDE.. bayangkan berapa versi cerita yang mungkin smpay...



Berharap supaya orang bleyh sedar bila dia baca status kita kat FB.. Tapi malangnya.. Potensi untuk mengundang kepada pemikiran " Ek eleh dia ingat dia bagus sgt ke??" adalah sgt tinggi...Daripada niat untuk membetulkan aibnya, kita seperti memampangkan balik aib beliau di situ.

Honestly kalau saya yang terkena saya  pun rasa yang sama...

" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.." ~ (Surah al-Nahl 16:125)


So kita berusaha untuk trus mancari cara yang berhemah untuk menegur, dan memberanikan diri untuk menegur... Kita maybe tak dapat nak mengelak orang terasa dengan kita bila kita menegur.. But then kita maybe dapat reducekan perasaan terasa mereka kepada kita.


Terjumpa dekat page org.. Nice share =)
Any idea bagaimana cara berhemah untuk menegur kesalahan orang lain???


P/s: Officially saya telah pun berpindah ke Kluang, Johor.. Selamat tinggal org Pahang.. Em saya tak sempat balik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jiran-jiran dan penduduk Ladang Sungai Mai yang banyak berjasa kepada keluarga saya seblum ini... Kepada mak and abah pun sorry sbb tak dapat tolong kemas2 barang dekat rumah baru... Alissa, Abdah.. and Abang... Sila rajin-rajinkan diri...Hehe.. Sedeyh tak dpt tgok rumah baru lagi... T__T




P/s: Dah habis ke lagu Penakut tadi??? (motif??)







No comments: